“Kerja adik senang, susun barang pada raknya, selepas itu nanti abang bawa masuk barang runcit baharu adik tolong catat kemasukkan dalam senarai, boleh?”
Aku menganggukkan kepala laju setelah mendengar arahan kerja dari abang. Aku tak akan kecewakan abang.
Dia tersenyum kecil sambil menggosok kepala aku. “Aiy, adik abang ini semangat, iya?”
Aku mula bergerak ke bahagian rak yang menempatkan makanan tin, dan aku mula menyusun mengikut kategorinya. Setelah selesai dengan itu, aku berura-ura mahu ke bahagian stor barangan apabila penjaga kaunter menggamit aku supaya menghampiri dia.
“Boleh tolong saya tak?” Gadis berambut perang itu bertanya dan mendapat anggukkan dari aku.
“Saya mahu ke tandas sekejap, sementara itu awak jagakan kaunter ya. Terima kasih.” Sebelum sempat aku menggeleng dia sudah berlalu dengan keadaan yang tergesa.
Aku mengeluh kasar.
Aku tidak senang berdiri asyik ke hulu hilir sahaja, lagi-lagi setelah melihat ada beberapa pelanggan masuk ke dalam kedai ini. Peluh dingin melapisi dahi aku.
Salah seorang dari pelanggan itu menghampiri aku bersama suatu barang dalam tangannya. “Maafkan saya, ini berapa ya? Saya tak jumpa tanda harganya.” Tanyanya sambil menggaru lehernya.
Bertenang Yeonjun. . .
Aku menelan liur yang terasa berbatu di tekak. Barang itu sudah beralih tangan pada aku, lalu buku senarai barang aku teliti. “Harganya 3000 won.” Aku membuat isyarat tangan, harapnya dia faham.
Dahi lelaki ini berkerut dalam cubaan memahami isyarat aku. “Ti- tiga ratus, atau tiga ribu?”
“Harganya tiga ribu won.” Sebelum sempat aku menjawab ada seseorang yang jawabkan untuk aku.
*****
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.