PART 9

433 52 35
                                    


MY ONLY GIRL
(EPISODE  9)

Bunyi mesej di telefonya mengejutkan Jimin yang khusyuk mencari buku di Library. Segera dia membaca mesej tersebut.

'Eomma dan Appa datang. Balik awal, jangan merayau tempat lain'- Hyuna.

Jimin sedikit tersenyum membaca mesej yang dikirim Hyuna, macamlah sebelum ni dia pernah merayau pergi mana-mana.

"yang kau tersengih ni kenapa? Eunji ajak dating ea?" teka Jungkook.

"bukan. Aku ada hal ni, jumpa esok" Jimin terus keluar dari Library.

*********************************************

"bila kamu berdua rancang nak ada anak ni? Lagipun lamu berdua kan dah tahun akhir" soal Pn Kim ketika mereka berempat sedang makan malam bersama.

"Uhuk! Uhuk!!" Hyuna dan Jimin terbatuk-batuk. Terkejut dengan soalan Eommanya.

"aii, sampai terbatuk-batuk" usik En Kim pula. Muka Hyuna dan Jimin dah merah.

"belum sedia lagi la Eomma. at least biar kitaorang kerja dulu" Jimin tolong jawabkan bagi pihak Hyuna.

"haa. Be..betul tu" jawab Hyuna. Serius dia rasa malu sekarang ni. Jimin pulak boleh senyum-senyum kat dia macam kerang busuk.

*******************************************

Bunyi ketukan di pintu biliknya yang bertalu-talu memaksa Jimin membuka matanya.

"yes Eomma, kenapa?" laung Jimin dari dalam.

"Jimin, Hyuna bangun. Dah 7.30 am ni. Takde kelas ke?" panggil Pn Kim. Jimin terus mencelikkan matanya. Alamak, Dah 7.30 pagi! Dia ada kuiz pukul 8!.

"weh, bangunlah! Dah 7.30 ni, kau takde kelas ke?" Jimin menggoncang Hyuna yang sedang tidur. Disebabkan Eomma dan Appa Hyuna tidur di sini, dia terpaksa berkongsi biliknya dengan Hyuna. tu pun dia terpaksa tidur bawah, Hyuna dah warning awal-awal, kalau tidur atas jugak Hyuna akan patahkan kakinya& cabut semua giginya. Spontan Hyuna mencelikkan matanya.

"what?! Aku ada presentation pagi ni!" Hyuna meluru ke bilik air namun ditahan Jimin.

"eh, aku masuk dulu. Aku ada kuiz pagi ni" kata Jimin.

"aku ada presentation pagi ni" balas Hyuna pula.

"tapi aku yang bangun dulu" Jimin masih tak mahu mengalah.

"tapi aku yang sentuh pintu ni dulu" Hyuna memberi alasan.

"ok, kita mandi sama-sama " ajak Jimin dengan sengihan nakalnya. Muka Hyuna sedikit merah. Orang tengah nak cepat boleh pulak dia buat lawak siri Keluarga Bahagia.

"eh lipas!..lipas!" Hyuna melompat. Jimin turut sama melompat.

"mana? Mana?!" soal Jimin.

"tipu je, bye!" Hyuna masuk ke bilik air. Jimin mengigit bibirnya, tak sangka dia kena tipu dengan Hyuna.

***********************************

Berdentam-dentum bunyi Hyuna dan Jimin yang berlari menuruni tangga. Masing-masing dah lambat. Hyuna menuju ke meja makan makan dan Jimin memakai kasut.

"sarapan dulu" tegur Appanya.

"tak sempat!" Hyuna menyambar 3 keping roti dan memakai kasut. Sekeping disuapkan ke mulutnya dan 2 lagi dia sumbat ke mulut Jimin. Hampir tercekik Jimin yang ketika itu sedang memakai kasut.

"eh yg kau duk belakang ni apsal? Naik kereta kau jelah!" kata Hyuna. Baru je nak pakai helmet Jimin terus melompat ke atas motornya.

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now