MY ONLY GIRL
(EPISODE 12)
"pasal tadi tu, aku.." belum sempat Jimin menghabiskan kata-katanya, Hyuna segera memotong.
"aku tak kisah. Kau buatlah apa yang kau suka" kata Hyuna sambil mengambil beg dan menuju ke arah biliknya. Badanya terasa betul-betul penat. Jimin mengikut langkah Hyuna.
"kau nak apa lagi? Tolonglah keluar, aku malas nak bertekak dgn kaulah" arah Hyuna.
"aku tahu kau terasa pasal tadi kan?" kata Jimin. Hyuna menarik nafasnya dalam-dalam.
"ceraikan aku Jimin. Aku rasa aku dah tak boleh nak teruskan perkahwinan ni" kata Hyuna. Jimin dah tersentak mendengar kata-kata Hyuna.
"no, aku takkan lepaskan kau" cepat-cepat Jimin menjawab.
"kenapa taknak? Aku kesiankan Eunji, kalau betul kau suka dia, kahwin jelah dengan dia. aku tak sangka kau sekejam ni, suka mempermainkan perasaan perempuan. kau ingat Eunji tu kayu ke apa?" ujar Hyuna geram. Memang dia pun tak sukakan Eunji tapi kaum yg Jimin permainkan tu kaum sejenis dia jugak.
"aku sukakan kau!" jawab Jimin dengan yakin. Hyuna tersenyum sinis mendengar kata-kata Jimin. Adoi, lawak antarabangsa mana ni?
"suka? Tak sangka kau boleh suka 2 orang dalam satu masa. Dah lama aku fikirkan hal ni, Kita settle cara baik. Nanti aku bincang dgn Eomma&Appa pasal ni" ujar Hyuna sambil mencampakkan sehelai kertas ke kaki Jimin. Jimin mengutip kertas tersebut, surat permohonan perceraian?
"walau apa pun terjadi, aku takkan ceraikan kau!" ujar Jimin sambil mengoyak surat tersebut.
"aku akan buat tuntutan kat mahkamah. Aku ada bukti yang lebih dari cukup untuk mahkamah luluskan penceraian kita dan kau jangan lupa, bila perkara ni dibawa ke mahkamah, mahkamah ada kuasa untuk luluskan penceraian kita. Setakat case kecik macam ni, aku boleh handle lah" kata Hyuna. Jimin dah terasa sesak nafasnya mendengar kata2 Hyuna. Dia memang kenal dengan perangai nekad Hyuna. Lagipun Hyuna merupakan law student terbaik di Universiti mereka.
"just let me go Jimin" pinta Hyuna. Jimin mengusutkan rambutnya, keadaanya betul-betul tersepit sekarang. Dia perlu mencari idea bagaimana untuk mengagalkan rancangan Hyuna. Hanya satu cara! Dia mula menuju ke arah pintu lalu menguncinya dan menuju ke arah Hyuna.
"Eh kau nak buat apa ni?!" soal Hyuna dengan cuak apabila melihat Jimin yang menuju ke arahnya. Segera dia mengundur ke belakang.
"kau yang paksa aku buat semua ni Hyuna. kalau kita ada anak, mesti kau takkan dapat lari jauh dari aku" ujar Jimin sambil mara ke arah Hyuna.
"jangan de..dekat!" Hyuna terus mengundur ke belakang. Serius dia takut sekarang. Jimin tidak mempedulikan kata-kata Hyuna malah menuju makin rapat ke arah Hyuna.
"tolong jangan buat aku macam ni Jimin" Hyuna dah menitiskan air matanya.. Jimin berhenti melangkah apabila melihat Hyuna yang begitu hampir dengan balkoni.
"stop! jangan mengundur lagi. Nanti kau jatuhlah!" kata Jimin. Hyuna masih lagi berundur ke belakang.
"kau keluar!!" jerit Hyuna sambil mengundur.
"ok..ok aku janji takkan buat pape. Kau jangan bergerak, nanti kau jatuh!" Jimin cuba ke depan sikit untuk menarik Hyuna, selangkah lagi Hyuna mengundur dia boleh terjatuh ke bawah.
"ok..ok aku minta maaf, give me your hand" Jimin menghulurkan tanganya, serius hatinya risau melihat Hyuna yang begitu hampir dengan balkoni. Bila-bila masa boleh terjatuh.
"aku tak percayakan kau! Jangan dekatlah!" jerit Hyuna. Melihatkan Jimin yang semakin hampir denganya, Hyuna berundur beberapa langkah dan dia hilang imbangan lalu jatuh ke bawah.
"Hyuna!!"
