Tengku Asyraff meregangkan badannya. Dia tersenyum mengingati kenangan dia bersama Safeyya petang tadi. Tengku Asyraff meraba-raba sebelahnya. Dia membuntangkan matanya apabila menyedari isterinya tiada.
"Mungkin dia pergi dapur kot" Tengku Asyraff bingkas bangun daripada tidurnya lalu mencapai baju dan seluarnya yang bersepah. Dia memasukkan pakaian kotornya ke dalam bakul lalu menapak masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Usai membersihkan diri, Tengku Asyraff turun ke dapur untuk melihat isterinya.
"Haaa..bangun pon kamu Asy. Dah..pergi panggil Eyya sana. Kita dah nak makan malam ni. Tadi ummi ketuk2 bilik dia, ummi tengok dia takde. Ummi rasa dia tidur dengan kamu. Tu yang ummi tak kacau kamu berdua tu. " Berkerut kening Tengku Asyraff.
Safeyya takde dalam bilik ? Kat dapur pun takde ? Ke mana pulak pergi isterinya itu ?
"Lah angah. Yang kau duk termenung tu dah kenapa ? Pergi lah panggil bini kau sana. Adik dah lapar ni" Rungut Tengku Aneesa.
"Tapi ummi, Safeyya takde dalam bilik dengan Asy. Asy bangun bangun tidur tadi je dia dah takde. Asy ingatkan dia tolong ummi masak dekat dapur. Takdelah Asy risau. Dia takde ke dekat dapur ummi?" Soal Tengku Asyraff.
"Kamu meroyan ke apa ? Kalau dia ada dekat dapur, dah lama dah dia tolong ummi angkat angkat lauk ni. Dia mana ada dekat dapur. Kan tidur dengan kamu petang tadi" Pelik betul aku dengan anak aku yang seorang ni. Bini sendiri pon lupa ke pergi ke mana ?
"Eyya memang tido dengan Asy petang tadi. Tapi, lepas Asy bangun dia dah takde ummi" Tengku Asyraff Firash mula berasa takut. Takut yang Safeyya akan meninggalkan dirinya.
"Assalamualaikum !" Laung Tengku Aliff apabila melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia terus melangkah ke ruang makan keluarga. Berkerut keningnya melihat keluarga nya yang seperti risau tu. Aik ? Setahu aku, aku nak keluar tadi aku bagitahu.
"Ummi, Angah, Adik, kenapa muka masing-masing macam risau semacam je. Risau along balik lambat sangat ke risau kereta Eyya hilang ?" Soal Tengku Aliff. Sekaligus tiga pasang mata memandang nya.
"Ni dah kenapa semua pandang along macam nak makan ni ? Along ada buat salah ke ?" Tengku Aliff menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau cakap apa long ? Kereta Eyya hilang ?" Soal Tengku Asyraff.
"Yelah..kereta dia takde pon dekat porch tu. Selalunya kalau nak pergi mana-mana dia akan pergi dengan kau kan Angah ? Tu yang aku tanya tu. Kerete Eyya hilang ke ?" Bertambah kerut kening Tengku Aliff memandang keluarga yang serba tak kena tu.
"Along..adik rasa kan Eyya lari lah Along" Tengku Aneesa menyuarakan rasa hatinya.
"Kau merepek apa ni dik ? Hahahah..jangan buat lawak tak jadi lah adik. Dah pahal perempuan tu nak lari pulak ? Ada orang dera dia ke dalam rumah ni ?" Soal Tengku Aliff sambil tertawa.
Tengku Asyraff lantas berlari menuju ke bilik Safeyya. Dilihat meja solek Safeyya bersih. Semua barangan make up Safeyya dah takde di situ. Beg sekolah nya juga. Dia pergi pula ke biliknya dan almari baju dia dan Safeyya di buka. Separuh daripada baju Safeyya hilang termasuklah baju sekolahnya.
Tengku Asyraff meraup mukanya dan menangis.
'Sayang..sayang pergi mana ? Hubby risau ni. Hubby mintak maaf. Hubby tahu hubby salah. Hubby tak patut buat sayang sampai macam tu. Maafkan hubby' Bisik hati Tengku Asyraff.
Tengku Asyraff turun ke ruang tamu. Wajah ahli keluarganya dipandang.
"Angah. Mana Eyya ni ? Adik ingat dia keluar je. Tapi ni dah lewat ni. Dia keluar dengan siapa je ? Adik tengok kasut dia semua hilang. Sneakers yang selalu dia pakai tu, selipar dia, even kasut sekolah dia pon hilang ni angah. Dia pergi mana ?" Soal Tengku Aneesa tidak sabar.
"Adik..relaks lah. Adalah tu dia pergi mana-mana ke. Janganlah risau. Angah kan suami Eyya. Tahu lah angah bini dia pergi mana. Yang kau berlagak macam kau laki Eyya ni kenapa dik ? Lawaklah" Tengku Aliff menepuk-nepuk lembut belakang adiknya itu.
