PART 10

430 52 14
                                    

MY ONLY GIRL
(EPISODE 10)

"betul ke apa aku tengok ni" kata Hyuna. Dalam bilik tersebut terdapat banyak gila gambar-gambar dia & Jimin waktu kecil dulu. gambar-gambar terbaru pun banyak. semuanya dihias cantik. paling dia terkejut, gambar perkahwinanya dengan Jimin yg diigantung d dinding. besar bukan main lg. bwah gambar tersebut tertulis 'I Love You, Forever & Ever'. Mati-mati dia ingat Jimin simpan gambar Eunji/harta karun dlm ni. Pandanganya tertumpu pada kotak yg berada d atas meja. bnyak sticky note dlm.tu. Hyuna mengambil & membacanya.

'Hyuna ni batu ke kayu? aku rapat dgn Eunji tapi dia sikit pun tak kisah. tapi bila aku tengok dia rapat dgn Minhyuk & Jungkook, hati aku jadi sakit'

'harini aku fed up, kepala batu tu saja buat aku marah. tapi perangai kepala batu tulah buat aku makin sayangkan dia. maybe aku dah sukakan dia? tp dia mcm tak sukakan aku pun. Takkan dia dendam lg psal kucing tu?'

'kesian isteri aku kena marah harini, sampai nangis-nangis. selalunya hati batu tu payah nak nangis. Sorry sayang aku tertengking kau td. kalau tak nak kena marah lg, jgn keluar dgn Kuda Laut tu lg. sakit hati aku tengok kau dgn dia'

'haih payahnya nak pujuk bini aku ni, semua plan aku buat tak jadi. memang betul-betul keras kepala. dah seminggu dia lari dari aku. aku rindu nak gaduh dia lg, nak tengok. muka marah dia'

'ingatkan Eomma & Appa dtg sini aku dapat test Hyuna ni normal ke x, tapi hampeh! kena tidur bawah. tapi dia xtau masa dia tengah tidur aku buat apa. hahaha'

'haaa diam pun mulut dia lepas aku kiss tadi. suka sangat melawan, aku buat dia jadi Eomma betul-betul baru tau'

Hyuna membaca kertas-kertas tersebut dgn perasaan bercampur baur.

"ni bukan robot yang aku bagi kat dia masa birthday dia yang ke-6 ke?" bisik Hyuna. Tak sangka Jimin masih simpan hadiah tu. Setelah sejam dalam bilik tersebut, Hyuna keluar dengan penuh tanda tanya. Apa motif Jimin menyimpan gambar-gambar mereka, dah tu siap larang dia dekat dengan bilik tu.

************************************

Jimin termenung di atas sofa sambil memegang gambar Appanya. Dah 3 bulan Appanya meninggal dunia dan sudah 3 bulan jugaklah dia berkahwin dengan Hyuna.. Hyuna yang baru menuruni tangga perasaan akan muka sedih Jimin.

"I miss him" ujar Jimin perlahan. Hyuna melihat gambar yang berada di tangan Jimin.

"aku pun rindu dia jugak" balas Hyuna. Dia dah kenal dengan Appa Jimin sejak kecil lagi. Lagipun Eomma Jimin meninggal masa Jimin kecil lagi, so Jimin memang rapat gila dengan Appanya.

"boleh aku pinjam bahu kau kejap?" soal Jimin. Belum sempat Hyuna menjawab, Jimin terlebih dahulu menyembamkan mukanya di bahu Hyuna dan menangis di situ. Hyuna pula yang serba salah, tak pernah dia tengok Jimin sedih sampai macam ni sekali.

"Appa dan Eomma aku tu dah kira family kau jugak. Tak payah la nangis sampai macam ni sekali. malula lelaki nangis. Tak gentleman" Hyuna menggosok belakang Jimin dengan lembut.

"Kalau kau bersedih camni ingat Appa kau gembira? Kalau kau ada masalah kau boleh share dengan aku. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong. Aku tau macamana hilang orang kita sayang. Aku pun pernah rasa jugak. Tapi sampai bila kita nak bersedih kan?" Nasihat Hyuna.

"dengar tak ni? Laa...tidur rupanya, buat penat je aku bagi kaunseling tadi" bebel Hyuna apabila melihat Jimin yang dah tertidur. perlahan-lahan Hyuna membaringkan Jimin di atas sofa dan menuju ke bilik Jimin untuk mengambil selimut. Semasa sedang mengambil selimut, Hyuna terpandang frame gambar di atas meja. Gambar dia dan Jimin sewaktu kecil, diambil 14 tahun yang lalu sebelum Jimin dan Appanya berpindah ke Jepun. Masa tu muka dia happy gila sebab dia takkan jumpa Jimin lagi. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now