51 ; LEE DAEHWI

1K 91 42
                                    

Kim Sojin POV

Sedang aku beratur untuk mengorder my favourite Americano, seseorang menyebut namaku dari belakang.

"Sojin? A-awak ke ni?"

Jadi aku pusing- "Ya saya-"

"WAH BETULLAH NI AWAK, SOJIN! Macam mana kita boleh terjumpa kat sini pula ya? Ahahahah hebatnya jodoh kita berdua ni." Daehwi seperti biasa, menjadi ahjumma paling terkecoh di Korea ni.

-____-

Tapi aku tiba-tiba nak buruk sangka. "Jangan kata... awak ekori saya sampai ke sini?"

Daehwi pantas menggeleng, "Heih seolma! Wannable sepatutnya ekori saya, bukan saya ekori mereka."

😑

"Saya bukan Wannable-"

"Tapi awak manager kami yeay-"

"Daehwi hajima. Kita dah takde apa-apa hubungan lagilah. Saya tak bekerja dengan awak semua lagi, saya dah letak jawatan, remember?" Jawabku tanpa intonasi suara yang lembut.

Daehwi mengangkat kening. Tangannya memberi isyarat menghalau aku pergi.

WTF?

"Giliran awak pula untuk ambil order. Pergilah order dulu, nanti kita sambung."

Oh rupanya giliran aku.

Patutlah customer yang beratur semua dah jeling nak gigit aku 😅

"Selamat petang. Cik nak order apa?" Pekerja di counter pun aku rasa dah kali ketiga cuba greeting aku.

Aduhai malunya... 😶

*fast forward*

Lepas ambil order, aku cari tempat untuk duduk. Dari tepi tingkap, aku nampak Daehwi melambai ke arah aku.

Aku cuba buat-buat tak nampak dan berjalan ke arah lain. Meja semua penuh.

Tapi suddenly, ceh suddenly, dia tarik tangan aku ke mejanya.

Tapi malangnya meja tersebut dah ada orang lain duduk. Kalau dia tak bangun untuk tarik tangan aku tadi, mesti tempat ni tak diambil orang.

Kenapa ramai sangat orang pula ni?

Sekarang dah takde lansung meja kosong untuk diduduki.

"A-apa awak buat ni?" Tanyaku selepas Daehwi masih lagi tak lepaskan tangan aku.

"Err cuba bagi awak tempat duduk?"

...

"Oh ya Sojin, awak ada ke mana-mana lepas ni? Saya bosanlah. Memandangkan kita pun dah elok sangat berjumpa secara kebetulan ni, marilah keluar sekejap!"

Aku gigit bibir. Macam on time je pula soalan dia ni.

"Kalau bosan, pergilah main dengan kawan-kawan Wanna One awak tu." Balasku ringkas.

"Tak nak. Mereka semua penat harini, semua duduk rumah je, tak nak keluar dengan saya. Hm please?"

Tengok tu. Dia buat muka.

"Sojin pleaseeee-"

"Awak tak boleh nak paksa saya."

"Ala tapi saya akan belanja awak, everything! Please lah teman saya harini~"

Hal dibelanja orang ni yang aku lemah ni.

My weakness ayo 🤦‍♀️

"Fine, sekejap je."

𝐖𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐎𝐍𝐄 𝐌𝐄? || 𝐛𝐚𝐞 𝐣𝐢𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠Where stories live. Discover now