"Along..ummi panggil along turun makan. Jom along. " Panggil Tengku Aneesa.
Sejak kebelakangan ni alongnya sedikit berubah. Kalau berubah daripada dingin kepada ceria dia tak kisah. Kini alongnya semakin dingin dan banyak mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Ada masalahkah alongnya itu ?
"Kau turun lah dulu adik. Along nak buat kerja ni. Nanti kalau kerja along dah siap, along turun" Tengku Aliff meneruskan kerja sekolahnya.
Tengku Aneesa melangkah masuk ke dalam bilik abangnya itu. Bilik along sentiasa kemas. Jaranglah nampak bilik along ni berselerak.
"Along, if you have any problem, you know that you can share with me. Sakit tau tak along kalau along pendam je masalah along tu sensorang." Tengku Aneesa melabuhkan duduknya di katil bersebelahan dengan meja belajar alongnya.
"Apa yang adik cakap ni ? Along takde masalah lah. Im okay. Kenapa ? Along nampak macam orang mati bini ke adik ?" Tengku Aliff tertawa kecil. Adik aku sorang ni ada ada je lah.
"Along, janganlah tipu adik. Along percayakan adik kan? So why not along share masalah along tu dengan adik?"
"Ya Allah adikku. Along takde masalah. Along nak share apa dekat adik kalau along takde masalah sayang...." Tengku Aliff memusingkan kerusi meja belajar nya lalu menghadap adiknya.
"Along sebenarnya sakit hati kan tengok Eyya dengan angah ? Along sebenarnya sayang Eyya kan ? Bukan setakat sayang, tapi along cintakan Safeyya kan ?"
"Ishh..merepek lah kau ni adik. Eyya tu bini angah. Lagipun, semoa orang tahu kot along benci dekat Safeyya tu. So kenapa sampai dekat kau, kau pulak kata along sayang Eyya tu ? Jangan merepek lah adik"
"Memang semua orang nampak kau benci Eyya tu along. Tapi kau benci dia bukan sebab kau benci dia kan ? Kau buat orang nampak kau benci dia supaya orang lain tak nampak yang kau sebenarnya sayang dekat dia kan ? Kau tanak orang lain tahu perasaan sebenar kau dekat Safeyya kan along ? Sebab tu kau pura-pura bencikan dia. Am I right ?"
Tengku Aliff terpempam. Setiap apa yang dikatakan adiknya itu benar belaka. Tidak ada sedikit pon yang tertinggal. Tapi pelik. Macam mana adiknhmya itu boleh tahu ? Dia tidak pernah memberitahu kepada sesiapa pon.
"Kau jangan fikir macam mana aku boleh tahu along. Kau abang aku. Sedingin dingin kau pon, hati kau tetap adik boleh baca along" Tengku Aliff mengeluh.
"Along mengaku dengan adik. Along memang sayang kan Safeyya. Sejak dulu lagi. Bukan masa dia lawa macam sekarang je. Along sayang dia sejak dia gemok dulu lagi adik" Tengku Aneesa tersenyum.
"Dah tu ? Kenapa kau buat Safeyya macam tu dulu along ? Kenapa kau hina dia, maki dia ? "
"Along terpaksa buat macam tu untuk lindungi dia adik. Keisha selalu bagitahu along yang kemalangan kakak dia tu semua berpunca daripada Safeyya dan dia nak Safeyya menderita seumur hidup. Keisha bagitahu along yang dia sayang along. Dia nak along jadi peneman dia. So, untuk elakkan Safeyya daripada bahaya, along terpaksa hina dia semua tu adik. Along terpaksa. Along tak nak pon sebenarnya." Terang Tengku Aliff Zafriel.
"Tapi along, perlu ke sampai menghina ? " Soal Tengku Aneesa lembut.
"Keisha bagitahu along yang dia sayang along. Dia nak along sentiasa ada dengan dia. Cuba adik bayangkan kalau along tu berbaik baik dengan Safeyya. And Keisha nampak. Tak ke nanti dendam dia dekat Safeyya tu makin menebal ? Along tanak dia buat benda tak elok dekat Safeyya tu adik." Airmata Tengku Aliff mula mengalir perlahan. Namun, dengan pantas dilap. Dia tak nak nampak lemah di hadapan adiknya itu.
"Dah tu sekarang ni Eyya dah kahwin dengan angah. Along macam mana ?" Sungguh aku tak sangkabyang along selama ni lindungi Safeyya dalam diam. Ya Allah kesian nya along! Dia terpaksa memendam rasa dalam hati nya semata-mata untuk melihat Safeyya selamat daripada dendam tak berpenghujung Keisha.
