s h e - 30

196 42 3
                                    

Aku memasukkan tangan aku ke dalam poket baju sejuk sambil berjalan pulang ke rumah. Tadi aku ambil brosur lebih, jadi lambatlah jawabnya aku pulang. Aku jalan sendiri sebab abang sudah balik dahulu. Lagipula, aku mahu berdikari sampai bila aku mahu mengharapkan bantuan orang lain, kan?

Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki, tidak jauh dari kawasan ruma, aku mendengar seperti ada suara orang sedang bergaduh di dalam sana. Langkah aku terhenti.

Bukan suara ibu atau abang, suara orang asing. Dan sepertinya suara itu memanggil-manggil nama. . .ibu?

Baru sahaja aku mahu mendekat, bila secara tiba-tibanya abang keluar dari rumah dan menahan pintu yang seperti ditolak kuat bertubi-tubi dari dalam. Aku mula rasa risau.

Abang. . .

Tidak! Yeon lari! Lari sekarang! Tolonglah!” Jeritnya kuat sementara masih menahan pintu itu dengan belakang badannya.

Aku mahu menolongnya, jadi aku maju ke hadapan semakin menghampiri dia.

“Jangan Yeon! Pergi!”

Mata aku terasa panas, jantung aku mengepam laju. “Ada apa ini abang?”

Perkara terakhir aku lihat adalah wajah abang yang sedang tersenyum bersama linangan airmata di pipinya, sebelum mata aku ditutup oleh seseorang. Mulut aku ditekup. Aku meronta melawan, namun dengan mudah aku diangkat ke dalam kereta.

“Yeon. . Aku minta maaf.”

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now