s h e - 31

203 44 8
                                    

Aku ternganga sebaik sahaja penutup mata aku dibuka, dan melihat lelaki yang menggelar aku Myunghwa tempoh hari berada di hadapan aku. Atau lebih tepatnya, aku yang berada di dalam rumah dia. Mata aku terkebil-kebil dalam tidak percaya.

Teringat akan abang dalama bahaya aku bingkas bangun dan berura-ura hendak pergi tapi tahan tangan aku. Bila aku menoleh pandang dia, dia gelengkan kepala. Seolah-olah menegah niat aku.

“Keadaan di sana tak selamat,” Ujarnya perlahan. “Yeon lebih selamat di sini.”

Mendengar itu aku terus menggelengkan kepala. Aku perlu untuk membantu abang, aku tahu dia dalam masalah besar.

“Jangan, mereka sebenarnya mencari awak. Abang awak berusaha melindungi awak dari mereka, tolonglah bertenang. Tunggu di sini, iya?” Matanya memandang tepat ke dalam mata aku, memberikan keyakinan.

Aku, terdiam.

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now