MY ONLY GIRL
(EPISODE 1)
“Uncle, tengok ni, Jimin tarik rambut Hyuna!” adu Hyuna. Dia yang ketika itu baru berusia 6 tahun menangis-nangis sambil menujukkan tocang rambutnya yang senget akibat ditarik Jimin.
“alah, sikit-sikit nangis. Bosanlah!” kata Jimin.
“Jimin, apa buat Hyuna macam ni. Main lah elok-elok” marah En Park. Jimin tunjuk muka tak bersalah.
“biasalah budak-budak Park, tak payah lah marah Jimin tu” sampuk En Kim.
“Appa, Jimin yang salah. Buat apa nak bela dia? Siapa anak Appa sekarang ni?” soal Hyuna dengan muka masam. Dia memang cukup benci+tak suka dengan Jimin yang suka membuli dan mencari pasal denganya. Lagi-lagi mereka tinggal berjiran, tambahan pula Appanya berkawan baik dengan Appa Jimin. Memang setiap harilah dia akan nampak muka Jimin.
“ Kim Hyuna!, tak baik cakap dengan Appa macam tu” tegur Eommanya.
“Hyuna tak suka Jimin tu. Hyuna benci dia!” jerit Hyuna.
“dah, jangan gaduh. Pergi main kat luar sana” arah En Kim. Pening nak melayan Hyuna dan Jimin, diorang berdua tak pernah nak baik macam kanak-kanak lain. Jimin menjelirkan lidahnya kepada Hyuna tanda kemenangan. Hyuna yang ketika itu tengah marah menjadi semakin marah. Dengan segera dia berlari ke luar rumah dengan marah dan Jimin mengikut dari belakang.
“maafkan anak aku Kim, lepas kematian Eommanya jadi makin nakal pula Jimin tu. Dahla suka mengusik Hyuna pula tu, sampai Hyuna dah benci kat dia. Kalau macam ni macam mana kita nak teruskan rancangan kita tu” ujar En Park.
“pasal plan kita tu, ia tetap akan dijalankan. Jangan risau” balas En. Kim, isterinya hanya mengangguk.
********************************
-Ding Dong Ding Dong- bunyi loceng
Hyuna segera membuka pintu apabila terdengar bunyi loceng rumahnya.
“oh Uncle rupanya, kenapa Uncle?” soal Hyuna selepas melihat Appa Jimin berada di depan rumahnya.
“Uncle nak tinggalkan Jimin kat rumah kamu sekejap boleh? Uncle ada hal kejap” kata En Park. seketika kemudian Jimin muncul dari belakang Appanya, Hyuna mengangguk dengan terpaksa. Yelah takkan dia nak kata tak boleh pulak.
“ Jimin kamu jangan nakal and jangan nak buli Hyuna. Understand?” soal En Park.
“yes, I get it Appa” jawab Jimin sambil masuk ke dalam rumah dan Hyuna segera menutup pintu.
*******************************
“hei, jangan kejar kucing akulah!” marah Hyuna apabila Jimin mengejar kucingnya. Pantang betul kalau orang lain bermain dengan kucingnya, apatah lagi orang tersebut adalah Jimin.
“kedekut lah kau ni!” balas Jimin sambil mengejar kucing Hyuna. Tanpa disangka kucing tersebut melompat ke luar pagar dan pada masa itulah sebuah kereta muncul dan melanggar kucing tersebut. Hyuna berlari menuju ke arah pagar rumahnya dan memegang kucingnya yang dah mati. Hyuna memandang Jimin dengan tajam.
“sorry, aku tak sengaja” Jimin meminta maaf.
“kau memang jahat! Aku benci kau!!” marah Hyuna sambil mengambil kucingnya dan pergi dari situ.
*********************************
(14 years later)
“Hyuna, sarapan dulu” tegur Eommanya. Hyuna yang sedang menuruni tangga menuju ke meja makan.
“kamu ingat lagi tak dengan Jimin? Diorang nak tinggal kat korea semula” ujar Appanya.
“tak ingat dan tak kenal” jawab Hyuna. Dah lama dia tak dengar tentang Jimin dan Appanya, diorang dah berpindah ke Jepun sejak 14 tahun dulu. Dan selama itu jugaklah, perasaan bencinya terhadap Jimin masih tak berubah. Makin benci adalah.
“kamu masih bencikan dia ke? come on, benda dah lama. Dah 14 tahun berlalu” sampuk Eommanya.
“Hyuna dah lambat ni. Pergi dulu” kata Hyuna sambil mencapai kunci motornya. Terus hilang moodnya apabila terdengar nama squidward tu.
“tengok tu, dengar je nama Jimin terus nak mengelak” ujar Eommanya. En Kim hanya memerhati dengan perasaan gusar
-to be continue-
Haaa guys, ringankan tangan anda untuk vote ye. Tak susah pun, butang ada bawah tu je 😁😂
Babai!!
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]
HumorKerana sering dibuli semasa kecil, Hyuna cukup bencikan Jimin. 14 tahun mereka terpisah, tiba-tiba Jimin muncul kembali. Yang pastinya, kali ni kemunculan Jimin membawa mimpi ngeri bagi Hyuna.
![[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]](https://img.wattpad.com/cover/139852787-64-k756096.jpg)