Bab 22 - Kehilangan

171 9 5
                                    

Sebulan kemudian

Tengku Safeyya dan Tengku Aneesa sedang sibuk di dapur. Mereka bertungkus lumus memasak dan menyiapkan makanan untuk menyambut kepulangan parents dan uwan mereka.

Safeyya paling tidak sabar kerana dia ingin memberitahu mengenai kandungannya. Sebulan lebih dia menyembunyikan kandungannya semata mata nak buat surprise. Mesti muka parents nya dan uwan akan terkejut gila. Eyy tak sabarnya !

"Babe ! Jangan lah sengih sorang sorang. Cepat lah tolong buang tulang ikan tu. Kita nak kena masak kuah laksam ni lagi. Dia boleh pulak duk tersengih sengih. Eyyy mak buyung ni kan " Bebel Tengku Aneesa. Daripada tadi sepupu nya itu asyik duk tersengih sengih je. Tahu lah tak sabar nak buat surprise. Jangan lah obvious sangat.

"Hehe sorry lah babe. Aku excited lah. Tak sabar nak bagitahu diorang semua" Safeyya tersenyum gembira.

"Iyee tahu tu. Aku pon tak sabar nak tengok reaksi masing masing. Eh btw kan angah dah gerak pergi airport belom ? Aku tak nampak dia pon pagi tadi ?" Soal Tengku Aneesa.

"Dia tengah mandi. Pagi tadi dia jogging kejap. Kejap lagi dia turun lah tu" Ujar Safeyya.

"Sayang" Tengku Asyraff memeluk isterinya daripada belakang. Kepala isterinya dicium lembut. Wangi nya isteri aku ni. Bila lah tak wangi ? Macam mana hati ni tak rindu bila berjauh ? Bau ni lah yang dia rindu.

"Alahai merpati ni. Angah, Nees ni single. Nak bermesra pon, hormat lah yang single ni ngah. Kesian Nees tau" Ujar Tengku Aneesa sambil memuncungkan bibirnya.

"Alah kau ni kan Nees. Bagi lah chance angah nak manja manja dengan Eya for the last time. Kacau je tau. Oh ye lah sayang ! Hubby nak pergi amik diorang semua dekat airport ni. Sayang nak ikut hubby or macam mana ?" Soal Tengku Asyraff.

"Ermm..hubby pergi sendiri boleh ? Sayang nak kena tolong Neesa masak. Nanti kesian dia masak sorang sorang. Dah lah banyak pulak tu" Ujar Safeyya. Tengku Asyraff hanya mengangguk.

"Okey lah kalau macam tu, hubby pergi dulu eh sayang. Sayang jaga diri. Take cafe. Jaga baby elok elok. Baby, jangan nakal nakal dalam perut bonda ye sayang. Bila dah besar, jaga bonda elok elok. Yanda pergi dulu eh ? Jangan rindu kan yanda tau. Kalau ada rezeki, kita jumpa ye sayang" Perut kempis Tengku Safeyya dikucup lembut dan isterinya itu dipeluk erat.

Tengku Aneesa dan Tengku Safeyya saling berpandangan. Mereka berkerut memandang Tengku Asyraff yang sedang berjalan ke arah pintu utama untuk mengambil parents mereka di airport.

"Babe, aku bukan nak takutkan kau atau apa apa tau but aku rasa tak sedap hati lah tengok angah tu" Ujar Tengku Aneesa lembut.

"Bukan kau sorang je babe. Aku pon. Hati aku rasa tak tenang sejak semalam lagi. I dont know lah. Kita doa doa kan lah semoga semua nya baik baik je eh ? " Tengku Aneesa hanya mengiyakan kata kata sepupunya itu. Mungkin itu hanyalah perasaan mereka sahaja.

----------

Jam sudah menginjak ke pukul 3 petang tetapi kelibat Tengku Asyraff dan keluarga mereka masih tidak kelihatan. Ibu bapa mereka dan uwan dijadualkan tiba di lapangan terbang jam 1 tengahari tetapi dah dekat 2 jam mereka tidak sampai sampai di rumah.

"Macam mana long ? Dapat tak call angah ? " Soal Tengku Aneesa dalam keadaan cemas. Daripada tadi mereka cuba call Tengku Asyraff dan keluarga mereka yang lain tetapi tidak seorang pon yang mengangkat. Tengku Aneesa memandang ke arah Tengku Safeyya yang tertidur kepenatan menunggu ahli keluarga mereka yang lain.

"Along dah try call semua. Semua tak dapat. Ish ! Kenapa ni !" Tertahan tahan suara Tengku Aliff menahan geram. Dia risau ! Mengenangkan perangai kembarnya yang sejak kebelakangan ini asyik menyebut mengenai mati sahaja, dia jadi takut ! Takut jikalau apa apa terjadi.

Tengku Aliff mengeluh. Dia buntu.

'Kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah vellfire dan lori balak di kilometer 42 lebuhraya utara selatan mengakibatkan mangsa, Tengku Asyraff Firash, Tengku Zarina, Tengku Omar, Tengku Azmi, Tengku Faridah dan Puan Sri Khadijah maut di tempat kejadian. Kereta yang dinaiki mangsa yang dikira baru pulang daripada lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur dihempap oleh balak yang dilaporkan terjatuh daripada lori ekoran ikatan yang dikenakan ke atas kayu balak tidak mematuhi piawaian. Pihak polis akan menjalankan siasatan yang lebih lanjut. Mangsa mangsa akan dibawa ke hospital besar Kuala Lumpur untuk dibedah siasat"

Tengku Aliff dan Tengku Aneesa berpandangan. Sebelum masing masing mengalirkan air mata. Mengapa pada hari yang patut nya mereka gembira berakhir dengan duka ? Mereka sepatutnya meraikan kepulangan keluarga dan mengumumkan mengenai berita kehamilan Safeyya tetapi mengapa ini yang terjadi ?

Safeyya terjaga daripada tidurnya selepas mendengar esak tangis. Dia memandang sepupu sepupu nya yang sedang menangis dengan pandangan yang pelik. Dah kenapa masing masing beria menangis ni ? Apa jadi ?

"Erm..nees. Kenapa menangis ni ? Mata kau masuk habuk ke ? Ke kau sakit ? Kau okey tak ni ? " Safeyya menenyeh nenyeh matanya. Kantuknya masih tidak reda. Kenapa lah mengantuk sangat ni.

"Nees, siap siapkan rumah. Along nak pergi hospital dulu. Buat apa yang patut ye ?" Tengku Aliff bingkas bangun dan menuju ke arah keretanya. Kereta Tengku Aliff meluncur laju di jalan raya.

Dia perlu menuntut jenazah keluarga nya. Biarkan dia yang menguruskan jenazah keluarganya. Dia takkan benarkan orang lain melakukannya. Ini sahajalah perkara terakhir yang mampu dia buat untuk keluarganya.

"Nees. Aku tak paham. Kenapa along kau pegi hospital ? Kita nak siap siapkan apa ni ? Bukan semua dah siap ke ?" Safeyya mengerutkan dahinya.

"Nanti aku terangkan. Jom lah kita ke atas dulu. Kau kena mandi lepastu segarkan diri kau. Kejap lagi ada orang akan datang. Jom" Tengku Aneesa menarik lengan Safeyya dengan lembut.

Safeyya yang penuh dengan kebingungan hanya mengikut langkah sepupunya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs HeadprefectWhere stories live. Discover now