s h e - 7

264 62 11
                                    

Sepanjang masa rehat, aku duduk di belakang kedai sambil meluangkan masa untuk membaca. Tahun ini adalah tahun terakhir untuk aku bersekolah. Hujung tahun ini aku akan mengambil peperiksaan persendirian, jadi sebab itulah aku bersungguh-sungguh mahu belajar.

“Hai?” Aku terus mengangkat wajah untuk melihat gerangan yang menegur. Seorang lelaki tinggi berdiri di hadapan aku, sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya yang kecil. “Awak. . .Yeonjun?”

Aku menganggukkan kepala.

“Aaa, jadi awaklah Yeonjun,” Dia mengambil tempat di sebelah aku. “Saya Chanyeol.”

Biar aku teka, salah satu kawan abang juga.

“Jun hyung ada meminta pertolongan dengan saya, berkaitan dengan awak.”

Seperti yang aku jangkakan.

“Dengar apa yang dia cakap, awak ada peperiksaan hujung tahun ini, kan? Jadi, dia minta saya ajarkan awak,” Terangnya sambil menggaru belakang tengkuk dengan janggal. “Kalau awak mahulah, saya takkan paksa pun.”

Tapi. . .dia fahamkah tidak bahasa isyarat?

Awak pandai bahasa isyarat?” Aku membuat pergerakan padanya.

Dia ternganga.

Aduh.

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now