"Aira." Ibu memanggilku. Namun aku tidak berpaling memandangnya
"Kakak dah tak ada. Ibu minta maaf dengan Aira. Ibu banyak salah dengan Aira. Ibu Hina Aira. Maafkan Ibu sayang" aku terkejut apabila ibu datang melutut kearahku. Dengan tangisan yang menggila. Ibu memeluk kakiku.
Air mata dan ego yang aku pertahankan sejak tadi runtuh perlahan. Aku tutut melorot jatuh kearahnya .
"Tolong jangan macam ni, bukan salah Ibu." kata ku perlahan. Aku rindukan panggilan itu!
"Tak sayang Ibu yang salah. Ibu kejam dengan Aira. Ibu berdosa dengan Aira." aku pantas memeluk ibu bersama tangisan. Ayah juga datang menerpa kearah kami.
"Abah minta maaf Aira" kata Abah. Aku hanya mengangguk kecil. Aku membangunjan ibu dan ayah. Keadaan sunyi dihospital itu aku pandang. Sebelum mataku tertumpu kepada Danial. Aju tidak menghiraukannya.
"Abang minta maaf Aira!" kata Abang yang sedari tadi berdiri disebelahn Danial. Aku memeluk badannya . Aku rindu abang!
"Aira maafkan," ucapku perlahan. Aku memandang kearah Fina dan Zafran mereka nampak sepadan. Zafran mengenyit mata nakal kearahku. Aku tersenyum kecil.
Aku tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapi aku tak tahu sama ada cinta aku masih ada atau tak untuk Danial. Perut kuusap perlahan. Baby nenek dah baik!
**************
Aku berkeras tidak mahu turut serta dalam tahlil Alia namun dipaksa oleh ibu. Malah dia menyuruhku bermalam disitu. Bukan aku tidak sudi tapi..KEHADIRAN DANIAL!
Itu yang mengusarkan hatiku. Malah dia turut bermalam disitu. Dari tadi aku tidak bercakap dengannya.
Selesai pengebumian dan majlis tahlil aku membawa langkah kekerusi batu didepan rumah. Semua benda yang aku ingin lakukan ditegah oleh Ibu katanya aku mengandung tidak boleh melakukan kerja berat.
"Tak elok duduk ambik angin malam macam ni?" seram sejuk aku dengar suara Danial di belakangku. Kenapalah dia tak ikut Mummy balik.
Aku tidak menghiraukannya. Pantas aku bangun untuk masuk kedalam rumah.
"Sayang.." panggil Danial. Dia memegang tanganku.
"Hand off" dengan suara bergetar aku berkata.
"Sayang I'm sorry!" kata Danial. Pinggangku dipeluknya. Perutku diusap lembut. Aku terkaku.
"Baby sihat" bisiknya rapat ditelingaku.
"Yakin ke ni anak awak" lepas je aku berkata terus dengan kasar aku mengungkaikan pelukannya.
Aku tahu Danial terkejut dengan reaksiku. Aku terus melangkah masuk kedalam rumah. Pintu bilik kututup rapat.
Danial terkaku dengan kata Aira. Muka diraup kasar. Dia tahu Aira terasa hati dengan kata-katanya tempoh hari tapi dia berjanji dia akan mengambil kembali cinta Aira.
YOU ARE READING
Cinta Aira ⓒ
Romansacinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...