63 ; STOREROOM

749 65 6
                                    

Ahn Hyungseop POV

Dalam keadaan ni, aku sedaya upaya untuk tidak memandang Bae Jinyoung yang aku sangat benci, dulu, kini dan selamanya.

Atau yang lebih aku kenali sebagai Baejin.

Bulu roma aku tak henti-henti meremang. Aku sangat-sangat takut sekarang ni.

Kenapa gelap sangat ni... Seonho, Sojin, tolonglah cepat cari saya...

Kalau waktu kecil dulu, The Byeongari selalu legakan aku dalam keadaan ni.
Paling berjaya legakan aku adalah Baejin.

Tapi sekarang dia bukan lagi The Byeongari. Sojin dan Seonho pula tiada.

Nafas aku jadi makin tak stabil. Jantung pula macam tengah buat concert.

Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan Bae Jinyoung yang tiba-tiba jatuh bergolek di atas lantai.

Aku hanya perhatikan dia, tiada niat langsung nak tolong.

Entah macam mana dia jatuh, tapi padan muka.

Bae Jinyoung itu bangun dan duduk semula. Tanpa kami berdua sedar, kedudukan baru dia ni semakin menghampiri aku.

Aku masih abaikan dia, cuba sesuaikan diri dengan tempat menakutkan ni.

Dalam hati aku, sedikit bersyukur yang aku tidak seorang diri dan ditemani dia.

Aku menjeling ke arah Bae Jinyoung lagi, dia sedang memandang lantai tanpa jemu.

Tak bosan ke pandang lantai je dari dulu?

Bae Jinyoung POV

"Tak bosan ke pandang lantai je dari dulu?"

Spontan aku menjawab soalan hati Hyungseopㅡ

"Mestilah bosan."

Hyungseop terkejut besar. Dia menghampiri aku dengan muka WTF?!

Aku alihkan pandangan mata kami, tapi Hyungseop macam tak nak mengalah.

Tadi, aku kumpulkan semua keberanian aku untuk menjawab "Mestilah bosan" tu semata-mata untuk tukar perasaan 'takut' Hyungseop kepada 'curiousity' mengenai kebolehan aku.

Yang bergolek tadi tu betul-betul aku tak sengaja. Aku terkejut tapi tanpa jeritan sebab aku nampak cicak dari jarak yang sangat dekat for the first time.

"A-apa yang awak bosan, Bae Jinyoung?" Masih kedengaran intonasi angkuh dalam suara Hyungseop.

Ego dia masih sangat tinggi pada aku walaupun pada keadaan sekarang ni.

"Awak tanya saya sama ada saya tak bosan ke pandang lantai, mestilah saya bosan. Saya terpaksa pandang, bukannya saya nak pun selama ni..." Aku hanya katakannya secara membebel + merungut kepada diri sendiri. Aku tak nak Hyungseop dengar bulat-bulat.

Orang tanya soalan, aku kena jawab, itu adab kan?

Walaupun dia tak dengar jawapan tu.

Suasana jadi senyap, okay dari tadi memang senyap je cuma kali ni senyap dia lain daripada lain.

"Saya perli tadi kuat sangat ke?" Hyungseop menekup mulut sendiri semasa mata kami bertentangan.

𝐖𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐎𝐍𝐄 𝐌𝐄? || 𝐛𝐚𝐞 𝐣𝐢𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠Where stories live. Discover now