Kim Sojin POV
Hari kedua aku bersekolah dan sekarang dah tiba masanya.
Recess time~
Aku keluar daripada kelas, mencari kelibat seseorang.
"Hi, Sojin!"
"Sojin annyeong~"
"Wow hello Sojin!"
"Err ya hi. Maaflah saya kena cepat ni, jumpa nanti ya!!" Aku melambai sambil minta maaf ke arah mereka yang menegur aku.
Memang aku ibarat artis kat sekolah ni, semua orang kenal aku tapi aku takde masa nak berborak sekarang.
I need to find Hyungseop yang terus keluar lepas kelas tadi. Seonho pun aku tinggalkan kat belakang.
Habis satu sekolah aku pusing. Hyungseop, mana awak?
Aku sendiri tak tahu aku dah ada di blok mana satu, tapi terpencil.
Waktu aku tengah melilaukan pandangan mencari Hyungseop, aku terlanggar seseorang yang hampir sama tinggi dengan aku. 165 cm?
Aku tak angkatkan kepala, aku nampak sesuatu terjatuh betul-betul lepas kami berlanggar.
Ayam goreng?
Ha Sungwoon POV
Aigoo habislah aku!
Tempat ni paling takde orang dan strategik, macam mana dia ni boleh ada kat sini? Rungut hati aku.
Dan ayam aku... Terjatuh dan terbazir begitu sahaja 😭
Aku nak lari! Habislah kalau dia bagitahu eomma yang aku curi-curi makan ayam goreng kat sini.
"Jwisonghabnida-" Belum sempat aku habiskan kata-kata, aku nampak ada air menitis di lantai.
Dia menangis?
Takkanlah dia menangis sebab ayam aku terjatuh? Dia takut aku akan marah dia ke?
😅
"Y-yah... Gwaenchanha s-saya tak marah awak pun sebab ayam saya j-jatuh. Uljima..." Aku pegang bahu dia.
Takkanlah aku nak marah fans aku sendiri. Lagipun, semua pelajar perempuan sekolah ni fans kami, I know how to treat fans lah.
And honestly, dia ni lucky sebab dapat merasa aku yang kacak ni pegang bahu dia. Exclusive tau member Wanna One buat ni kat random person.
"A-aniyaa huwaaaaa!!" Dia menangis lagi kuat.
Dia terduduk di atas lantai dan sambung menangis teresak-esak.
Aigoo salah aku ke ni?
"A-awak... Kenapa ni?" Aku duduk disebelahnya.
Lagi satu, siapa dia ni? Pelajar perempuan sekolah ni ada dalam 70+ orang je dan aku kenal muka hampir semua walaupun tak tahu nama.
Tapi ni baru first time aku nampak muka dia.
"Kalau ni sebab ayam tu- Saya tak kesah! S-saya boleh beli lagi..." Aku cuba legakan dia. Nasib baiklah tiada siapa yang lalu blok ni.
YOU ARE READING
𝐖𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐎𝐍𝐄 𝐌𝐄? || 𝐛𝐚𝐞 𝐣𝐢𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠
FanfictionWanna One's Bae Jinyoung - extraordinary good looking boy with cute and small face. Tapi malangnya dia ni pemalu. And whenever he performs on stage, dia akan pakai topi or any disguise untuk lindungi muka dia dari dilihat oleh orang lain. Baejin ber...