crashed, flashback .
Myunghwa menutup kedua belah matanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggung ke atas kerusi kecil, dihadapan piano besar yang terletak di tengah panggung. Dia menarik nafas dalam mencuba menenangkan dirinya yang gementar. Di dalam fikirannya, sudah memutarkan irama yang merdu dan indah, sepertimana yang sudah dipraktikkan oleh dia sebelum ini.
Sebaik sahaja Myunghwa membuka mata semula, jemarinya mula menari-nari di atas kekunci piano mendendangkan muzik irama yang merdu. Dendangan nyanyian And One oleh penyanyi Taeyeon, yang disampaikan hanya dengan alunan piano.
Membuat para pendengar di situ terpaku akan kemerduannya.
Do Kyungsoo yang berdiri tidak jauh dari pentas, tersenyum bangga melihat Myunghwa yang bermain dengan begitu baik sekali. Melihatkan adiknya itu, imbasan memori tentang ibunya mula berlayar di dalam fikirannya. Kembali ke masa lalu, ibunya juga adalah seorang pemain piano yang luar biasa. Nampaknya, Myunghwa mewarisi bakatnya itu dari ibu mereka. Tanpa disedari, Kyungsoo mengalirkan airmata kerana terharu.
Namun segera disekanya sebelum yang lain perasan. Suho menyedari itu, jadi dia menghulurkan sehelai sapu tangan pada Kyungsoo.
“Myunghwa sangat berbakat.” Puji Suho yang tidak lekang dari tersenyum lebar.
“Tengoklah adik siapa.” Kyungsoo tersengih-sengih sambil mendabik dada, bangga dengan kejayaan Myunghwa.
“Iyalah,” Suho menundukkan wajahnya sedikit menyelindungkan riak sedihnya. “Adik kita sangat istimewa.”
Kyungsoo kerutkan dahi bila dia tidak dapat mendengar kata-kata Suho dengan jelas. “Apa dia? Tak jelas.”
Suho menepuk bahunya sambil tersengih. “Tiadalah, hyung cakap yang adik kau memang istimewa.”
Selepas itu, perhatian mereka hanya tertumpu pada Myunghwa di atas pentas. Sehinggalah Myunghwa selesai membuat persembahan dan diakhiri dengan tepukan gemuruh dari semua penonton. Benar-benar terpesona dengan keunikan yang dipamerkan oleh Myunghwa.
Myunghwa menunduk hormat. Dia sungguh terharu dengan sambutan orang ramai akan persembahannya. Lagi membuat dia terharu melihatkan kehadiran abangnya di situ memberikan semangat buat dia.
Dia sudah melakukan yang terbaik, dan akhirnya Myunghwa dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama. Bukan kemenangan yang menjadi sasaran utama bagi dia, tetapi cukuplah jika persembahannya diterima baik oleh setiap penonton yang mendengarnya. Itu sudah cukup memadai baginya.
Kyungsoo tersenyum lebar, lalu apabila Myunghwa sudah berada di hadapannya, dia menggosok kepala adiknya itu dengan lembut. “Aaaa, tengoklah siapa yang dapat tempat pertama, Kim Myunghwa.”
Myunghwa tersenyum malu. “Heee, seperti yang abang janji pada Myung. Abang kena belanja kita semua makan malam ini!”
Ujaran Myunghwa mendapat sorakan daripada lapan orang kawan mereka di situ. Bersetuju apabila masuk bab-bab makan.
“Okay, abang akan tunaikan. Jom.”
Myunghwa meraba-raba poket bajunya mencari telefonnya setelah baru disedari olehnya yang ia tertinggal di dalam dewan. Matanya membulat melihat abangnya. “Err, rasanya telefon Myung tertinggal di dalam. Abang dengan yang lain-lain keluar dahulu, sekejap lagi Myung datang.”
Selepas mendapat persetujuan Myung berlari masuk ke dalam dewan semula, bagi mencari telefonnya yang tercicir. Disebabkan tidak mahu membuat kawan-kawannya yang lain tertunggu-tunggu, jadi dia mengambil keputusan untuk berlari ke luar setelah menjumpai telefon miliknya. Setiba di kawasan lapang di luar, dia menarik dan menghembus nafasnya berulang kali menstabilkan pernafasannya sementara matanya mencari-cari kelibat abangnya.
“Myunghwa!” Kepalanya terus menoleh mengikut arah suara itu. Myunghwa tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya pada kawan-kawannya yang sudah berada di seberang jalan bersedia untuk menaiki bas.
“Sekejap!” Jerit Myunghwa sebelum membuka langkah untuk berlari ke arah mereka. Namun malang tidak berbau, dia tidak perasan ada sebuah lori meluncur laju terus ke arahnya.
Mata Kyungsoo terus membesar, jantungnya berdegup laju. “Myunghwa!!!!”
Dalam sekelip mata tubuh kecil Myunghwa dirempuh lalu melayang ke atas permukaan jalan raya tanpa sempat dielak. Mereka semua terus berlari mendapatkan Myunghwa yang sudah terbaring tidak bergerak. Darah sudah berlumuran di situ.
Hanya seorang yang tidak berganjak dari tempat dia berdiri, terpaku seolah-olah mati fikirannya tatkala melihat apa yang baru sahaja terjadi pada Myunghwa. Sejambak mawar merah dalam genggaman terlepas jatuh ke lantai. Airmatanya menitis setitik demi setitik di pipi. Gadis yang dicintainya. . . Jongin jatuh terduduk sambil tidak putus melihat ke arah Myunghwa.
“Tidak, bukan, tak mungkin. Myungh-wa. . .”
*****
untuk sesiapa yang tidak perasan, flashback ini adalah tentang myunghwa, okay?
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.