s h e - 28

202 42 0
                                    

Selepas aku melabuhkan punggung ke atas sofa bersebelahan dengan abang, bahunya aku tepuk perlahan untuk mengejutkan dia. Ada perkara yang perlu aku ceritakan padanya.

Abang buka mata dan toleh pandang bersama senyuman nipis. “Iya, ada apa Yeon?”

Aku pusingkan badan dan bersila menghadap dia. Tadi, ada seorang lelaki tiba-tiba peluk Yeon masa Yeon edarkan brosur.”

Aku menjangka yang abang akan terkejut lalu marah-marah pada aku kerana membiarkan orang asing menyentuh aku sesuka hati. Namun tindak balas yang aku terima sangat pasif-sepasifnya. Abang hanya senyun kecil lalu menyambung tidurnya semula.

“Lepas itu, apa jadi?”

Aku tepuk bahunya sedikit kuat tanda geram. Dia bertanya apa jadi selepas itu, tetapi dia menutup mata. Apa dia fikir aku boleh bersuara?

Abang tergelak kecil sebelum mencelikkan semula matanya. “Iya iya, abang bergurau je,” Dia pandang aku dengan kepalanya yang masih berbaring pada sandaran sofa. “Apa yang jadi lepastu?”

“Dia bawa Yeon pergi minum di kafe miliknya, baru abang tahu tidak, dia cakap muka Yeon serupa dengan mendiang adiknya.” Bersungguh-sungguh aku bercerita dengan harapan mendapat apa-apa reaksi dari abang, namun dia tetap bersahaja. Apa dia tidak terkejut?

Abang menganggukkan kepalanya. “Aa, kesian dia. Mesti dia rindukan adik dia sangat-sangat.”

“Dia cakap, nama adik dia Myunghwa. Kalau adik tidak silap sebelum ini kawan-kawan abang ada cakap soal gadis itu sebelum ini. Abang tak nak cakap apa-apa pada Yeon, ke?”

Melihatkan pertanyaan aku, wajah abang berubah menjadi sayu tetapi dia tetap tersenyum. Masih mengekalkan ketenangannya meskipun aku tahu lain yang bermain dalam fikirannya.

“Dia orang baik, Yeon. Kalau ada masa, pergilah jumpa dia selalu. Mungkin Yeon boleh jadi pengubat rindunya terhadap mendiang adiknya.” Usai berkata, abang terus berlalu masuk ke dalam biliknya meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Apakah ini semua?

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now