"Ya Allah Asy! What happen?!" Terkejut Tengku Faridah apabila melihat anaknya mengendong Safeyya yang kepalanya berlumuran darah.
"Ummi, mom mama?" Tanya aneesa.
"Mom dengan Dad kamu outstation. Ni kenapa dengan Eyya ni Nees? "
"Nanti nees cerita tapi boleh tak ummu call doktor family kita?"
"Asy bawak Eyya naik bilik dia eh" Asyraff masuk ke dalam lif dan menekan tingkat 1.
Asyraff meletakkan Safeyya di atas katilnya dengan perlahan-lahan. Dia masuk ke dalam bilik air dan keluar dengan membawa satu besen berisi air dan tuala yang basah.
Dia naik ke katil Safeyya dengan perlahan dan membersihkan darah yang ada di kepala Safeyya.
"Asyyy... " Asyraff menghentikan kerjanya dan memandang ke arah Safeyya sambil tersenyum. Sungguh tabah hati gadis di depan dia ini.
"Ye Eyya Asy ada ni. Sabar eh.. Kejap lagi doktor sampai" Asyraff menggosok lembut kepala Safeyya.
"Sakit Asy sakit... " Mengalir air mata Safeyya. Sungguh sakit sekali kepalanya sekarang ini. Lepas satu, satu.
"Iyee Asy tahu. Eyya sabar sekejap eh. Kejap lagi doktor sampai" Safeyya hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tak larat nak bercakap dengan kepalanya yang tengah pening ni.
"Asy.. Dah lah tu eh. Ni doktor dah sampai. Biar doktor periksa Eyya dulu. Kita tunggu dekat luar ye sayang" Asyraff bangun daripada duduknya dan membiarkan doktor peribadi keluarganya melakukan tugasnya.
Dia dan Tengku Faridah keluar daripada bilik dan tunggu di ruang tamu.
"What actually happen Asy? Nees? " Tengku Faridah merenung wajah dua orang anaknya itu. Rasa macam nak tercabut jantungnya bila nampak Safeyya yang berlumuran darah.
"Haih. Its Keisha ummi" Aneesa mengeluh perlahan.
"Keisha? What had she done?!" Tengku Faridah bangun daripada duduknya. Panas hatinya bila dengar nama gadis itu. Mengikut cerita Asyraff, Keisha jugalah yang cuba untuk membunuh Safeyya 2 tahun lepas.
"Ummi, calm down please.." Asyraff menarik lembut tangan ummi nya dan meminta ummi nya agar duduk. Turun naik nafas Tengku Faridah menahan amarah dalam hati.
"Dia tolak Safeyya and then kepala Safeyya terhantuk dekat Papan kenyataan ummi" Aneesa menggenggam penumbuknya.
"She what?! Dia tak tahu ke Safeyya tu siapa ha?! Impossible lah dia tak kenal! "
"Nope. Dia tak kenal siapa itu Safeyya ummi. Sebab tu dia berani buat macam tu" Tutur Asyraff lembut. tengku Faridah hanya mengeluh.
"Ummi, Safeyya tu low profile. Ummi ingat dia jenis yang suka ke nak bagitahu orang ramai yang dia tu siapa? Dia tu bukan Keisha yang suka membanggakan duit mak bapak dia. Safeyya tu hati dia bersih ummi" Aneesa menitiskan air matanya. Tengku Faridah lantas memeluk anak gadisnya itu.
"Haa lupa pulak ummi. Along kamu mana? Takkan dia tak balik sekali? Angah.. Kamu tak beritahu along ke kamu balik ni?" Tengku Asyraff memandang adiknya yang turut memandang nya.
"He's not important ummi" Aneesa bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya.
"Along ada dekat sini ummi" Terus terhenti langkah Aneesa. Dia memalingkan wajahnya memandang wajah alongnya yang nampak tidak bersalah.
Boleh tak dia nak ambil lesung batu lepas tu nak ketuk-ketuk kepala abang nya itu?
"Who are you and why are you here?" Tengku Faridah memandang Aneesa dengan pandangan yang pelik. Dah kenapa pulak dua orang anak nya ini?
YOU ARE READING
Mrs Headprefect
Teen FictionEyya yang dulunya gemok, tak terlalu cantik, sering dihina dan digelar nerd kini kembali dengan berwajah baru? Bagaimanakah keadaan orang sekeliling setelah melihat dy yg baru? Eyya yang dlu bukanlah yang sekarang. Eyya sekarang bertudung labuh...