MY ONLY GIRL
(EPISODE 22-LAST)
"Dia koma and condition dia 50-50. One more, aku tak jamin dia akan bangun kembali. Aku masih tak jalankan pembedahan sebab.."
"sebab apa?" potong Hyuna.
"sebab aku takut dia akan lupakan kau, lupakan aku, diri dia & kita semua. Even pembedahan tu berjaya sekalipun, risiko dia tinggi" terang Jungkook. Hyuna terdiam.
"kau sabar ye Hyuna" Aemi menggosok bahu Hyuna.
"kamu masuklah. Tengok dia" ujar Appanya. Dengan langkah longlai Hyuna membuka pintu dan masuk. Kelihatan Jimin terbaring di atas katil, kepalanya berbalut & kesan darah masih ada.d bajunya. Wayar-wayar berselirat di badanya.
"tolonglah jangan tinggalkan aku, aku sayangkan kau. Bukan aku sengaja nak marah-marah kau selama ni, aku main-main je. tolong jangan tinggalkan aku. Bangunlah!" Hyuna menggoncang Jimin sambil menangis.
"bangunlah, dulu kau cakap kau takkan tinggalkan aku, buka lah mata kau. aku janji takkan marah kau lagi. aku takkan melawan kata-kata kau lagi. Memang selama ni aku ego, aku sengaja butakan mata aku" kata Hyuna sambil memegang tangan Jimin. Jimin masih pakai cincin kahwin mereka dulu.
"betul ni? Janji?" soal Jimin sambil membuka mata.
"eii, jahatttt, berani kau tipu aku kan?!" marah Hyuna sambil memukul dada Jimin. Hidup-hidup dia kena tipu, ni mesti mereka semua berpakat nak kenakan dia. Tak berperikemanusiaan betul!. Buat bazir air mata dia je nangis tadi. Kalau dia tahu tadi baik dia lempang Jimin kuat-kuat.
"auw, jangan pukul-pukul. Orang tengah sakit dia pukul pulak" balas Jimin sambil menggosok dadanya.
"Padan muka! Lain kali buat lawak bodoh macam ni lagi. Dah teringin sangat ke nak mati?" kata Hyuna sambil menarik telinga Jimin. Serius dia tengah geram+sakit hati sekarang, boleh dia kena tipu hidup-hidup dengan Jimin. Berkerut-kerut Jimin menahan sakit.
"adoi!..adoi! Sakitlah!" kata Jimin sambil menggosok telinganya.
"aku nak baliklah! Kau duduklah sini sorang-sorang! Aku taknak cakap dengan kau dah!" Hyuna bangun. Jimin cepat-cepat memegang tangan Hyuna
"tadi janji apa? Kata taknak marah la, takkan melawan la. Nak langgar janji?" soal Jimin. Hyuna terus duduk kembali dengan muka masam.
“Sayang jugak kau kat aku kan?” soal Jimin sambil tersengih. Muka Hyuna dah merah.
“kalau aku tak sayang kau, dah lama lah aku tinggalkan kau dan kahwin dengan Jungkook” balas Hyuna.
“ok..ok aku janji takkan buat kau marah atau sedih lagi” Jimin mengangkat tangannya seperti berjanji.
“kalau kau buat lawak bodoh macam ni lagi, siaplah kau! Aku akan pastikan kau betul-betul mati nanti” marah Hyuna. Pada masa yang sama, pintu dibuka.
“sorry Hyuna, bukan aku sengaja tipu kau. Jimin yang paksa aku buat semua ni, dia nak tahu yang kau ni betul-betul sukakan dia atau tak” kata Jungkook. Hyuna tertunduk malu.
“thanks Bro, lepasni aku belanja kau makan” balas Jimin. Jungkook mengangkat ibu jarinya.
"so masalah dah settle kan?" soal Minhyuk pula.
"Sorry ek Hyuna kitaorang buat macam ni, Tapi ni semua plan Jimin, kalau kau tak puas hati kau boleh pukul dia" sampuk Aemi pula.
"korang memang kejam, tau tak sekarang aku dah terlepas perbicaraan kat mahkamah? Apa aku nak jawab dengan bos nanti? Apa aku nak jawab dgn anak guam aku nanti?" jeling Hyuna.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]
Hài hướcKerana sering dibuli semasa kecil, Hyuna cukup bencikan Jimin. 14 tahun mereka terpisah, tiba-tiba Jimin muncul kembali. Yang pastinya, kali ni kemunculan Jimin membawa mimpi ngeri bagi Hyuna.
![[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]](https://img.wattpad.com/cover/139852787-64-k756096.jpg)