Bab 12

13.9K 585 10
                                    

Pang!!

Danial berkalih muka kekanan apabila ditampar oleh Mummynya. Iya Datin Rasyidah!

Patut lah dari semalam hatinya tidak keruan rupanya hal ini akan berlaku!

Semalam apabila mendengar kata Danial yang mengadu kepadanya Nadia curang. Dia sudah mengagap perkara ini akan terjadi!

Awal tadi dia sudah meminta tiket untuk pulang ke singapura namun ditunda beberapa jam. Sengaja dia menyuruh Danial memberitahu tetamu-tetamu tidak diundang itu untuk tunggu dirumah itu.

Pulang sahaja dirumah dia terus mencari Nadia. Namun dia terkejut mendengar bahawa menantunya sudah keluar pagi tadi. Dia terlambat!

"Myy..." kata Danial perlahan. Dia seolah tidak percaya. 26 tahun mUmmynya tidak pernah naik tangan kepadanya namun hari ini...

"Apa kamu buat Nial!" bentak Datin Rasyidah

"Nial buat yang betul My!"

"Betul tu Datin" sampuk Alia. Kedua orang tuanya hanya mendiamkan diri. Dia datang ke singapura pun kerana diajak oleh Alia.

"Kamu diam! Busuk sungguh hati kamu!" kata-kata itu mengejutkan Kedua orang tua Alia.

"Datin jaga percakapan Datin. Jangan sampai saya hilang hormat." kata Ayah Alia. Datin Rasyidah hanya tersenyum sinis.

"Nial mana bukti yang kamu kata?" tanya Datin Rasyidah, Danial menyerahkan sepucuk surat kepada Mummynya. Datin Rasyidah tergeleng melihat gambar itu. Kejam!

"Kamu percaya dengan gambar ni?"

"Tak" jawapan dari Danial mengejutkan Alia. Tak kan lah!

"Habis tu kenapa kamu halau dia?"

"Nial tengok My dia tidur dengan Jantan keparat tu!" sakit hati mengenangkan Nadia.

"Kamu nampak dia dalam keadaan mengaibkan ke?" tanya Datin Rasyidah. Danial berberfikir sejenak sebelum menggeleng!

Datin Rasyidah mengangguk perlahan.

"Kamu nampak di tidur satu bantal dengan lelaki ni? Satu selimut?" Danial menggeleng lagi.

"Then Mana curangnya Danial Rais!!" Tanya Datin Rasyidah geram. Danial pantas menyedari sesuatu. Kenangan masa lalu isterinya. Tak mungkin!

"Kenapa Datin terlalu membela budak tu?" tanya Ibu Aira . Dia sedikit tertanya-tanya dengan reaksi Datin Rasyidah yang membela Aira.

"Saya bukan bela tapi saya tahu dia tidak bersalah. Dia mangsa keadaan. Difitnah!" bentak Datin Rasyidah. Danial sudah mengusutkan rambutnya.

"Sapa nak fitnah dia Datin!" tanya Ibu Alia lagi.

"Alia Aulia!" jerit satu suara mengejutkan mereka. Alia sudah pucat lesi. Zafran! Dari pagi lelaki itu berehat. Datin Rasyidah tersenyum sinis.

Masing-masing memandang lelaki itu!

"Zafff!" laung Alia. Zafran dengan bersusah payah berjalan sambil memegang perut kearah mereka.

"Apa maksud kau!?" tanya Danial kasar.

"Kau bodoh sebab kecewa kan Aira! Aku dah cakap bukan salah dia! Tapi kau! Degil! Kau hina dia Danial! Kau buat dia benci dengan dia! Kau tak tahu kerasnya hati Aira. Kau bertuah sebab selama ni kaudapat Cinta aira ... Tapi kau dah sia-siakan!" kata Zafran perlahan. Danial yang memahami maksud itu sudah terduduk.

"Kenapa kau ada dalam bilik tu?!" tanya Danial.

"Aku tertidur. Aira pengsan semalam dia tak sihat!" jelas Zafran.

"Ibu, abah percayalah 7 tahun lepas pun semua ni plan Alia! Dia cemburu dengan Aira!"

"Zafran!! Tak Bu tak. Memang perempuan tu buat kerja terkutuk tu!" kata Alia dengan muka yang marah.

Ibu dan ayahnya hanya diam menghadam perkara sebenar.

"Ni semua bukti Aira tak bersalah" kata Datin Rasyidah. Satu sampul diletakkan keatas meja. Memang dia telah mengupah penyiasat persendirian untuk Aira. Ibu dan ayah Aira membuka sampul itu.

"Danial aku tahu kau kenal dengan Aira, tapi kenapa kau hina dia dan tak percayakan dia. Kau dah hilang permata yang pernah kau gengam dulu.Dan untuk mendapatkannya kembali adalah satu benda yang mustahil. Aku kenal Aira. Sekali dia benci belum tentu ada peluang kedua!" kata Zafran. Danial dari tadi hanya menunduk. Air matanya ditahan.

Pang!!

"Kau melampau Alia! 7 tahun aku buang anak yang langsung tak bersalah! Apa salah aku dalam mendidik kau! Apa Alia!" marah Ibunya. Pipi Alia ditampar.

Alia hanya menangis teresak-esak.

"Sebab perempuan tu selalu dapat apa yang dia nak! Dia selalu disayangi! Tengok lepas korang buang dia! Dia hidup lagi senang dari dulu! Tapi sekarang dia hilang segalanya! Aku puas! Tu yang aku nak! Dan kau Danial terima kasih sebab jayakan misi aku. Untuk buat dia menderita!" kata Alia sinis bersama air mata. Pipi yang terasa pijar diabaikan. Dia melangkah keluar dari rumah itu dengan senyuman puas.

Ibu dan Ayah Aira tercengang dengan luahan Alia. 7 tahun rupanya mereka silap perhintungan.

Danial sudah tidak mampu menahan air matanya lagi. Muka Mummynya dipandang.

"My apa yang Nial dah buat!" teresak-esak dia dibahu Datin Rasyidah.

"Mummy kecewa dengan Nial!" luah Mummynya.

"Korang keluar dari rumah ni!" kata Danial tegas. Dia tidak suka memandamg muka orang yang menyakiti Aira. Termaksudnya. Ibu Aira sudah teresak-esak.

Zafran bangun memimpin ibu dan ayah Aira. Mereka keluar dari rumah mewah itu tanpa banyak bicara. Mereka masih terkejut dengan apa yang didengari

"My Nial nak cari Nadia!" pantas Danial berlalu untuk naik kebilik.

"Tak payah! Nadia dah jauh dari gapaian Nial! Dan dia dah tak duduk dekat singapura!" kata Datin Rasyidah tegas.

"My please jangan seksa Nial!" rayu Danial. Datin Rasyidah berlalu pergi tanpa memandamg anaknya. Ditangga itu Danial menyorot jatuh. Kakinya lemah.

Sayang maafkan Bie!

Cinta Aira ⓒWhere stories live. Discover now