"Haih..kamu semua ni macam macam lah. Pening kepala ummi fikir. Dah lah. Ummi nak masuk bilik dulu ni. Nak tidur. Ummi masuk dulu tau" Tengku Faridah melangkah masuk ke dalam biliknya.
Tengku Asyraff mengeluh. Serabut kepalanya memikirkan kemana lah isteri kesayangannya itu pergi.
"Angah ? Are you okay ? Kenapa kau macam gundah semacam je ? Alah..rileks lah angah. Nanti balik lah bini kau tu. Jangan risau sangat eh?" Tengku Aliff berkata perlahan.
"Haihh..along, adik. Angah nak bagitahu sesuatu ni tapi janji dengan angah jangan bagitahu sesiapa eh ? Ummi, walid, mom, dad, uwan. Semua lah. Janji eh?" Soal Tengku Asyraff.
"Kau dah pahal ni Angah ? Saspen lah along dengan adik macam ni"
"Janji lah dulu dengan aku along"
"Ha yelah along janji"
"Adik pon janji"
"Haih..angah rasa Eyya lari dari rumah. Baju dia semua dah takde. Bukan setakat baju je, beg sekolah, baju sekolah, alat solek, buku sekolah semua dah takde. " Tengku Asyraff mengeluh perlahan.
"Dah kenapa pulak Eyya tu nak lari rumah angah ? Tak logiklah angah ni. " Kata Tengku Aneesa.
"Ntah kau ni ngah. Buat lawak pulak malam malam ni" Bidas Tengku Aliff.
"Angah tak buat lawak tau sekarang ni. Angah serius ni. Angah rasa Eyya dah lari" Tengku Asyraff menaikkan suaranya seoktaf kuat.
"Dah pahal perempuan tu nak lari ? Kau ada buat sesuatu yang tak elok dekat dia ke angah sampai dia lari macam ni ha ?" Tengku Aliff mula bangkit daripada duduknya.
"Along..cuba sabar dulu. Kita dengar angah cakap apa. Adik pon nak tahu kebenaran jugak. Kita duduk dulu eh along?" Tengku Aneesa menarik lembut tangan abangnya agar dia duduk kembali. Tengku Aliff merentap tangannya lalu melabuhkan duduk di atas sofa semula.
"Kau tunggu apa lagi angah ? Cepat cerita ! "
Tanpa menlengahkan masa, Tengku Asyraff menceritakan segalanya kepada abang dan adiknya. Dia sanggup terima apa sahaja yang akan dilakukan mereka bertiga terhadap dirinya.
"What?! U did that ?! Angah ni ada hati ke tidak ha ?! Ya Allah..entah apa lah jadi dengan Safeyya sekarang ni. Dengan keadaan dy yang lemah macam tu. Lepastu drive lagi. Ya Allah selamat ke dia ? Kalau dia eksiden nanti macam mana ? Along ? Angah ? " Tengku Aneesa mengongoi. Risau akan keadaan sepupunya itu.
Tengku Aneesa dipeluk oleh abang sulungnya. Tengku Aliff menenangkan adiknya. Dilihatnya Tengku Asyraff menggosok dahinya.
"Have u tried to call her ? Or her friends ? Wani ? Sya ? "
"Angah dah tanya. Dia orang semua tak tahu. Angah tak rasa dia orang tipu sebab dia orang pon macam gabra semacam"
"Heh..kalau adik jadi Eyya pon, adik akan jauhkan diri adik daripada angah. Adik akan lari jauh jauh. Kalau tak jumpa lagi bagus agaknya! " Tengku Aneesa bangkit daripada duduknya. Dia geram dengan angahnya. Entah apa yang difikirkan angah ntah waktu tu. Tak guna otak agaknya ! Entah apa lah nasib Eyya dekat luar sana.
"Adik ! Adik !" Tengku Asyraff melaung nama adiknya. Namun, dia hanya diabaikan. Dia mengeluh lemah.
Kalau diikutkan rasa hati Tangku Aliff memang dah dibelasah Tengku Asyraff ni. Tapi dia hanya bersabar. Dia tahu ini semua hanya lah dugaan tuhan.
"Dah lah angah. Biar je lah adik tenangkan diri dia dulu. Kau sekarang ni fikir macam mana nak cari isteri kau. Along dh penat, along nak masuk bilik dulu, nak tido. Insha Allah esok ada lah Safeyya tu ke sekolah ke. Jangan risau sangat eh ?" Tengku Aliff menepuk lembut bahu adiknya lalu dia masuk ke dalam biliknya.
Tengku Asyraff meraup wajahnya.
'Sayang..maafkan hubby'
YOU ARE READING
Mrs Headprefect
Teen FictionEyya yang dulunya gemok, tak terlalu cantik, sering dihina dan digelar nerd kini kembali dengan berwajah baru? Bagaimanakah keadaan orang sekeliling setelah melihat dy yg baru? Eyya yang dlu bukanlah yang sekarang. Eyya sekarang bertudung labuh...