s h e - 38

204 41 6
                                    

Aku mengetap bibir yang bergemetaran menahan sendu. Hidung aku terasa ketat dan tekak aku rasa perit. Semakin aku tahan, dada aku semakin sesak seperti ditumbuk kuat oleh seseorang. Hakikatnya aku hanya menahan tangis bila dia membawa aku ke mari. Aku tidak faham apa motif dia, cuma ini semua terlalu menyakitkan buat aku.

"Dia adalah Myunghwa, kakak kandung kau."

Aku sentuh gambarnya dengan lembut, seperti takut yang aku bakal merosakkannya nanti. Ia cuma, terlalu berharga dan terlalu bernilai untuk aku. Seorang gadis yang polos sedang tersenyum manis di dalam gambar ini, dan wajahnya. . . seperti wajah aku.

Mengapa aku terlalu lambat mengetahui semua ini?

"Myunghwa, seorang gadis yang ceria dan kaya dengan senyuman. Gelak tawanya umpama pemberi semangat buat kami semua pada setiap hari. Myunghwa, adalah cahaya kegembiraan kami selama ini," Mata aku melihat gambar yang lain, gambar di mana mereka semua berkumpul beramai-ramai, termasuk abang di situ. "Jadi, bila dia pergi meninggalkan kami, cahaya itu juga sepertinya hilang. Kami mula berjauhan semenjak itu, membawa diri masing-masing. Kyungsoo pernah depresi atas kematian Myunghwa, dia yang paling menderita antara kami semua. Mahu tahu kenapa?"

Aku hanya menunduk memandang gambar di tangan aku sambil mendengar ujarannya. Ini semua tidak adil buat aku.

"Myunghwa itu adik Kyungsoo, dan iya, dia adalah abang kau juga. Mendiang ayah kamu berkahwin dengan ibu Kyungsoo, atas dasar kasihan dan simpati. Tapi perasaan itu berubah dengan kehadiran Myunghwa, tetapi ibu Jun hyung tidak dapat menerimanya. Selepas kelahiran kau, ibu kandung kau dan ayah kamu terlibat dalam satu kemalangan sehingga maut. Jadi Jun hyung sudah berjanji untuk menjaga kau, sementara Kyungsoo mempunyai Myunghwa. Ini semua terlalu sulit untuk diselindungkan, dan juga untuk diterangkan."

Dia pusingkan badan aku supaya menghadap dia. "Jadi kalau rasa ini semua tidak adil buat kau, ia lebih tidak adil buat Jun hyung dan Kyungsoo. Mereka juga terluka dengan semua ini. Ia juga menyakitkan buat aku, Yeon."

Apabila mata aku terasa semakin berat dengan airmata, aku menundukkan pandangan aku ke lantai dan ketap bibir rapat. Tangan aku menggeletar.

"Berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu. . ."

Semuanya terlalu berat untuk diungkapkan dan terlalu menyakitkan untuk dirasakan. Semakin aku tahan, rasa sakit itu semakin memakan diri aku sendiri. Jadi aku melepaskan segala yang terbuku dalam hati aku dengan cara menangis. Tanpa dipinta, dia tarik aku ke dalam dakapannya.

"Aku suka kau. . ."

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now