s h e - 32

202 42 2
                                    

Setelah sekian lama aku menunggu sebarang berita tentang keadaan yang terjadi di rumah aku, akhirnya Kyungsoo mendapat satu panggilan. Iya, dia memperkenalkan dirinya tadi, kami mengadakan sesi mengenali antara satu sama lain. Rupa-rupanya, dialah Kyungsoo yang turut berada di dalam ruangan chat kawan-kawan abang itu.

Dan tekaan aku benar belaka selama ini.

Gadis yang bernama Myunghwa itu, yang pernah menjadi topik perbualan Chen tempoh hari adalah gadis yang sama dengan mendiang adik Kyungsoo. Dan juga, gadis yang mereka maksudkan mirip dengan mendiang adalah aku. Tekaan aku betul.

Semua itu membuat aku tertanya-tanya, sejauh mana keserupaan kami berdua. Tetapi itu bukanlah sasaran utama aku, sebaliknya aku cuma mahu mengambil tahu tentang betapa rapatnya hubungan mereka semua dengan mendiang. Aku perasan, mereka semua sungguhan terkesan dengan pemergiannya, dan juga dengan kehadiran aku.

“Myung— saya minta maaf,” Aku mendengar Kyungsoo berucap sebelum menyambungnya. “Maksud saya, Yeon. Kita perlu ke hospital sekarang juga.”

Jantung aku terus berdebar hebat.

Ya Tuhan, jangan sampai terjadi sesuatu. .

SHE ✔Where stories live. Discover now