PART 4

483 74 11
                                        

MY ONLY GIRL
(EPISODE 4)

"eh kau nak pergi mana ni? Rumah aku ikut sanalah" Hyuna tunjuk d sebelah kananya.

"Jimin! Aku cakap dengan kaulah!" kata Hyuna. Jimin masih diam dan terus memandu.

"Jimin!!" jerit Hyuna. Jimin masih diam . Akhirnya Jimin memberhentikan kereta d tepi jalan.. Hyuna memandang kiri kanan, semuanya hutan!. Jimin nak tinggalkan dia kat sini ke? Hyuna dah mula takut.

so, dah lama kau buat kerja tu?” soal Jimin sambil menjeling ke arah Hyuna yang berada di sebelahnya.

“kerja apa?” soal Hyuna. Serius dia tak faham.

“Ooo, buat-buat tak tau pulak. Sedap je kan kau mengutuk aku?” balas Jimin dengan muka bengang.

“eh aku tak kutuk, aku cakap benda betul” jawab Hyuna selamba. muka Jimin merah.

"kau!" Jimin pandang Hyuna dengan tajam. Hyuna diam, cuba mengawal reaksinya. Takkan nak buat muka takut dengan Jimin kot.

"erm apa aku nak buat dengan kau ek?" Jimin menggaru dagunya.

"Appaa! Eomma! Tolong!! Sesiapa tolong!! Ada orang gila kat sini!!" jerit Hyuna.

"kau jeritlah sampai esok pagi pun, takde orang dengar. Kita 2 je ada kat sini" ucap Jimin. Saja dia tekan perkataan 'kita 2'. Hyuna terus diam.

"erm, apa kata kita saling bertukar cerita nak? 14 tahun kita tak jumpa, mesti banyak benda yg dah berlaku. Apa kata kau yang perkenalkan diri kau dulu" Jimin senyum jahat.

'Fire-Fire-Fire-Fire' telefon Hyuna berbunyi. Hyuna terus menjawab telefonya.

"Hello Appa! Jimin cu..." belum sempat dia habis cakap Jimin Jimin tutup mulutnya & rampas telefonya.

"Hello Uncle, kitaorang ada kat luar ni, jalan-jalan.  Entah Hyuna ni pulak ajak teman dia shopping. Okey kejap lagi sy hantar Hyuna balik. Bye" Jimin terus mematikan telefon & pandang Hyuna tajam.

"aku cakap benda betul, memang kau yg menyebabkan kucing aku mati dan buli aku masa kecil kan? Sebab kaulah aku tak bela kucing sampai sekarang tau!" ujar Hyuna. Baru Jimin ingin menjawab, telefonya pula berdering.

"erm ye Appa, otw nak balik ni. Hyuna? Ada ni, kitaorang  jalan-jalan jap, apa? Jimin tak buat ape pun kat dialah. Haa Okey bye" Jimin menamatkan panggilan.

"Sorry pasal kucing kau" ucap Jimin perlahan & menghidupkan kembali kereta. Hyuna mencebik, ingat minta maaf kucing dia boleh hidup balik ke?

************************************

"eh tu bukan kawan kau ke?" tunjuk Aemi. Hyuna hanya melihat Jimin yang begitu mesra dengan Eunji. Siap jalan sambil pegang-pegang tangan lagi. Dah 1 bulan dia tak jumpa Jimin, lepas Jimin 'larikan' dia haritu. Saja dia melarikan diri dari Jimin.

"a'aa. Alah kau ni, biasalah orang bercinta. Memang macam tu" balas Hyuna pula. Dah banyak kali dia nampak Jimin dengan Eunji. Tengah hangat bercinta katakan.

"eii, macam ni la perempuan. Gosip je kerja korang kan? Cepatlah pilih makanan!"  tegur Minhyuk.

"bukan bergosip, ni namanya mengambil tahu keadaan sekeliling" balas Aemi.

"entah, kau lelaki mana tau semua ni. Baik kau pergi beli air untuk kitaorang" arah Hyuna. Minhyuk mencebik dan mula beratur untuk membeli air.

**************************************

Hyuna yang baru tiba di rumahnya berasa pelik apabila melihat kasut seseorang yang berada di luar rumahnya. Macam kenal, kasut siapa ea?.

"Hyuna, masuklah. Buat apa kat luar tu" panggil Eommanya. Hyuna terus masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja, dia dah nampak squidward si annoying. Siapa lagi kalau bukan Jimin.

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang