PART 20

414 43 4
                                        

MY ONLY GIRL
(EPISODE 20)

"Aemi rindunya aku kat kau!" jerit Hyuna sambil memeluk Aemi. Oh ya! Aemi sebenarnya dah kahwin dengan Minhyuk, dah ada anak pun. Entah bila diorang bercinta tak taulah.

"aku pun rindu gila kat kau"balas Aemi gembira.

"korang memang kejam tipu aku" jeling Hyuna. Aemi ketawa.

"mana Minhyuk?" tanya Hyuna. Selalunya Aemi dan Minhyuk tak pernah nak berenggang, selalu bersama-sama.

"kat court. Hari ada perbicaraan. Kau dengan Jimin macamana? Tak habis lagi krisis? Kau tau kan itu semua bukan salah dia. 3 tahun kau menghilang, Jimin tu dah macam orang gila tau" kata Aemi.

"eh siapa cakap dia tak salah? Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi tau, yang dia masih melayan Eunji tu buat apa? Eunji masih tergedik-gedik dengan dia pun  sebab dia melayan. Kalau dia tak layan Eunji tu, Eunji pun takkan dekat dengan dia lah. So, bila difikirkan secara logik, semua ni berpunca daripada dia jugak. Dua-dua sama gatal" terang Hyuna dengan panjang lebar.

"amboi panjang betul hujah kau, patutlah kat court kau tak pernah kalah" kata Aemi sambil ketawa.

"Eunji macamana?"soal Hyuna.

"erm lepas kau keluar Hospital dulu & berterus terang pasal status korg, Jimin terus putuskan hubungan dgn Eunji. Kitaorg memang langsung tak nampak dia keluar dgn Eunji. Walaupun aku rasa Jimin agak kejam buat macam tu tapi aku rasa tu yg terbaik. Jimin betul-betul sayangkan kau, Hyuna. Pasal kejadian dulu tu kau dah salah faham sebenarnya" ujar Aemi.

"dah, tak payah pasal dia. Aku ada banyak cerita nak share dengan kau ni. Haritu kan...."

*************

Hyuna membuka pintu rumah dan dengan lemah dan terbaring di atas sofa. Penat betul harini, dari pagi sampai petang dia ada kat court. Hyuna memejamkan matanya, ingin merehatkan diri. Jimin yang ketika itu baru balik pelik melihat Hyuna yang sedang tidur di ruang tamu. Selalunya Hyuna lebih suka berkurung di dalam bilik. Perlahan-lahan dia menuju ke arah Hyuna. Hyuna yang ketika itu sedang memejamkan matanya tercium bau yang pelik, rasanya dia kenal bau ni. Ini macam bau formalin (cecair pengawet mayat), segera Hyuna membuka matanya.

"eh kau nak buat apa ni?!" soal Hyuna sambil duduk. Terkejut apabila dia membuka mata, muka Jimin betul-betul berada di depan mukanya.

"ok..ok ja..jangan salah faham. Aku..aku tak buat apa pun" Jimin mengangkat kedua tanganya. Risau jika Hyuna salah faham. Kang tak pasal-pasal pasu bunga melayang kat kepala dia lagi.

"habistu yg kau ada kat sini kenapa?!" suara Hyuna meninggi.

"Saja nak tengok muka kau, orang kata wajah orang yang sedang tidur menampakkan segalanya. Aku tengok muka kau happy je, maksudnya kau gembira kembali ke sini" kata Jimin sambil berdiri. Hyuna terdiam.

"aku happy sebab harini menang kes kat court. Bukanya happy hidup dengan kau, dah tepi" balas Hyuna sambil mengambil begnya dan menuju ke biliknya. Jimin hanya memerhati dengan senyuman.

**************

Hyuna duduk di ruang menunggu di Hospital, kepalanya terasa sakit. Mungkin sebab dia terlalu penat, kebelakangan ni dia memang sibuk, nak makan pun tak sempat. Beberapa minit kemudian, namanya dipanggil, segera dia masuk ke bilik Doctor.

"eh Hyuna , kau rupanya! Duduklah" tegur Jungkook apabila melihat kelibat Hyuna yang membuka pintu.  Hyuna duduk bersandar dia kerusi sambil memicit dahinya.

"aik? Macam teruk sangat je sakit kau? Kenapa ni?" soal Jungkook sambil memeriksa suhu Hyuna.

