with,
Aku bertiarap di atas tilam dan hempaskan kepala atas bantal. Melepaskan semua kesakitan dan kesengalan otot-otot badan aku. Penatnya Ya Tuhan. . .
Apabila aku teringatkan sesuatu segera aku membuka mata dan mencapainya dari atas meja kecil tepi katil aku. Seterusnya aku bertiarap semula sambil aku memerhatinya untuk satu masa yang agak lama. Patutkah aku membukanya?
Hati aku berbelah bahagi antara mahu membacanya atau tidak.
Em. . . .
Kakak Myung, Yeonjun baca boleh?
Buku diarinya aku buka sehelai demi sehelai. Tulisan tangannya sungguh kemas dan comel. Yang menarik perhatian aku adalah catatannya berkaitan, he.
he (one)
harini aku dapat satu nota kecil yang misteri dari seseorang yang menggelar dirinya he. entah siapa.he (two)
he ini memang tidak penatkah hari hari hantarkan aku makanan?he (three)
dia hadiahkan aku patung beruang berwarna coklat sempena harijadi aku.. . . . .
he (twenty)
dia ini betul-betul misteri. baru sahaja tadi dia tutup mata aku dan cium pipi aku. aku jadi makin tertanya-tanya siapakah dia. meskipun begitu, jujur sahaja diari, aku mula sukakan dia. esok selepas aku bertanding, aku dapat lihat wajah he ! terujanya. . .Mungkinkah, ini dia?
Dia suka aku sebab kakak, atau apa sebenarnya ini?
*****
Baru sahaja aku mahu melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan apabila lengan aku ditarik oleh seseorang dari belakang. Awalnya aku meronta untuk dilepaskan namun bila aku sedari siapa gerangannya, aku terus berdiam.
"Jadi, hari ini adalah hari pertama exam, kan?"
Aku mengangguk malas.
"Berusahalah."
Itu sahaja yang dia mahu cakapkan?
Aku terus keluarkan telefon dan menaip sesuatu.
yeon :
awak suka saya sebab apa?he :
kenapa tanya begitu?yeon :
saja
saya cuma mahu tahu"Kalau aku tidak mahu jawab?" Aku angkat wajah untuk pandang dia. Berasa sebal dan geram aku tumbuk perlahan lengannya. "Aku akan bagitahu pada hari terakhir peperiksaan kau."
Dia cium pipi aku sekilas. "Semoga berjaya."
*****
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.