Sepanjang perjalanan dia hanya berdiam dan memandang ke hadapan. Sering kali dia melirik-lirik ke belakang seolah-olah dia risau kalau ada sesiapa mengekori. Dan itu membuat perasaan tertanya-tanya aku makin kuat.
Aku menghentikan langkah secara tiba-tiba, dan dia terus menoleh untuk melihat aku. Dahinya berkerut.
“Cuba katakan, ada sesuatu berlaku pada ibu saya kah?”
Dia hanya menggaru kepalanya tanpa mahu menjawab pertanyaan aku. Langkah dia atur mendekati aku. “Apa kau fikir aku faham bahasa isyarat?”
Oh.
Aku menundukkan kepala tanda maaf. Aku bukan tahu dia tahukah tidak bahasa isyarat. Aku menganggap yang dia faham kerana dia juga salah seorang daripada kawan-kawan abangkan? Aku agak sahaja.
“Ada handphone, kan?” Aku angguk dan dia hulurkan tangannya. “Bawa sini, sekejap.”
Mendengarkan itu, aku terus keluarkan telefon aku dari dalam poket dan dihulurkan padanya. Jarinya laju sahaja mengetak skrin telefon itu lalu diberikan pada aku semula.
Dia memberikan nombornya.
“Cuba hantar apa-apa pesanan pada aku.” Aku anggukkan kepala sahaja.
yeon :
hai?
jongin :
lame pft.
jadi kalau kau nak cakap
apa apa
chat akuAku tersenyum kecil sambil mengangkat muka memandangnya. Apabila dia mula membuka langkah berjalan, aku mengikut dia dari arah belakang.
yeon :
tadi saya tanya awak
ada sesuatu berlaku pada ibu sayakah?Dia terus berpaling memandang aku.
“Macam mana kau masih boleh menganggap dia sebagai ibu kau, dengan apa yang dia sudah lakukan pada kau, huh?”
Aku tergamam.
*****
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.