s h e - 1

488 71 11
                                    

Selepas selesai bersiap, aku meneliti diri terlebih dahulu pada cermin di hadapan aku. Cuma sekadar mahu memastikan pakaian aku kemas sahaja. Aku mengenakan seluar slack hitam bersama tee putih polos dan dilapisi dengan kemeja kotak-kotak berwarna merah. Sudah yakin dengan penampilan aku, beg sandang kecil aku capai dan kaitkan talinya pada bahu aku. Dan aku melangkah keluar dari bilik.

Hari ini, hari pertama aku bekerja. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Semasa aku keluar, aku bertembung dengan ibu. Dia kelihatan kusut dan tidak terurus. Aku yang baru sahaja ingin menyimpulkan senyuman terbatal apabila dia menjeling aku tajam. Ibu mendengus kasar sebelum melanggar bahu aku kuat.

“Baguslah kalau kau ada fikiran mahu kerja, tidak menyusahkan orang sahaja.” Sindir ibu sinis.

Aku mengeluh perlahan.

Saya pergi dulu, bu.” Aku hanya mampu menyuarakannya di dalam hati sahaja.

Bahu aku ditepuk halus oleh seseorang jadi aku berpaling. Abang sedang tersenyum pada aku. “Sudah bersedia? Jom.”

Aku boleh!

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now