"Yeay ! Harini dah boleh keluar ward ! Hubby ! Seronoknya ! " Tengku Safeyya menari nari kecil di atas katilnya. Tengku Asyraff hanya menggeleng gelengkan kepalanya. Ya Allah isteri siapa lah tu ? Kenapa macam budak 5 tahun ?
"Ya Allah sayang ni. Seronok sangat eh ? Tak suka ke duduk hospital ? " Ujar Tengku Asyraff sambil tangannya sibuk melipat dan mengemas pakaian isterinya.
Sepanjang Safeyya ditahan di ward, Tengku Asyraff lah yang menjaganya. Habis kelas sahaja, dia terus ke hospital. Terkadang dia kepenatan, dy akan terlajak tidur dan terpaksa ponteng sekolah. Nasib baik lah ada abang kembar nya yang sentiasa bantu dari segi memberi nota nota pembelajaran kepada nya.
"Mana tak happy nya hubby ? Happy lah. Sayang rindu rumah, sayang rindu bilik. Rindu nak gosip dengan Nees, rindu nak gaduh dengan Al. Duduk dekat hospital ni asyik asyik muka nurse. Tak nurse, doktor. Bosan tau. Lepas tu bau ubat kuat pulak tu. Haih" Tengku Asyraff tertawa kecil. Sejak hubungan dia dan Safeyya sudah mula membaik, Safeyya sudah mula menunjukkan karakter lama nya. Mulut tu tak berhenti bercakap !
"Okey jom ! Hubby dah siap kemas barang barang sayang ni. Nak balik ke tak ? " Terjongket kening Tengku Asyraff memandang isterinya.
"Of course nak ! Jom hubby ! " Safeyya lantas menarik tangan Tengku Asyraff keluar daripada bilik ward nya.
Bye bye ward ku yang paling ku tak sayang. Terima kasih kerana menjadi ward ku selama seminggu. Jasamu akan ku kenang.
---------------
"Assalamualaikum !!! Eya dah balik ni !! Mana semorang ?!! " Terjerit jerit Tengku Safeyya di hadapan muka pintu. Excited dapat balik rumah. Begitu lah rupanya.
Pap !
"Aduh sakitlah ! " Safeyya merenung Tengku Aliff yang mengetuk kepalanya menggunakan sudu di tangan. Sedap hati je main ketuk. Orang bayar zakat tau !
"Kau dah pahal terjerit jerit macam orang gila ? Seminggu duduk ward terus shot ke otak kau ? Putus urat eh ? " Tengku Aliff tersenyum sinis.
"Eh kau ni kan. Ada je kan nak cari gaduh dengan aku. Apa masalah kau ? Sebelum aku sepak kau, baik kau ketepi. Menyibuk je. Aku balik bukan nak jumpa kau pon" Safeyya menjeling. Sakit betul hati dengan sepupu merangkap abang ipar nya itu. Rasa nak kunyah kunyah je. Geram !
"Ada aku kata kau balik nak tengok aku ? Ada ke ? Aku takde kata apa apa pon kan ? Lain lah kalau memang betul kau balik nak tengok aku" Tengku Aliff menjongket kan keningnya sambil tersenyum penuh makna.
"Ya Allah ya tuhan ku. Kenapalah sepupu aku ni dia ya Allah ? Boleh gila tahu tak tak ?!"
"Ha bagus lah gila. Adik aku boleh cari bini baru. Aku pon dapat lah adik ipar baru. Insha Allah lagi semenggah daripada kau ni" Tengku Aliff melangkah pergi meninggalkan Safeyya yang ternganga dengan muka tidak puas hati nya di muka pintu.
Lupa terus niat asalnya ambil sudu di dapur. Kononnya nak ke dapur ambil sudu untuk makan aiskrim sambil layan Running Man. Sudah nya,tersekat dengan mak lampir kat muka pintu. Apa lah nasib.
"Hubby tengok lah abang hubby tu ! Suka lah cari gaduh dengan sayang ! Benci betullah dengan dia tu ! " Safeyya menghentak hentakkan kaki nya.
"Sayang, tak mau lah hentak hentak kaki macam tu. Bahaya lah untuk baby. Sayang jangan lah gaduh gaduh sangat dengan Along tu. Sebab bila nanti hubby dah takde nanti ke, Along yang akan jaga sayang tahu" Ucap Tengku Asyraff sambil sebelah tangannya membelai kepala Safeyya yang ditutupi tudung manakala sebelah lagi tangannya mengangkat beg Safeyya.
Safeyya berkerut memandang suaminya.
"Kenapa hubby cakap macam tu ? You are going nowhere Mr Asyraff Firash. Jangan cakap merepek repek lagi. Kalau tak, sayang tanak cakap dengan hubby sebulan ! " Tengku Asyraff tersenyum kecil sebelum tepi kepala Safeyya dikucup lembut.
"Selagi Allah izinkan hubby di sisi sayang, I wont leave you sayang. Tapi andai kata ajal yang jemput hubby nanti, siapa lah hubby nak menidakkan. But hubby nak sayang sentiasa ingat yang hubby akan selalu sayangkan sayang. You are my first love and you will always be my last love. When im gone, please find someone to replace me and I hope that person will be Al. I believe in him. Okay sayang ?" Dia tersenyum kecil memandang Safeyya yang sudah cemberut wajahnya.
