Selepas shif aku di kedai runcit tamat, aku terus bergegas keluar untuk ke tempat kerja Baekhyun. Dia beritahu aku tadi, ada brosur yang perlu diedarkan lagi. Kalau aku lambat, kerja pengagihan itu akan ada yang ambil. Jadi, sebab itulah aku kelam kabut mengejar masa. Takut kalau ada pekerja lain yang lebih dahulu mengambil alih.
Aku berlari sekuat hati, meredah lautan manusia yang ramai bila waktu rehat tengahari begini. Aku hiraukan keadaan di sekeliling sehinggalah aku melanggar seseorang. Barangan di tangannya berterabur ke atas tanah akibat dilanggar oleh aku.
“Oh tidak. . .” Dia mengeluh, sepantasnya dia menunduk mengutip semula segala bendaannya itu.
Disebabkan aku rasa bersalah, aku turut membantunya sehingga selesai. Kami sama-sama berdiri tegak, lalu aku menundukkan badan beberapa kali tanda maaf.
“Mata awak letak di—” Aku pandang tepat ke wajahnya, dia kelihatan seolah-olah terkejut apabila melihat aku. Mulutnya ternganga sahaja. “Awak. . .”
Berasa tidak ketentuan kerana takut terlambat, aku menundukkan badan lagi sekali sebelum membuka langkah semula. Meninggalkan dia yang terpaku semenjak tadi. Aku betul-betul mahu mengejar masa.
Minta maaf.
*****
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.