PART 3

491 71 4
                                    

MY ONLY GIRL

(EPISODE 3)

“Ikut aku” arah Hyuna apabila mereka berdua keluar dari kereta. Jimin hanya mengikut langkah Hyuna yang kelihatan memasuki bangunan yang tertera nama ‘Medical Faculty’.

“saya nak daftarkan transfer student ni” ujar Hyuna apabila tiba di kaunter. Petugas di kaunter memberikan beberapa keping borang dan Jimin mengisinya dan menghantar kembali ke kaunter.
Semasa ingin keluar, Hyuna ditegur Jungkook. Kawanya sejak semester pertama lagi.

“eh Hyuna, macam mana kau boleh tersesat kat sini?” soal Jungkook. Pelik melihat kelibat Hyuna di situ.

“banyaklah kau tersesat, aku tolong daftarkan kawan aku ni dan aku rasa dia sekelas dengan kau kot sebab aku dah transfer semester dia kat sini.” ujar Hyuna. Jimin dan Jungkook berbalas senyuman.

“ok lah Jungkook, aku banyak kerja ni. Lain kali jelah kita berbual” ujar Hyuna sambil mengajak Jimin pergi dari situ. Jungkook hanya mengangguk.

***********************************

“tunggula aku! yang kau jalan laju sangat ni apsal?” soal Jimin sambil mengejar Hyuna.

“boleh tak jalan tu cepat sikit? aku ada banyak kerja lah!” balas Hyuna. Lambat betul Jimin berjalan, mengalahkan perempuan. Perempuan pun jalan laju daripada tu.

“jom kita masuk, buat kad pelajar kau” ajak Hyuna sambil membuka pintu.

“erm Hyuna, ni mesti kad kau hilang lagi kan?” tegur Minho, pelajar Multimedia di sini.
“bukanlah, ni kawan aku baru daftar harini. Kau tolong buatkan kad pelajar untuk dia ni” tunjuk Hyuna.

“aku Minho. Macamana boleh kenal dengan Hyuna ni?” soal Minho sambil menghulurkan tangannya.

“aku Jimin. Kami bestfriend dari kecil lagi” terang Jimin. Hyuna menjeling, bestfriend la sangat!.

“Ooo, ok kau berdiri kat sana. Aku nak ambil gambar” arah Minho, Jimin hanya menurut.

“dalam 2 hari lagi datang ambil kad tu kat sini. Bawa surat ni sekali” kata Minho sambil menghulurkan sekeping kertas. Jimin mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

**********************************

“kita nak buat apa kat sini?” soal Jimin apabila mereka memasuki Library dan menuju ke arah PC.

“jangan banyak tanya. Ikut jelah!”  ujar Hyuna sambil mengisi beberapa maklumat yang diperlukan.

“tanya pun marah?” soal Jimin. Hyuna menarik nafasnya, cuba untuk bersabar.

“sila diam, Kalau tak aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Pandai-pandailah kau settle sendiri” ugut Hyuna. Dahla dia penat ke hulu-hilir nak uruskan hal Jimin, boleh pula Jimin ni banyak tanya.

“ok..ok aku diam” kata Jimin sambil menutup mulutnya dan memerhati Hyuna membuat kerja.
“dalam ni ada nombor pelajar, jadual kelas, e-mel pelajar dan password untuk akses portal, kod dan senarai subjek yang diambil dan slip daftar kursus. Slip daftar kursus tu jangan hilangkan, nanti tak pasal-pasal kau tak dapat ambil exam nanti” terang Hyuna sambil menghulurkan beberapa keping kertas dan ingin pergi dari situ memandangkan semua benda  dah settle.

“eh nanti dulu, kelas MC123 ni kat mana?” soal Jimin.

excuse me, aku bukan tour guide kau. Carilah sendiri, kau bukan budak kecil lagi yang perlu aku teman sampai masuk kelas” kata Hyuna. sebenarnya bangunan tersebut ada di depan mereka, saja dia nak mengenakan Jimin.

Hello, dalam Universiti ni ada lebih kurang 25 bangunan, macamana aku nak cari?” soal Jimin sambil bercekak pinggang. Ingat senang ke nak cari? Kawasan ni besar kot, bukanya macam sekolah.

“itu masalah kau, bukan aku. apa kata kau start cari dengan bangunan yang paling hujung tu. Sambil tu boleh kau kenal-kenal dengan kawasan ni, kalau tak jumpa jugak, kau pakai GPS atau Waze dan oh ya, petang ni aku balik sendiri. Bye” kata Hyuna dan beredar dari situ.

“eh Hyuna! Hyuna! Nanti dulu!” laung Jimin, namun Hyuna hanya buat dek.

“eii, tak berperikemanusiaan betul la dia tu” bebel Jimin.

*******************************************

“fuh penatnya” ujar Jimin sambil mengibas-ngibas bajunya yang dibasahi peluh. Bersusah payah dia nak cari kelas tersebut. Nasib baik ada student tolong tunjukkan, kalau tak sampai esok dia cari tak jumpa.

“eh, kau kawan Hyuna kan?” soal Jungkook sambil mengambil tempat di sebelah Jimin.

“a’aa. Aku Jimin, kau Jungkook kan?” tanya Jimin. Jungkook hanya mengangguk.

“erm, macamana kau boleh kenal dengan Hyuna?” tanya Jungkook.
“kami tinggal berjiran masa kecil dulu and Appa kami merupakan kawan baik. Kau pula, macamana boleh kenal dengan budak kerek tu?” tanya Jimin.

“dia selamatkan aku dari kena ragut dulu. Jangan pandang rendah walaupun dia seorang perempuan. Dia ada kung fu tau, aku nasihatkan jangan cari pasal dengan dia, nanti kena belasah” terang Jungkook.

“betul ke?” soal Jimin dengan tak percaya.

“betul la. Kalau tak percaya cuba kau tengok orang kat depan kau tu. Dia kena pukul dengan Hyuna sebab dia cuba pegang tangan Hyuna. Mengamuk sakan mak cik tu haritu” tunjuk Jungkook. Bulat mata Jimin melihat mata lelaki yang duduk di depannya. Lebam dan bengkak! dah macam panda.

“ganas jugak Hyuna ni” bisik Jimin

***********************************

Hyuna, Minhyuk dan Aemi berjalan beriringan menuju ke arah kereta. Aemi turut datang bersama Minhyuk memandangkan mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama. Baru je Hyuna ingin membuka pintu kereta, tangannya ditarik.

"aku dah cakap kan kita balik sekali? Tak faham? Ke kau nyanyuk?” Jimin menarik tangan Hyuna.

“tak nak lah!” balas Hyuna sambil menarik tangannya.

“eh, kau siapa?” soal Minhyuk. Terkejut melihat Jimin yang tiba-tiba muncul.

“aku boyfriend dia? Ada masalah ke?” balas Jimin. Tangannya masih memegang Hyuna.

boyfriend? Erm, Aku rasa aku tau kau siapa, kau kan orang menyebabkan kucing Hyuna mati dan merangkap jiran dia waktu kecil kan?” soal Minhyuk sambil ketawa.

“dan orang yang suka buli Hyuna masa kecil kan?” sambung Aemi pula sambil ketawa.
Jimin menjeling ke arah Hyuna, pegangannya dieratkan. Hyuna menelan liur. Alamak! Habis la dia kejap lagi kena fire dengan Jimin.

-TO BE CONTINUE-

Haaa guys, macam biasa, tolong vote + comment boleh? 😂😂😂

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now