"Ish hubby ni kan. Dah lah. Jom lah masuk. Tak suka lah cakap pasal tinggalkan tinggalkan ni. Tak suka dengar and tak nak tahu pon. Jom masuk" Tengku Safeyya menarik tangan suami nya masuk. Lagi lama mereka di muka pintu tu, lagi banyak ayat merepek keluar daripada mulut suaminya.
Entah kenapa dia takut. Dia takut kehilangan Tengku Asyraff. Bersediakah dia jikalau Yang Esa mahu menuntut hak-Nya ? Redha kah dia dengan pemergian suaminya nanti ?
Safeyya mengusap lembut perutnya. Ya Allah kau pelihara lah keluarga kecil ku ya Allah. Lindungi kami daripada bencana dan perkara perkara buruk. Sungguh aku tak sanggup jikalau aku kehilangan salah seorang daripada mereka.
--------------
"Angah ? Angah buat apa termenung sorang sorang dekat luar ni ? Bergaduh dengan Eya lagi ke? " Tegur Tengku Aliff.
Daripada tadi dia lihat adiknya itu termenung sahaja. Seakan memikirkan sesuatu yang dia tidak pasti apa. Nak kata gaduh, elok je laki bini tu bergaduh mesra di meja makan tadi. Riuh suasana makan malam mereka dengan usikan dan gelak tawa walaupun hanya ada mereka berempat sahaja. Maklumlah. Para para ibu bapa masih di Amsterdam. Bulan depan baru mereka pulang. Katanya nak merasa winter di sana. Tu yang balik bulan depan.
"Eh ? Along. Duduklah. " Tengku Asyraff tersenyum nipis. Tengku Aliff melabuhkan duduknya sambil memandang adik kembarnya.
"Are you okay angah ? Something bothering you ? " Soal Tengku Aliff dengan dahi berkerut.
"Can you promise me something along ?"
"What promise ?" Soal Tengku Aliff.
"If one day Im no longer with all of you here, you will take a good care of my wife. Along akan jaga wife angah dengan baik, along akan didik anak angah and anggap anak angah macam anak along sendiri. Along tak akan buat Safeyya sakit lagi and you will always make her laugh and happy. Along akan didik Safeyya and my child dengan didikan agama yang baik and cukup. Janji ye along ? " Tengku Asyraff memandang abang nya dengan pandangan berharap.
"Why so sudden ? I mean,why are you talking like this angah ? Along tak suka lah. What do you mean by 'when im no longer here' ? You are going nowhere angah. Stop this nonsense. Its not funny" Ketat sahaja muka Tengku Aliff. Dia tak suka. Walaupun dia masih sayangkan Safeyya tapi dia tidak pernah berharap supaya suatu hari nanti Safeyya akan menjadi miliknya kerana dia tahu kini, hati Safeyya hanya penuh dengan nama Tengku Asyraff.
"Along, tolong along. Janji dengan angah. Angah hanya manusia yang lemah long. Angah tak mampu nak lawan takdir andai suatu hari nanti Allah panggil angah. Angah tak nak tengok anak dan isteri angah terkapai kapai along. Along je orang yang angah percaya. Along je orang yang angah nampak akan jaga anak dan isteri angah dengan baik kalau angah dah tak ada nanti. Angah tahu along masih sayangkan Eya. I know along. Even though you lied to everybody but you cant lied to me along. Im your biological twin. I know exactly what you feel. Im not mad because I understand you, along. Just please promise me you will take care both of them. My child and my wife when im gone. Please along. Im begging you" Tengku Asyraff mengalirkan air matanya.
Tengku Aliff terpempam. Apa jadi ni ? Kenapa tiba tiba ? Tengku Aliff hanya melihat adiknya itu menangis. Dia mengeluh. Dengan perlahan dia menarik kerusinya rapat ke arah adiknya dan adik kembar nya itu dipeluk erat. Dia tidak tahu apa yang mengganggu fikiran kembarnya itu sampai boleh berfikir sejauh itu. Dia sebagai kembar harus sentiasa ada untuk adiknya itu.
"I'll take a good care of your wife and your child angah. Dont worry. I will make sure that both of them will be happy but at the same time wont forget you. Kalau betul Allah akan ambil angah dulu, along akan cuba redha and I will make both of them understand and accept the fate. Along jarang cakap benda ni but angah, I want you to know that I appreciate you as my twin. Im glad that you are here. With me along this journey. Im glad that its you. Its you who became my twin and not somebody else. Thanks for your existance angah. I love you bro"
Tengku Aliff memeluk erat adiknya. Entah kenapa hatinya gundah. Hatinya tidak tenang. Sesuatu yang buruk bakal terjadikah ? Ya Allah lindungi kami ya Allah.
YOU ARE READING
Mrs Headprefect
Teen FictionEyya yang dulunya gemok, tak terlalu cantik, sering dihina dan digelar nerd kini kembali dengan berwajah baru? Bagaimanakah keadaan orang sekeliling setelah melihat dy yg baru? Eyya yang dlu bukanlah yang sekarang. Eyya sekarang bertudung labuh...