"Bie bangun Bie" bahu nya kugoncang perlahan. Risau juga dengan keadaan dia. Balik sahaja dari office tadi terus naik kebilik.
Tidur dengan baju kerjanya tak buang. Ish!
"Ermmm...penat la sayang" rengeknya selimut ditarik lagi.
"Bie bangun lahh.. Makan dulu lepastu tidur la balik" selimutnya aku tarik.
"Sayanggggg!" dengan geram Danial bangun dengan muka yang serabai.
"Allah. Laki sapa ni?" kataku tanpa sedar. Danial yang mendengar sudah menjengilkan matanya.
"Tahh tak tahu la laki sapa" katanya dengan muka merajuk.
"Gurau je la Bie" hidungnya aku cuit manja.
"Bie better U mandi dulu. Tak senonoh je perangai macam ni" kataku lagi ketawa aku tahan melihat muka cemberutnya.
"Sayang tadi kejutkan Bie suruh makankan. So Bie cuma bangun nak makan. Penat la sayang" rengeknya lagi.
"Okey-okey. Tapi sayang pelik la Bie ..nak kata Bie demam badan tak panas, tapi tengok muka pucat je. Klinik jom" kata ku nasi didalam pinggan aku suapkan kepadanya. Mengada tak nak makan sendiri!
"Ohhh...please sayang! Klinik? Sorry to say" kata nya dengan mulut penuh dengan nasi.
"Bie dalam dunia ni kan? Sayang tak ada dengar lagi orang mati sebab pergi klinik." perliku. Masak dengan perangainya yang susah pergi ke klinik.
"Sayanggg!" jeritnya
"Yes Hubby, nanti Mummy balik sayang nak report!" ugutku. Air diatas meje aku hulurkan kepadanya.
Datin Rasyidah masih lagi bergiat dalam perniagaan walaupun telah melantik Danial sebagai CEO.
"Berani buat lah" balasnya. Nasi yang sudah licin itu aku pandang.
"Ingat sayang takut. Bie U demam ke mengada ni? Licin kut nasi dalam pinggan ni" wajahnya aku kerling. Demam apa gaya macam bela saka
"Tak tahu rasa sedap je masakan ni" selimut kepali ditarik apabila selesai makan.
Kepalanya disandarkan pada kepala katil.
"Iya ke?..biasa kalau Bie demam makan sikit je" kataku.
"Sayang kalau Hubby U ni makan sikit U marah, makan banyak pun membebel juga" balasnya. Muka aku ditenungnya.
"Bukan membebel laa. Tanya je" segera aku bangun untuk mencuci pinggan
"Iya lah sayang. Dahh bIe nak tidur. Nak join ke?" usiknya. Malah lengan aku disambarnya.
"Tak nakk" kataku sambil cuba melepaskan pegangannya.
"Iya ke?" usiknya lagi. Muka aku sudah membaham panas. Malu!
"Eeee...dia ni..dah la" pengangan ditangaku sudah terlepas . Malah dia sudah tergelak kuat.
"Sayang, U soo cute baby with that face" katanya lagi.
"Diam lah!" bentakku. Laju aku meninggalkan bilik tidur kami.
Tanpa disedari perlahan-lahan bibirku terukir senyuman.
Ya Allah, kau kekalkanlah kebahagiaan ini. Bisiku didalam hati.
Ya! Aku bahagia bersama sang suami!
*************
Selesai solat Asar aku terus turun kebawah memandangkan Danial sudah kembali menyambung tidurnya. Pening katanya.
Selepas menyapu rumah dan menyiram bunga aku duduk dihalaman rumah. Tenang!
Aku bangga dengan Datin Rasyidah walaupun bekerja namun dia mampu menguruskan rumah. Tanpa mengambil pembantu rumah. Dia hanya mengupah sekali sekala. Itupun masa dia outstation.
Deruman enjin kereta mematikan lamunan aku.
"Assalamualaikum mummy" tangan tya itu aku kucup.
"Waalaikumussalam, awalnya balik" katanya selepas mengerling kearah jam ditangannya
"Dari lunch hour lagi Mummy, Nial tak sihat" langkah kami aturkan masuk kedalam rumah.
"Tak sihat kenapa?"
"Tah la mUmmy nak kata demam tak pun, dia kata pening. Tapi tak la teruk sangat. Dia tidur tu" kami melabuhkan punggung diatas sofa.
"Macam-macam la budak tu" tempat disebelahnya aku ambil.
"Biasalah My, Mummy nak makan? Nad dah masak tadi" tanyaku. Aku meletakkan kepala diatas bahunya.
"Tak pe la, Mummy baru lepas jumpa klien, makan sekali" kepalaku digosok perlahan.
"Mummy tak penat ke asyik kerja je?" tanyaku. Aku memegang tangannya.
"Kalau tak nak bagi Mummy kerja. Bagi la cucu cepat-cepat" usiknya.
"Okey nanti kalau dah ada cucu Mummy jangan kerja okey?" balasku bersama senyuman kecil.
"Okey no hal"
"Myy, thanks" kataku perlahan.
"Kenapa sayang,?"
"Thanks sebab sudi jaga Nad, sayang Nad, terima Nad sebagai menantu" dia memegang mukaku supaya menghadapnya
"Nad rindu keluarga ke?" dia seolah memahami gelojak hatiku.
"My, sebanyak mana pun kesalahan mereka, Nad tetap sayang mereka My, tapi hati ni dah beku dengan semua tu. Dalam hidup Nad sekarang hanya ada mUmmy dan Danial je" balasku. Tubuhnya aku peluk.
"Mummy tahu sayang, Mummy bangga dengan anak Mummy" balasnya. Aku peluk lagi erat tubuhnya. Air mataku menitis perlahan.
Ibu Aira Rindu!
YOU ARE READING
Cinta Aira ⓒ
Romansacinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...