Bab 7

11.3K 577 6
                                    

"Cinta saya masih untuk awak Aira" kata Zafran. Aku terkejut dengan kenyataannya. Suasana bising didalam cafe itu tidak dia hiraukan.

"Cinta kau aku anggap macam sampah" kataku. Beg tangan aku ambil sebelum meninggalkannya bersendirian disitu. Panggilannya tidak aku hiraukan. Tanpa aku sedari air mata kembali menitis. Bukan sebab Zafran! Tapi kerana masa lalu. Yang penuh kepahitan!

Pelukan dipinggang mengejutkan aku dari mengelamun tentang kejadian tengahari tadi. Danial!

"Kenapa sayang? Dari balik tadi senyap je?" bisik Danial rapat ditelingaku.

"Tak ada apa-apa,Bie dah sihat ke?" aku berpaling kearahnya. Dahinya kusentuh.

"Bie okey la sayang," kata Danial. Tanganku dipegangnya.

"Bie rindu sayang" kata Danial hidungku dicium sekilas.

"Mengada!" pinggangnya kupeluk erat.

"Mengada dengan sayang je!" aku hanya tersenyum bahagia. Kekalkan kebahagiaan ini itu sahaja yang aku minta.


***************

"My.." panggilku setelah melangkah masuk kedalam bilik Mummy.

"Nadia..sini sayang" panggil mUmmy. Aku menghampirinya. Kepala aku labuhkan dipahanya

"Nial mana sayang?" tanya Mummy rambutku digosoknya.

"Dah" kata ku perlahan.

"Kenapa ni Nadia? Ada masalah?"

"Myy..tolong Nadia" rengekku. Air mata yang aku tahan dari semalam akhirnya tumpah juga. Teresak-esak aku menangis. Mummy hanya menepuk perlahan bahuku.

Setiap kali aku ada masalah dialah tempat aku meluahkan segalanya. Bukan Danial! Aku tidak ingin membebankannya.

"Kenapa dia datang lagi My? Nad dah cukup bahagia dengan keluarga Nad My!" dengan sendu aku bersuara.

"Siapa maksud Nad ni sayang?"

"Zafran Airil Mummy" kata ku dengan perlahan.

"Ceo permata Holding? Zafran Airil? Bekas tunang Nadia?" tanya Mummy sedikit terkejut. Dia tahu segalanya tentang aku.  Aku hanya mengangguk lemah.

"Sayang apa Mummy dah buat? Mummy suruh Lunch dengan dia. Dia sakitkan Nadia ke sayang" pipiku dipegangnya. Aku hanya menggeleng lemah.

"Tak My.. Tapi Nadia tak suka jumpa dengan dia. Sakit My hati ni" aku melepaskan segala yang terbuku kepada Mummy.

"Shhh! Dah tak payah menangis lagi lepas ni Mummy janji tak akan biarkan dia dekat dengan Nadia lagi. Okey sayang?" pipi yang penuh dengan air mata ku kesat.

"Thanks Mummy sebab faham dengan Nadia"

"Nadia pun anak Mummy juga kan sayang?" aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Iya dia lah pengganti Ibu segalanya bagi aku. Kebahagiaan aku. Mummy dan Danial!.

Cinta Aira ⓒWhere stories live. Discover now