Bab 18 - Finally

159 9 3
                                    

Masuk harini sudah sebulan Safeyya hilang. Tengku Asyraff sudah seperti orang gila mencari isterinya. Tidak tahu di mana lagi harus dia mencari isterinya itu.

"Cuba angah jujur sekarang ni dgn ummi. Mana Feyya pergi ? Kalau angah kata dia pergi kursus, kenapa angah perlu risau sampai macam ni sekali ? Angah rileks je sudah lah." Kata Tengku Faridah.

Sekarang ini, mereka sekeluarga sedang berkumpul di ruang tamu utama villa. Tengku Omar dan isterinya serta Puan Sri Halijah juga sudah pulang daripada bussiness trip mereka. Baru ingat nak jumpa dgn anak kesayangan tetapi apakan daya mereka mendapat berita bahawa Safeyya menghadiri kursus selama sebulan. Itu lah apa yg dikatakan oleh suaminya. Tak tahu lah betul ke tidak. Harapnya betul.

Lagipun sejak kebelakangan inipon Tengku Aneesa sudah berubah. Dia sudah jarang berbual dan bermesra dengan angah nya itu. Kalau tidak, ada sahaja benda yg akan merka gaduhkan.

"Hah ? Apa ummi ?" Tanya Tengku Asyraff terpinga-pinga.

"Ummi tanya kamu betul ke si Safeyya tu pergi kursus. Kalau betul lah yang dia tu pergi berkursus kenapa kamu ni risau semacam ?" Ulang Tengku Faridah.

Tengku Aneesa memandang nya jelik. Menyampah dengan angah nya itu. Lelaki pengecut. Takut untuk berterus-terang. Dipandang pula alongnya. Along nya itu kelihatan tenang sahaja. Tengku Aneesa mengeluh lembut.

"Yang kamu ni mengeluh kenapa pulak nees ? "

"Takde ummi. Just penat je dengan drama dunia. Entah bila nak habis pon tak tahu lah"

"Drama apa pulak yang kamu tengah layan sekarang ni ? Drama Korea ?" Soal si ayah.

"Drama lelaki yang tak nak mengaku kesalahan sendiri ayah...." Tengku Aneesa menjeling angah nya.

"Kamu tengah layan drama Melayu terbaru ke Nees ? Kenapa tak nak ajak ummi layan sekali ? Siapa hero cerita tu ? Syafiq Kyle ke ? " Tengku Azmi menepuk dahi nya lembut. Tak habis habis drama. Ini lah perempuan. Lepastu berangan nak ada suami yang macam dalam drama. Yang menanggung nya siapa ? Dia jugak.

"Kamu ni Ida asyik drama je kan ? Takde benda lain ke ?" Tengku Aneesa ketawa kecil mendengar kata kata walid nya.

"Alah biar lah Ida tu nak layan drama pon Mi. Along pon layan drama apa. Lagipun kalah bukan kita orang Melayu yang nak naikkan cerita cerita Melayu, nak harapkan siapa lagi ? Mat Salleh nun ke ?" Sampuk Tengku Zarina. Tengku Omar hanya menggeleng kan kepala nya perlahan.

"Yelah Long. Menang kan lah ipar along ni ha" Kata Tengku Azmi pasrah.

"Yang kamu berdua ni nak bertekak macam budak budak dah kenapa ? Pening kepala bonda lah. Ingatkan bila masing masing dah ada anak matang lah jugak otak tu. Tapi ? Hampeh je masing masing" Puan Sri Khadijah berkata sambil memandang anak anak nya.

"Maaf lah bonda. Tak sengaja lah. Eh btw. Drama apa ni nees ? Mom pening lah"

"Tanya lah angah. Dia tu hero drama ni" Semua mata tertumpu ke arah Tengku Asyraff Farhan yang kelihatan gelisah.

Tengku Asyraff meramas ramas tengannya. Dah berpeluh dah tangannya itu. Apa dia nak jawab dengan keluarga mereka ni ? Takkan nak cakap yang Safeyya tu lari ? And dah sebulan lebih dia lari ? Maun kena kerat dengan Dad kalau bagitahu benda betul.

"Eyya sebenarnya...."

"Assalamualaikum.." Semua mata tertumpu ke arah pintu utama villa. Mata Tengku Aneesa terbuntang. Tengku Asyraff ternganga. Tengku Aliff hanya beriak biasa.

"Babe !!!! " Tengku Aneesa bangkit dari duduknya dan lantas memeluk sepupu merangkap rakan baiknya. Ya Allah lama nya tak jumpa !

Semua orang mula melangkah ke arah mereka berdua. Bila drama queen mula beraksi, lupa dah extra kat belakang belakang ni.

Mrs HeadprefectWhere stories live. Discover now