Bab 17 - Hilang Part 2

162 12 3
                                    

"Morning!" Tengku Asyraff menyapa ummi nya yang sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga.

"Morning ! Meh duduk kita sarapan dulu Asy. Ni Eyya balik tak semalam ?" Suapan Tengku Asyraff terhenti. Dia menghadiahkan segaris senyuman untuk ummi nya itu.

"Ohh..semalam Eyya ada telefon Asy yang dia keluar pergi study dengan kawan dia. Budak kelas belakang. Dia tak berani nak balik lewat, sebab tu dia tidur rumah kawan dia tu." Tengku Faridah menganggukkan kepalanya.

"Eh ? Along ? Adik ? Meh duduk sini makan sarapan sama-sama" Tengku Aliff tersenyum lalu melangkah ke arah meja makan.

Berlainan pula dengan Tengku Aneesa. Dia hanya tersenyum sinis. Tak mahu dia mengahadap muka angahnya itu. Entah kenapa makin benci dia melihat wajah itu. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk buat sambal belacan je !

"Adik takde selera lah ummi nak makan. Entah kenapa kalau duduk dekat meja tu kan, tekak adik jadi kembang. Rasa nak muntah pon ada. Tak tahu lah kenapa. Adik pergi sekolah dulu eh ? Adik rasa nak bawak adik punya skuter lah. Adik pergi dulu ummi, along. Assalamualaikum" Tengku Aneesa bersalaman dengan Along dan ummi nya. Angah ? Dia hanya menjeling dari jauh. Nak dekat pon rasa menyampah. Ini pulak nak salam ? Memang tak lah !

"Adik tu dah kenapa ? Lain macam je ummi tengok ?" Soal Tengku Faridah.

"Takde apa lah tu ummi. Macam tak biasa pulak dengan adik. Dia pagi-pagi memang tak normal" Balas Tengku Aliff.

"Haaa..dah dah. Makan cepat. Kejap lagi nak pergi sekolah. Nanti karang lambat. Ummi tak tahu eh " Tengku Aliff meneruskan suapannya.

Dalam diam dia memerhatikan kedua nya itu. Tengku Asyraff banyak diam harini. Dia mengeluh perlahan. Bila lah semua ni akan selesai eh ? Haih..

----------------------

"Weyhh..kau okey ke ni ? Aku tengok kau muram je. Kau okey ?" Soal Tengku Wani prihatin.

"Haah lah weyh. Kau tak sihat ke ? Btw mana Feyya ? Daripada tadi kitorang berdua tak nampak pon Feyya weyh" Sya melilaukan pandangannya. Memang harini dia langsung tak nampak Safeyya. Dia ingatkan sewaktu di perhimpunan tadi, Safeyya takde sebab terlambat. Rupanya memang takde.

"Eyya takde weyh. Dia lari dari rumah. Aku risau dekat dia. Dia tu dah lah tengah tak sihat. Entah okey entah tidak dia tu. Im afraid that something bad happen to her. " Tengku Aneesa memandang wajah rakan-rakannya.

"Lari ?! Kau biar betul ? Dah tu kau cari dia tak ? Family kau cari dia tak ?" Soal Tengku Azwani.

"Dah cari dah weyh. Tapi takde. Aku memang geram betul duh dengan abang aku tu. Entah setan mana entah yang rasuk dia waktu tu sampai dia sanggup buat Safeyya aku macam tu. " Tengku Aneesa mengeluh kecil.

"Sabarlah weyh. Aku rasa Feyya tu tak lama pon pergi tu. Paling kurang pon seminggu. Kau kena lah bagi dia masa. Sabar eh weyh." Tengku Syahirah menepuk lembut belakang Tengku Aneesa.

"Tapi kan weyh aku rasa macam aku tahu je Feyya tido rumah sapa. Dalam keadaan dia yang macam tu, aku tak rasa dia akan tido dekat hotel weyh. Lagipun bahaya. Dekat hotel bukannya ada orang jaga dia pon. Aku rasa mesti dia tido dekat rumah kawan-kawan dia jugak. Feyya tu tak jauh pun lari dia weyh." Tengku Azwani mengutarakan pandangannya.

Memang tidak masuk akal sangat kalau si Safeyya tu lari jauh dari rumah. Lagipun, Safeyya tu baru je balik Malaysia. Nak kata ada kawan baru, mesti keluarga dia tahu.

"Hmm..aku pon rasa benda yang sama weyh. Tapi tu lah. Safeyya tu nak duduk rumah sapa duh. Kawan-kawan dia kita je. Ada lagi ke ?" Kata Tengku Syahirah.

Mrs HeadprefectWhere stories live. Discover now