s h e - 33

191 45 6
                                    

Langkah aku yang laju tadi menjadi perlahan apabila melihat Jongin dan beberapa yang lain sedang berkumpul di hadapan wad yang menempatkan abang. Wajah mereka yang teruk berbekas lebam pukulan, kelihatan suram dan bersedih. Melihatkan itu, banyak yang bermain di dalam fikiran aku tentang abang.

Aku terus menerpa ke arah Sehun dan Jongin. Memandangkan hanya Sehun yang dapat berkomunikasi dalam bahasa isyarat, aku segera mendapatkannya.

Bagaimana dengan abang saya? Dia tidak apa-apakan? Dia baik-baik sahaja, kan?” Usai menyampaikannya, lengan baju Sehun aku tarik dan paksa dia untuk membalas pandangan aku. Entah kenapa, mata aku sudah menjadi kabur akibat airmata yang sudah berkumpul di tubir mata. Emosi aku bercelaru.

Aku mengharapkan dia akan membalas pertanyaan aku, namun dia hanya berdiam. Mengalihkan pandangannya pada Jongin, seolah-olah meminta supaya dia yang bersuara. Dengan itu, aku beralih pada Jongin pula. Lengannya aku genggam dan goyangkan beberapa kali tanda mahu dia berterus terang sahaja.

Jongin menundukkan wajahnya sebelum menarik nafas dalam.

“Yeon. . . Aku minta maaf. Rasanya, kau patut masuk ke dalam dan. . . melihat dia dengan mata awak sendiri. Buat kali yang terakhir.”

Dunia aku terus berhenti berputar.

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now