*********************************
"cuba kau call lagi. Ish Hyuna ni taktau ke kita ada presentation penting ni? Geram betul aku dgn budak nilah!" bebel Minhyuk. Tak pernah Hyuna datang lambat kalau ada presentation penting.
"dah banyak kali aku call, dia tak angkat lah. Tak pernah dia macam ni, ke ada berlaku sesuatu kat dia?" ujar Aemi dengan bimbang.
"macamana ni? Lepas ni turn kita" Minhyuk pula bimbang.
"nampaknya kita kena present tanpa dialah" kata Aemi.
"macam ni, lepas kelas kita pergi rumah dia. Jomlah, lecturer dah panggil tu" Minhyuk bangun dari kerusi.
*******************************
Hyuna membuka matanya perlahan-lahan sambil memegang kepalanya yang berbalut, tanganya kirinya bersimen. Dia menoleh ke sisi, kelihatan Jimin sedang tidur sambil memegang tanganya. Hyuna cuba menarik tangan kananya perlahan-lahan dari pegangan Jimin, belum sempat dia berjaya, tanganya digenggam erat berbanding sebelumnya. Jimin mengangkat kepalanya.
"hand off" arah Hyuna. Jimin melepaskan peganganya.
"I’m sorry" ucap Jimin. Betul-betul rasa bersalah atas apa yang berlaku. Tak patut dia buat macam tu.
"aku tak kenal kau. Get out!" marah Hyuna.
"tolong maafkan aku Hyuna" rayu Jimin. Pada masa yang sama pintu wad dibuka, masuk Eomma dan Appa Hyuna dengan tergesa-gesa.
"macamana boleh jadi macam ni?" soal En Kim sambil duduk di sebelah Hyuna.
"sebenarnya Jimin yang..."
"Sebenarnya Hyuna yang jalan mengundur tak tengok belakang, tu yang jatuh" Cepat-cepat Hyuna memotong kata-kataJimin.
"tu nasib baik jatuh atas rumput, kalau atas simen macamana?" soal Pn Kim pula. Hyuna hanya tersenyum. Sedang mereka berbual-bual, Aemi, Jungkook dan Minhyuk membuka pintu.
"Hyuna! Hyuna! Kau ok ke?!" soal Aemi dengan risau.
"oklah. Sikit je ni. Sorry aku dah hancurkan presentation kita" Hyuna meminta maaf. Dahla tu presentation penting, siap ada wakil dari mahkamah tinggi lagi.
"yang tu kau jangan risau. Kitaorang dah explain kat lecturer tadi and guess what, group kita markah paling tinggi tau" Minhyuk tersenyum lebar.
"eh Jimin, macamana kau boleh ada kat sini? apsal aku call kau tak angkat? merata aku cari kau tau. kelas pun kau tak datang. kenapa?" soal Jungkook pelik.
"Appa rasa korang bagitau jelah perkara sebenar, sampai bila nak sorok" ujar En Kim. Jimin mengangguk. Pn Kim dan En Kim keluar, bagi ruang untuk Hyuna dan Jimin menjelaskan hal sebenar.
"perkara sebenar apa ni? Korang sorok apa?" soal Minhyuk. Hyuna diam.
"sebenarnya kami dah kahwin. Ini permintaan Appa aku sebelum dia mati" kata Jimin. Aemi, Jungkook dan Minhyuk tergamam sekejap mendengar kata-kata Jimin. Masing-masing diam.
"maafkan aku kerana tak bagitau korang tentang hal ni. Aku sebenarnya taktau nak explain macam mana kat korang" ujar Hyuna pula.
"it's ok Hyuna. Mesti ada sebab kau buat semua ni. Kami tak marahlah" kata Minhyuk.
"aku dah agak dah, kebelakangan ni kau berperangai pelik. Macam ada sembunyikan sesuatu, patutlah muka kau berseri-seri, dah kahwin rupanya" usik Aemi.
*********************************************************
"makanlah sikit" pujuk Jimin. Hyuna memalingkan mukanya.
"keluar, aku taknak tengok muka kau" ujar Hyuna sedikit kasar. Jimin mengeluh, Hyuna langsung tak mahu pandang mukanya.
--mohon vote dari anda semua guys. Support la sikit hehehe. Ringankan tangan anda untuk membantu saya 😣
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]
ЮморKerana sering dibuli semasa kecil, Hyuna cukup bencikan Jimin. 14 tahun mereka terpisah, tiba-tiba Jimin muncul kembali. Yang pastinya, kali ni kemunculan Jimin membawa mimpi ngeri bagi Hyuna.
![[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]](https://img.wattpad.com/cover/139852787-64-k756096.jpg)