MY ONLY GIRL
(EPISODE 7)"ok, memandangkan kita dah kahwin ni, aku nak bagitau benda yang aku tak suka dan semestinya kau tak boleh buat dalam rumah ni" kata Jimin apabila mereka berdua berada di ruang tamu. Hyuna menjulingkan matanya, dah macam asrama sekolah, perlu ada peraturan segala bagai.
"Erm apa?" soal Hyuna dengan malas.
"pertama, jangan sepahkan rumah ni, aku paling pantang dengan rumah bersepah. Dan yang kedua, jangan cuba-cuba nak dekat atau pecah masuk bilik yang berada sebelah tangga tu. Faham?" soal Jimin. Hyuna dah tersenyum-senyum, Jimin tak suka rumah bersepah ye, siaplah kau Jimin, aku akan sepahkan rumah ni kaw-kaw nanti. Biar padan muka kau, biar kau fed up dengan aku. Pasal bilik tu pula, aku nak pecah masuk, nak tengok apa yang ada kat dalam.
"tersengih-sengih tu kenapa? Faham ke tidak?" tanya Jimin. Dia tengah bercakap boleh pula Hyuna mengelamun.
"faham lah. Jangan sepahkan rumah dan jangan masuk bilik sebelah tangga tu. Kau nak cakap tu je kan?" tanya Hyuna sambil bangun.
"tu je. aku nak keluar. Jangan lupa kunci pintu" arah Jimin dan menuju ke arah pintu.
"nak jumpa girlfreind la tu" cebik Hyuna.
***************************************
"Hyuna!, sinilah kejap!" panggil J-Hope yang sedang berdiri di tepi pagar. Hyuna yang sedang menyiram pokok bunga menuju ke arah J-Hope. J-Hope ni boleh dikatakan jiran yang agak mesra jugalah. Selalu tegur dia.
"apa?" soal Hyuna.
"aku nak tanya kau ni, macamana nak tackle perempuan ea?" tanya J-Hope. Muka Hyuna berkerut, lain macam betul soalan."erm, kau bagi la benda yang dia suka? Dia suka apa?" soal Hyuna.
"aku tak tau dia suka apa, macamana ni?" muka J-Hope sedikit risau. Hyuna ketawa.
"alahai, kau stalk la dia. takkan tu pun aku nak ajar kot" balas Hyuna. J-Hope menggaru dagunya.
"thanks Hyuna!" J-Hope terus berlari masuk ke dalam rumah.
*************************************************
Jimin menarik nafasnya dalam-dalam, cuba untuk bersabar. Mesti Hyuna sengaja buat macam ni untuk naikkan kemarahan dia.
"Hyuna! Hyuna!" panggil Jimin. Seketika kemudian Hyuna turun sambil membimbit buku.
"yang kau terjerit2 kenapa? Aku tak pekak lagilah" ucap Hyuna.
"kau kemas balik meja ni! Ni mesti kerja kau kan?" tunjuk Jimin. kertas-kertas bersepah di atas meja di ruang tamu, tu belum termasuk dengan plastik makanan ringan."Sorry, aku ada kelas. Bye!" Hyuna cepat-cepat berlari keluar. Jimin bercekak pinggang, ni tak lain dan tak bukan, dia juga yang nak kena kemas. Selesai mengemas meja di ruang tamu, dia menuju ke dapur, matanya membulat melihat keadaan dapur. Macam baru lepas kena banjir besar! Tunggang terbalik!.
"Hyuna!!" jerit Jimin
******************************************
"yeay! Kelas dah habis! Jom pergi makan" ajak Minhyuk.
"jom!" sahut Hyuna & Aemi serentak. Mereka mula menuju ke kafe.
"Hyuna, sini!" panggil satu suara. Mereka semua berpaling, Jungkook sedang melambai ke arah mereka. Hyuna, Aemi & Minhyuk menuju ke arah Jungkook.
"eii rindunya aku kat kau! Sibuk betul kau sekarang, tu belum lg jd Doktor" perli Hyuna.
"entah, mengalahkan menteri" usik Aemi.
"aku sibuklah, hari-hari kena practical kat hospital. Ni pun kejap lg aku & Jimin kna pergi Hospital" keluh Jungkook. Pada masa yg sama Jimin muncul sambil membawa makanan. Hyuna buat muka tak puas hati, kat rumah pun dia dah menyampah tgok muka Jimin, kat sini pun dia akn nampak Jimin jugak?.
YOU ARE READING
[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]
HumorKerana sering dibuli semasa kecil, Hyuna cukup bencikan Jimin. 14 tahun mereka terpisah, tiba-tiba Jimin muncul kembali. Yang pastinya, kali ni kemunculan Jimin membawa mimpi ngeri bagi Hyuna.