Dia turut memanjat naik ke atas penghadang jambatan ini, lalu mengambil tempat di sebelah aku. Dia mendengus perlahan.
“Kalau kau ada masalah pun, sekurang-kurangnya bagitahu abang kau. Cari seseorang yang boleh dengar luahan kau. Bukannya pendam seorang diri, dan bersendirian begini. Apa kau fikir masalah kau akan selesai?”
Wah, sejak bilakah dia bercakap banyak ini?
“Macam mana kalau ada orang yang berbuat jahat pada kau di sini? Sudahlah telefon kau tinggalkan, haih..”
Aku mengeluh halus sebelum memeluk tubuh akibat sudah kesejukkan. Apa yang aku boleh buat, bukannya aku boleh melawan cakapnya sekarang ini.
“Saya cuma tidak mahu menyusahkan abang lagi. Dia sudah buat banyak benda untuk saya, saya tidak mahu dia terbeban lagi. Biarlah kali ini saya mencuba menyelesaikan masalah saya sendiri. Saya mahu membalas semua jasa abang dan ibu. Dan juga, saya tidak mahu melihat abang dengan ibu bergaduh disebabkan oleh saya lagi. Saya, menyusahkan, kan?” Setelah aku meluahkan melalui bahasa isyarat, aku mengalihkan pandangan padanya, sambil tersenyum lemah.
Walaupun hakikatnya, dia tidak faham apa yang aku sampaikan, sekurang-kurang dada aku terasa sedikit lapang setelah meluahkannya.
Entahlah, apakah mata aku yang menipu ataupun benar dia sedang tersenyum sekarang ini. Jongin membuka jaket dari tubuh lalu menutup sebahagian badan aku menggunakannya.
“Walaupun aku tak faham apa yang kau sampaikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya aku tahu kau percayakan aku untuk mendengar masalah kau. Bagaimana, sudah berasa sedikit lega?”
Aku menganggukkan kepala.
“Yeonjun!” Serentak kami menolehkan kepala apabila ada seseorang memanggil aku. “Aiyy, budak inikan suka buat abang risau.”
Aku tersengih-sengih sambil menuruni penghadang ini dengan berhati-hati. “Yeon minta maaf, abang.”
Abang terus memeluk aku erat. “Tidak mengapa, yang penting kamu baik-baik sahaja.”
*****
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.