s h e - 36

225 44 5
                                    

Segalanya berlaku dalam sekelip mata, tanpa jangkaan. Aku sendiri seperti masih tidak dapat menerima apa yang sudah terjadi. Seperti baru sahaja kelmarin abang masih ada bersama aku, namun kini yang tinggal hanyalah satu kenangan. Abang telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Aku bahkan tidak sempat untuk menyampaikan apa yang mahu aku sampaikan padanya.

Yeon sayang abang. .

Terima kasih untuk segala-galanya abang. .

Ibu pula, ditahan polis atas tuduhan mengedarkan dadah. Aku tahu itu bukan kesalahan dia, ibu kena aniaya dengan manusia yang digelarnya sebagai kawan. Termasuk hari ini, sudah seminggu ibu berada di dalam tahanan.

Dan cuma aku, ditinggalkan bersendirian di dalam rumah ini. Bersama seribu satu memori yang menyakitkan hati. Aku menjarakkan diri dari semua orang, dan hanya berkurung di sini. Aku masih terkejut dengan semua yang berlaku sehingga aku tidak berfikir dengan jelas. Dada aku terasa sesak, bahu aku berat dengan bebanan yang aku sendiri tidak mampu untuk menerangkannya seperti apa.

Aku sendiri, tidak memahami perasaan aku ini.

Kecewa, sakit hati, sedih, semua perasaan bercampur baur lagi-lagi setelah aku mendapat tahu yang sebenarnya. . . aku bukannya anak kandung ibu sebaliknya adalah anak tidak sah taraf mendiang ayah. Aku kecewa sebab aku mendapat tahu ia bukan dari mulut abang sendiri tetapi dari orang lain. Mengapa dia selindungkannya selama ini?

Ini lebih menyakitkan. . . sungguh.

Aku meraup wajah sambil mengeluh halus. Kenapa selepas kematian abang baru segala-galanya terbongkar? Aku tidak membenci sesiapa, bahkan ibu sekalipun, meski aku sudah menyedari kenyataannya seperti apa.

Pandangan aku alihkan ke atas meja, apabila tidak henti-hentinya bergetar menandakan ada pemberitahuan baharu.

Aku tidak mahu ada mengena dengan mereka lagi. Malahan aku bertambah lebih sakit bila melihat mereka. Hanya mengingatkan aku pada kesedihan dan kekecewaan.

*****

•CHATROOM•

(1624 NEW MESSAGES)

yeon typing. . .

yeon :
im sorry.

YEON LEFT !

SHE ✔Where stories live. Discover now