"Along boleh buat apa je adik ? Dia dah kahwin dengan angah tu baguslah. At least angah ada untuk lindungi dia. Tugas along untuk lindungi Safeyya dah diambil alih oleh angah. So, along nak buat apa je ? Along redha je lah adik" Tengku Aliff tersenyum nipis memandang adiknya.
"Dah tu ? Along tak jealous ke tengok angah dengan Eyya ? Tak sakit hati ke along ?"
"Kalau adik nak along jujur, along jujur. Tipu lah kalau along kata along tak sakit hati. Mestilah sakit hati adik oiii. Tapi, macan along cakap tadilah. Along tak boleh nak buat apa-apa. Along mampu redha je sayang"
"Kuatnya along kan?" Tengku Aneesa bangun lalu memeluk abangnya. Airmata nya mula mengalir dan menitis terkena baju abangnya. Betapa kuatnya along hadapi cabaranmu Ya Allah.
Macam mana along boleh kuat macam ni ? Kalau aku duduk serumah dengan orang yang aku sayang, tapi dia sibuk bermesra dengan orang lain, tak kuat oi hati.
"Along kena kuat adik. Asalkan orang yang along sayang, orang yang along cinta bahagia" Tengku Aliff menepuk lembut belakang adiknya yang sedang menangis.
Tengku Asyraff yang sedari tadi mendengar juga turut mengalirkan air matanya. Niatnya pada awalnya nak panggil along dengan adiknya untuk turun makan. Ummi suruh adik panggil along, tapi disebabkan adik lama sangat, terpaksa lah dia pergi.
Tapi sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik alongnya, tak sangka pulak along tengah meluahkan perasaan nya dekat adik.
Ya Allah berdosakah aku sebab buat Along macam tu ? Kenapa aku sanggup ambil kebahagiaan along? Ya Allah aku nak buat apa sekarang ni Ya Allah. Aku tak mampu nak lepaskan isteriku kerana aku dah terlanjur sayang dekat dia. Aku nak buat apa ni ?
Tengku Asyraff Firash mengelap air matanya lalu menarik nafasnya. Dia kena tenang. Lalu Tengku Asyraff Firash mengetuk bilik alongnya.
"Eh ? Along dengan adik tengah berdrama apa ni sampai tak ajak angah ? Kau ni dik..ummi suruh panggil along turun makan. Yang kau pergi berdrama dengan along tu pasai pa ?"
"Ishh..mana ada berdrama lah. Saja je nak peluk peluk along sambil nangis. Yang kau menyibuk kenapa ? Jeles sebab aku bermanja dengan along ? Kau pergi lah manja-manja dengan Safeyya sana. Sibuk datang sini" Tengku Aneesa menjeling angahnya. Kacau daun betullah angah ni. Spoil mood betul.
"Ehhh ? Angah pulak yang salah. Dah jomlah kita turun makan. Semua tengah tunggu tu. Ada orang tu ummi suruh panggil along di bantainya berdrama. Dasar drama queen" Ejek Tengku Asyraff. Tengku Aneesa membaling bantal kecil tepat terkena belakang angahnya yang sedang melangkah keluar daripada bilik.
"Eh angah! Yang drama queen tu bini kau eh! Kau tunggu situ! Aku kejar kau angah! Kau ejek aku eh! Eh along, jom turun makan" Tengku Aneesa mempercepatkan langkahnya mengejar angahnya. Biadap punya angah. Dia boleh panggil aku drama queen? Kejam nya.
Tengku Aliff Zafriel tertawa besar. Dia bangun daripada duduknya dan melangkah keluar daripada bilik untuk ke ruang makan.
Biarlah rahsia hatinya diri dia dan adik je tahu. Asalkan Eyya dan Angah bahagia, dia akan bahagia sama. Melihat orang yang kita sayang bahagia, sekali gus kita akan turut merasakan kebahagiaan.
Huwaaaaa..sedihnyaa. Siapa sangka kan sebenarnya Tengku Aliff tu sayang dekat Safeyya ? Huhuhu
.
.
Jadi? Apa yang Tengku Asyraff akan buat eh ? Adakah dia sanggup untuk menceraikan isterinya demi abangnya itu ?
.
.
Haaa..kalau nak tahu, stay tuned ye. Maaf kalau author jarang update. Serius autbor busy sangat dengan SPM ths year. Doakan SPM author cemerlang ye ?
.
Jangan lupa Vote! ❤
YOU ARE READING
Mrs Headprefect
Teen FictionEyya yang dulunya gemok, tak terlalu cantik, sering dihina dan digelar nerd kini kembali dengan berwajah baru? Bagaimanakah keadaan orang sekeliling setelah melihat dy yg baru? Eyya yang dlu bukanlah yang sekarang. Eyya sekarang bertudung labuh...