“Kenapa baru sekarang hyung jujurkan hal yang sebenar?” Kyungsoo menyilangkan tangannya ke dada sambil pandang Suho dengan wajah yang tegang.
Suho berdehem perlahan sebelum menyisip minuman miliknya. Sekadar untuk membasahkan tekak yang kering. “Hyung buat semua ini demi Yeonjun, dan tidak lebih dari itu. Bukan hyung bermaksud mahu sakitkan hati sesiapa, tapi hyung berpegang pada janji. Hyung harus membuat ibu terima Yeon, namun semua hanya sia-sia, kamu tahu.”
“Tapi hyung, itu bukan alasan. Myunghwa dengan Yeonjun tidak mengenali antara satu sama lain sedangkan mereka adik beradik. Bukankah itu satu ketidakadilan untuk mereka? Dan saya hyung, hati saya sakit dengan semua ini, tahu?” Kyungsoo bersuara tegas. Matanya kelihatan berair.
“Hyung minta maaf,” Suho menundukkan pandangannya. “Hyung juga terkilan dengan pemergian Myunghwa, dia juga adik yung. Tapi apa yang hyung boleh buat, huh? Hyung juga tersepit.”
“Jadi hyung merancang apa sekarang? Terangkan hal yang sebenar pada Yeon, begitu?”
“Jangan,” Tegah Suho seraya mengangkat wajahnya. “Itu bahkan hanya membuat dia terluka. Jangan risau, dia sendiri akan mengetahuinya suatu hari nanti. Dan, dia akan terimanya.”
Kyungsoo mengeluh lemah. “Cuma apa rancangan hyung ini?”
Suho membalas dengan senyuman nipis. “Cuma jagakan Yeonjun selepas ini dengan sebaiknya, sepertimana kamu menjaga Myunghwa, boleh?”
*****
almost at the end :)
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.