s h e - 6

299 64 6
                                    

Tangan aku panjangkan ke belakang bahu untuk mengurutnya perlahan apabila ia terasa lenguh kerana aku menunduk membaca untuk satu masa yang agak lama. Jam dikerling oleh aku sekilas, sudah hampir ke angka dua belas. Membaca dan menghafal memang dua perkara yang amat membebankan, tetapi aku tidak boleh mengeluh. Semua ini demi masa depan aku juga.

Sia-sia sahaja abang membiayai pembelajaran aku, kalau aku sambilewa.

Iya, walaupun penat bukan kepalang, aku gagahkan juga diri ini. Belajar juga penting. Selama ini, aku hanya bersekolah di rumah sahaja. Sebab salah satu faktornya, aku tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan ramai orang. Dalam keadaan aku begini...

Bunyi hentaman pintu yang kuat di luar, menyentakkan aku sehingga terhinjut bahu dibuatnya. Jadi perlahan-lahan aku berjalan ke pintu bilik, untuk mengintai apa yang berlaku di sana.

Ibu baru balik, bersama abang.

Jadi betulah, sesuatu telah berlaku.

Ibu nampak begitu serabut, dan mukanya memerah. Mesti ibu. . . Abang pula, kelihatan tertekan dengan keadaan ibu.

“Sampai bila ibu mahu situasi kita begini, huh? Sampai bila, ibu mahu kehidupan kita jadi seperti ini?!” Aku menggigit bibir bila mendengar abang meninggikan suara pada ibu. Tidak pernah. . .abang begitu.

“Junmyeon! Tengok dengan siapa kamu bercakap sekarang ini.”

“Jun tahu ibu, tapi ibu tahu apa yang ibu buat sekarang ini? Ibu letakkan keluarga kita dalam bahaya! Terutamanya, Yeonjun.”

“Pedulilah dengan budak tak guna tu!”

“Ibu!”

Secara tidak sengaja aku menutup semula pintu dengan kasar, apabila mendengar tempelak sinis ibu itu. Aku menekup mulut menahan helaan nafas aku dari kedengaran. Mata aku terasa panas.

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now