s h e - 4

302 65 4
                                    

“Adik, abang ada urusan sikit lepas ni. Adik bolehkan, balik rumah sendiri?” Tanya abang dengan nada suaranya yang sedikit cemas. Wajahnya pun nampak lain, seperti ketakutan.

Aku angguk lambat. Tapi abang mahu ke mana? Ada apa-apa yang berlakukah?”

Melihatkan pertanyaan aku, laju kepalanya menggeleng. Tapi aku tahu, dia menyelindungkan sesuatu dari aku. “Tak ada apa-apa, jangan risau okay?”

Aku hanya mengiyakannya.

Baru sahaja dia berjalan ke arah dua orang kawannya tadi, dia berpaling semula sambil menggaru lehernya dengan janggal. Dia sempat berbual sesuatu dengan mereka.

“Dik, kalau kawan abang temankan adik sampai rumah, tak apakan? Abang cuma risaukan tentang keselamatan adik.”

Aku mengeluh halus. Adik boleh sendirilah. Tak nak menyusahkan orang.”

Tidak mengapa, Jongin ni pun tak kisah, kan?” Abang tepuk bahunya minta persetujuan.

Dan dia hanya menganggukkan kepalanya.

*****

SHE ✔Where stories live. Discover now