Dia kuntumkan senyuman manis sebaik mata aku bertembung dengan matanya. Aku masih terkejut dengan tadi, bila dia tiba-tiba datang membantu aku. Dia faham bahasa isyarat? Mujurlah dia ada untuk menolong, aku tersangatlah gemuruh tadi dalam menangani pelanggan.
“Jadi, awaklah Yeonjun, ya. Adik perempuan Junmyeon hyung.”
Aku mengangguk kepala, mengiyakannya. “Awak kawan abang saya?” Aku mengutarakan soalan dalam bentuk isyarat.
Dia betul-betul mengamati pergerakan aku, lalu dia angguk kepala laju. “Iya saya kawan dia, nama saya Sehun.”
Mulut aku membentuk 'o'. “Awak pandai bahasa isyarat?”
“Jungmyeon hyung yang ajar, sebab dia selalu bercerita tentang awak. Jadi saya tertarik untuk mempelajarinya. Bagi saya, ia unik.”
Wah, aku betul-betul terharu dengan wujudnya manusia prihatin seperti dia ini. “Aaa begitu. . . Terima kasih sebab bantu saya.”
“Tiada masalah.” Dia tersenyum lebar. “Di mana Junmyeon hyung? Saya ada hal sedikit dengan dia.”
Aku meliarkan mata ke kiri dan kanan sambil berfikir. Lalu aku menunding jari ke arah pintu stor. Dia mengangguk faham sebelum menoleh ke arah salah seorang lelaki yang datang bersamanya tadi.
“Jongin, jom ke belakang.”
Lelaki yang dimaksudkan hanya menganggukkan kepalanya lalu mengatur langkah mengikuti Sehun dari belakang. Dia berbeza dengan Sehun, wajahnya tegang sahaja tanpa secalit senyuman pun. Meskipun dia terpandang aku tadi.
Aneh, ya.
*****
shah, ketahuilah shah nampak comel dalam cerita ini huehuehuehue.
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.