"being an attorney is sucks" kata Hyuna. Jungkook ketawa, ni mesti masalah kat court

"masalah dengan client atau perbicaraan yang tertangguh?" soal Jungkook. Kerjaya sebagai peguam memang mencabar, lagi-lagi kalau kes tu berlarutan sampai bertahun-tahun.

"client la. Dia macam sembunyikan sesuatu dari aku, macam mana aku nak tolong dia kalau macam ni" keluh Hyuna.

"dahla. Jom kita pergi makan, aku belanja"  kata Jungkook sambil mengemaskan peralatanya.

"eh kau tak check pun aku? Aku sakit apa?" soal Hyuna.

"alah kau bukan sakit teruk pun. Kau sakit kepala sebab penat je, ambil ubat kat kaunter lepastu kita pergi makan. Aku pun nak minta tolong kau ni" jawab Jungkook.

"sebelum tu aku nak tumbuk kau sekali, aku dah lama geram.dengan kau. Berani kan kau tipu aku, kanser konon!" Hyuna menumbuk Jungkook.

"adoi! Aku buat atas cadangan Minhyuk & Aemi lah. Adoi, habislah muka handsome aku"Jungkook menggosok pipinya.

"padan muka kau, tu kira sikit tau. Nasib baik aku tak cabut gigi kau. Cepat! Aku tunggu kat kereta!" Hyuna bangun dan mengambil begnya.

"eii garangnya, macamana lah Jimin boleh angau gila kat kau" bisik Jungkook sambil sambil membuka pintu.

*****************

Hyuna membimbit begnya masuk ke dalam rumah, tiba-tiba Jimin muncul,

"Jungkook cakap kau datang Hospital tadi? demam ke?"soal Jimin sambil cuba menyentuh dahi Hyuna namun Hyuna lebih pantas berundur ke belakang.

"okey aku takkan pegang atau sentuh kau, tapi at least bagi aku cek suhu kau dulu. Kalau panas sangat bahaya tau" nasihat Jimin. Namun Hyuna hanya mengeleng lalu menaiki tangga.

" dah makan ke belum? Aku ada masak sikit, sebelum makan ubat kau kena makan dulu" ujar Jimin.

"dah kenyang" jawab Hyuna ingin menaiki tangga namun Jimin masih menahan.

"makanlah, nanti perut masuk angin" Jimin masuh memujuk. Hyuna pula rasa kesian melihat muka mengharap Jimin.

(semasa tengah makan)

Hyuna makan sambil mendiamkan diiri. Pandang Jimin pun tak.

"Lusa aku ada kerja kat Bali. Nak ikut tak?" ajak Jimin. Hyuna diam.

"tempat tu dekat dengan kilang kasut Converse, kita boleh shopping kasut banyak-banyak kat situ" Jimin masih mencuba. Hyuna masih diam. Jimin menggaru kepalanya, Hyuna masih tak nak bercakap denganya.

"kalau nak pergi tu pergi jelah, tak payah nak ajak aku" akhirnya Hyuna bersuara jugak.

"aku risau nak tinggal kau kat rumah, kau kan tak sihat"kata Jimin.

"selama ni takde pun kau nak risaukan aku. Aku sakit ke, makan ke atau terlingkup sekalipun kau tak pernah nak ambil tau" perli Hyuna. Jimin cuba mengawal perasaanya, pedih jugak ayat Hyuna.

"ajak girlfriend bimbo kau tu. Aku malas" Hyuna bangun.

"eh eh hidung kau berdarah!" ujar Jimin sambilmemegang lengan Hyuna namun cepat-cepat dia lepaskan kembali. Hyuna menyentuh hidungnya, memang betul berdarah
.
"duduk dulu, biar aku buat" Jimin mendudukkan Hyuna dan mengambil tisu.

"Tak payah biar aku lap sendiri" Hyuna menepis tangan Jimin.

"bagilah aku buat, sia sia jelah aku jadi doktor kalau isteri aku sakit aku tak boleh nak rawat" kata Jimin sambil menyapu darah d hidung Hyuna. Hyuna sedikit tersentuh namun cepat-cepat dia keraskan hatinya kembali.

"okey settle, tunggu sini jap, aku ambil ais" kata Jimin. Tak sampai 2 minit dia muncul kembali.

"adoi, perlahan la sikit!"  Hyuna terjerit kecil.

"sorry, ni mesti badan kau panas sangat sampai berdarah hidung. Janganlah paksa diri sangat" tegur Jimin lembut.

"Nanti lepasni mandi, lepastu ambil ubat kat bawah eh?" Ucap Jimin.

"Hmm" Hyuna bangun tanpa mengucapkan terima kasih

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang