Waktu yang dinanti-nantikan Tengku Aliff tiba juga. Sekarang ini, semua sudah menunggu di ruang tamu. Tengku Zarina, Tengku Omar dan Tengku Halijah tiba di rumah mereka petang tadi.
"Mana Safeyya? Sejak mom balik, mom langsung tak nampak dia? Mana dia pergi?" Soal Tengku Zarina.
"Safeyya dekat atas mom. Dia tak sihat sikit"Aneesa menggaru kepalanya yang berbalut tudung. Sedari tadi angahnya itu asyik diam je. Entah apa yang difikirkan pon tak tahuu lah.
"Angah, kamu kenapa ni? Dari tadi Dad tengok kamu senyap je. Kamu ada masalah ke angah?" Tengku Asyraff tersenyum kecil.
"Tak ada apa Dad. Asy pening sikit lah. Mybe because of the weather kot. Dont worry dad im fine" Tengku Omar menganggukkan kepalanya.
"Assalamualaikum.. " Tengku Aliff memberi salam sebaik sahaja masuk ke ruang tamu.
"Waalaikumussalam. Haa.. Kamu nak cakap apa along? Uwan penat tahu tak balik tergesa-gesa."
"Betul tu along. Kamu nak apa ni? Dad byak lagi kerja nak kena buat"
"Maaf lah mom, dad dengan uwan. Along nak bincang sesuatu ni. Tapi, boleh tak kalau kita tunggu Eyya turun dulu? Armm.. Nees, panggilkan Eyya boleh?" Tengku Aliff memandang Adiknya.
"Haa boleh. Kejap eh.. " Tengku Aneesa bangun daripada duduknya dan pergi untuk memanggil Safeyya.
"Haih.. Kamu cuba cerita sekarang. Cakap sikit pon jadilah. Daripada kita membuang masa macam ni. Walid pon penat ni Along.. "
"Maaf lah kalau along susahkan semua orang. Along nak cakap benda penting ni sbb tu lah along mintak ummi panggil semua balik"
"Along nak cakap apa? Cakap jelah along" Tengku Faridah dan Tengku Asyraff hanya mendiamkan diri. Memberi ruang kepada Tengku Aliff untuk meluahkan apa yang patut.
"Along nak ajak Safeyya tu kahwin. But for now boleh tak kalau along nak tunang je dengan dia dulu? Pasal tanggung dia tu along tak risau sangat sebab along tahu along mampu"
"Ha?! Apa kamu cakap ni along?! Kamu nak kahwin dengan Eyya?! Kamu jangan nak main-mainkan perasaan anak mom along!"
"Kamu ni cuba bawak bersabar. Bagilah along tu jelaskan semua benda dulu Ina oiii.. " Tegur Tengku Omar.
"Takdelah. Dulu abang tak ingat ke dia jugak lah yang hina anak kita tu! Abng tak kesian kan dia ke abang?! Eyya tu je lah satu-satunya anak perempuan kita abang" Lirih suara Tengku Zarina. Tengku Omar mengeluh.
"Abang tahu. But why not kalau kita serahkan semua ni pada Safeyya? Ni berkenaan masa depan dia Ina" Tengku Zarina mencerlung tajam ke arah Tengku Aliff.
"Fine! Kamu tanya lah sendiri dengan Safeyya. Sama ada dia nak ke tak nak tunang dengan kamu"
"Along, ummi rasa baik kamu bincang elok-elok dengan Safeyya sebab benda ni bukannya boleh dibuat main, nak. Safeyya tu baru 17 tahun along. Kamu pulak baru 18 tahun" Tegur Tengku Faridah.
"Uwan setuju dengan ummi kamu tu along. Soal masa depan bukannya boleh dibuat main. Sebab bila kamu dah kahwin dengan dia nanti, dia akan terikat dengan kamu. Kamu tu tak kisah sangat sebab kamu boleh kahwin lebih daripada satu. Safeyya tu? Kamu kena fikirkan juga perasaan dia eh along?" Tengku Halijah menggosok lembut bahu cucunya itu.
"Along tahu uwan. Sebab tu along nak tunggu keputusan Safeyya. Kalau dia tak terima, along tak paksa pon" Tengku Aliff tersenyum kecil.
Tengku Asyraff mengeluh. Sungguh besar dugaan yang dia tanggung ini. Sanggupkan dia nak menceraikan isterinya itu demi kebahagiaan along? Tengku Asyraff mengeluh buat sekian kalinya.
"Kamu okey ke angah? Walid tengok asyik mengeluh je. Kamu tak setuju ke along kamu nak kahwin dengan Safeyya?"
"Eh? Takdelah walid. Angah pening kepala sekarang ni. Pasal kes along tu, kita kenalah tanya Safeyya kan?" Tengku Asyraff mempamerkan senyuman manisnya.
"Jadi, sekarang ni kita tunggu keputusan Safeyya je lah" Kata Tengku Azmi.
"Eyya setuju!" Sampuk Safeyya sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu.
Sebenarnya dia dan Aneesa dah sampai lama dah cuma mereka sengaja menyorok dan mencuri dengar perbualan keluarga mereka itu.
Safeyya mengharapkan agar Tengku Asyraff membangkang sekeras-kerasnya mengenai perkahwinan ini. Tapi, dia lihat Tengku Asyraff hanya mampu berdiam diri. Jadi, dia mengambil keputusan untuk memberikan kata putus.
"Kamu setuju?!" Teebuntang mata Tengku Faridah. Biar betul anak buahnya itu. Bukan kah dia sudah berkahwin dengan Asyraff?
"Ye ummi Eyya setuju" Safeyya tersenyum kecil lalu ekor matanya memandang ke arah Tengku Asyraff yang sedang menggenggam tangannya.
"Kalau Safeyya setuju minggu depan kita dah boleh lah adakan majlis tunang. After SPM baru kita buat majlis kahwin" Tengku Omar memberikan cadangan.
"Along tak kisah. Along ikut je. Macam mana dengan Eyya?" Tengku Aliff memandang Safeyya.
"Eyya pon tak kesah" Aneesa menyiku lembut sepupunya. Biar betul si Safeyya ni nak kahwin dengan along? Habis tu laki dia nak campak mana?
"So, kiranya jadi lah ni eh?" Soal mom.
"No! Angah tak setuju!!" Angah bangkit daripada duduknya. Matanya tajam memandang ke arah Safeyya. Daripada tadi dia tahan amarah. Yerlah.. Sape je sanggup tengok bini dia nak dikahwinkan dengan abang sendiri pulak tu.
Aneesa dan Tengku Faridah bersorak riang di dalam hati. Mereka menyangka yang si Angah ni nak biar je Safeyya kahwin dengan Along. Bukannya mereka tak suka Safeyya dengan Tengku Aliff tapi mereka merasakan yang Safeyya ni lebih layak dengan Tengku Asyraff.
"Why? Sebab apa saya tak boleh nak kahwin dengan Along? Sebab apa? Ada sebab ke Tengku Asyraff Firash Tengku Azmi?" Safeyya turut bangkit daripada duduknya. Dia tak kisah kalau semua nya akan terbongkar malam ni. Dia dah tak kisah. Yang dia kisahkan sekarang ialah perkahwinannya.
Sebenarnya dia sengaja bersetuju dengan cadangan along itu. Bukan apa dia nak tengok suaminya itu mengambil tindakan atau tak. Yerlah daripada senyap je kan?
Tengku Asyraff menuding kan jarinya pada muka Safeyya. Dia memandang tajam wajah isterinya yang kelihatan sinis di matanya itu. Terasa terbakar je hati niii...
"Because you are my wife Safeyya! You are mine! And you are belong to me! Not anyone else!!!!" Tengking Tengku Asyraff.
Membuantang mata semua orang di ruang tamu itu.
"Wife?!" Semua menjerit dengan serentak sambil mata tertumpu ke arah pasangan merpati dua sejoli itu.
Haaa.. Rahsia dah bocor. So? Agak-agak kan Tengku Aliff tu frust tak eh?
Macam mana pulak dengan Family Safeyya? Dia orang terima ke kenyataan ni?
Nak tahu? Keep reading and keep voting for me guyssss❤❤❤
YOU ARE READING
Mrs Headprefect
Teen FictionEyya yang dulunya gemok, tak terlalu cantik, sering dihina dan digelar nerd kini kembali dengan berwajah baru? Bagaimanakah keadaan orang sekeliling setelah melihat dy yg baru? Eyya yang dlu bukanlah yang sekarang. Eyya sekarang bertudung labuh...