"Morning Ibu!" kataku. Pinggang Ibu kupeluk.
Makanan yang menyelerakan didepan mata kupandang. Nasi lemak! Kecur air liur.
Kerusi kutarik. Pinggan disebelah kiri kuambil. Tetapi suara Ibu mematikan semuanya.
"Morning, Danial mana?"
"Ada kat atas" kataku tangan aku ingin mencapai senduk nasi namun ditepis Ibu.
"Tak elok makan tak tunggu suami,! Pergi panggil Danial" tegur Ibu. Aku mengeluh perlahan.
Sedar je pagi tadi aku melihat Danial sedang menghadap laptopnya. Entah tidur atau tak lepas kami terjaga semalam. Aku juga tidak menyapanya, malah terus turun ke bawah.
"Aira.." meleret suara Ibu memanggilku. Aku hanya menurut arahannya. Memanggil Danial!
Buka sahaja Pintu bilik aku melihat sekujur tubuh Danial yang melentang tidur diatas katil berselubung penuh! Dah kenapa!
"Danial bangun!" bahunya Aku goncang perlahan. Namun diam tidak berkutik.
Aku melabuhkan punggung dibirai katil.
"Danial" selimut aku alihkan dari mukanya. Merahnya muka!
Tangan aku lekapkan didahinya. Panas!"Danial awak demam" kataku panik.
"Ermm" Danial mengeliat kecil.
"SaYang." dia meletakkan kepala diatas pahaku. Danial memang manja kalau demam. Mesti dia tidak cukup tidur.
"Pening" tanganku diletakkan keatas kepalanya. Aku picit perlahan. Rambut yang terjutai didahinya aku selak.
"Nak makan?" tanyaku. Danial hanya menggeleng perlahan.
"Pastu kalau tak nak makan macam mana nak makan ubat?" tanyaku.
"Nak chicken chop!" aku sudah terganga mendengar permintaannya.
"Ch..chiken chop? Pagi²?" kataku minta kepastian. Danial mengangguk.
"Nakk..baby nak juga!" Danial menggosok perutku. Mengada!
"Ye la saya buatkan" kataku kepalanya aku alihkan. Baru sahaja aku hendak melangkah Danial memegang tanganku erat. Aku menatap matanya.
"Sorry!" bisik Danial. Dengan hidung merah. Jatuh kesian melihatnya. Aku kembali duduk disisinya. Kepala aku jatuhkan keatas dadanya.
Aku memeluknya erat. Aku bermain dengan jarinya.
"Sayang maafkan Bie. Bie tak salah. Sayang tahu Bie keliru. Maafkan sayang juga ye sebab abaikan Bie semalam sampai demam macam ni" selesai berkata aku memegang kedua pipinya. Pipinya aku cium.
Danial membalas pelukan. Rambutku diusapnya.
"Sayang tak ada salah dengan Bie. Kita buka buku baru ye? Dengan Baby" Perutku diusapnya. Telinga ditekapkan diperutku.
"Baby maafkan Papa ye sayang" kata Danial. Aku tersenyum kecil.
"Ni Bie nak chicken chop ke tak ni?"
"Nak" rengek Danial.
"Kalau nak lepaskan lah. Nak masak ni"
"Sorry susahkan sayang"
"It's okey Bie. Bie rest dulu nanti siap Sayang bawa naik sini" kata ku selimut aku betulkan kembali.
Masuk sahaja kedapur aku menyediakan bahan-bahan.
Alahai suami aku mengidam!
Aila💕
YOU ARE READING
Cinta Aira ⓒ
Romancecinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...