Aku menghenyakkan punggung ke atas kerusi, lalu menghela nafas panjang. Penat yang bukan kepalang lagi. Bahagian belakang baju aku terasa basah dengan peluh. Kotak yang sudah kosong aku letakkan ke atas riba. Tidak sangka, habis juga akhirnya.
Iya, dengan bantuan Jongin.
“Penat?” Soalnya selepas turut mengambil tempat di sebelah aku. Aku balas dengan anggukkan.
“Aku tidak tahulah apa masalah kau yang sebenarnya, tetapi, apa kau rasa berbaloi dengan semua ini? Maksud aku, kau rasa berbaloi melakukan ini semua secara paksa semata-mata hanya untuk mengambil hati orang yang memang langsung tidak peduli dengan kau.” Sambungnya lagi yang membuat aku terkelu.
Wajahnya aku tenung, mencari tanda-tanda yang dia sedang berjenaka apabila mengatakan itu, namun yang aku dapat adalah satu tatapan yang sungguh. Entahlah, aku mahu marah dengan itu kerana seolah-olah dia sedang merendahkan ibu, namun ada satu sudut hati aku merasakan ia benar belaka.
yeon :
saya lakukannya
untuk abang
saya cuma mahu bantu dia“Aku tak akan baca apa sahaja yang kau hantar. Aku tidak mahu tahu apa sahaja alasan kau. Aku cuma mahu jawapan, antara angguk atau geleng. . .” Dia toleh pandang aku, dengan keseriusan yang tidak pernah aku saksikan. “Yeon, kau lupa siapa aku?”
Aku terdiam, tidak angguk tidak juga menggeleng.
*****
YOU ARE READING
SHE ✔
Short StorySHE \ EXO FANFICTION ❝ berikan aku isyarat atau sebarang petanda, agar aku tahu apa isi hatimu ❞ COMPLETED ✔️ DEDICATED TO -NYCTOPHILLA WOLY STORYLINE SAD/ROMANTIC/COMEDY.