PART 14

406 59 7
                                    


MY ONLY GIRL
(EPISODE 14)

Jimin merenung makanan yang terdapat di dalam dulang dan mengalihkan pandanganya pada pintu bilik Hyuna. Jimin menarik nafas, aku mesti berani. Jimin mengetuk pintu beberapa kali namun masih tiada jawapan. Jimin mengambil keputusan untuk masuk menggunakan kunci pendua.

"Hyuna, aku bawakan makanan" sapa Jimin. Hyuna masih berbaring di atas katil.

"bawa keluar. Aku tak nak makan" ujar Hyuna.

"kalau kau tak makan, nanti kau jatuh sakit. Makanlah sikit" rayu Jimin.

"kalau aku sakit ke, mati ke, apa kau kisah?!" marah Hyuna. Payah nak bercakap dengan Jimin yang tak faham bahasa. Jimin menuju ke arah Hyuna yang duduk di atas katil.

"stop! Jangan lebih garisan tu. Patah kaki kau nanti!" ugut Hyuna. Jimin segera berhenti melangkah.

"ok, aku letak kat sini. Nanti kau makanlah" Jimin meletakkan dulang di atas lantai.

"aku tak nak! Kau tak faham ke?! Boleh tak jangan tunjukkan muka kau depan aku? Aku benci kau lah!" tengking Hyuna. Jimin mengetap bibirnya menahan sabar. Sabar Jimin, sabar. Dia pesakit kau, Jimin cuba menyejukkan hatinya.

*********************************

Bunyi telefon menandakan mesej masuk mengejutkan Hyuna yang sedang khusyuk membaca di dalam bilik. Segera dia membaca mesej tersebut.

'Eomma dan Appa datang. Turun bawah sekarang'- Jimin-.

Hyuna mengeluh, masa dia tengah krisis dengan Jimin mulalah Eomma dan Appanya datang. Dengan langkah longlai Hyuna turun ke ruang tamu. Kelihatan Eomma, Appa dan Jimin sedang berbual-bual.

"macamana tangan kamu? Sakit lagi ke?" soal Pn Kim selepas melihat tangan Hyuna yang masih lagi bersimen. Jimin hanya memandang kelibat Hyuna, dah berhari-hari Hyuna berkurung dalam bilik dan taj mahu bercakap denganya. Pandang mukanya pun Hyuna tak mahu.

"Tak sakit dah" balas Hyuna sambil memeluk Eommanya. Serius dia rindu dengan Eommanya.

"makin kurus kamu sekarang. Tak makan ke?" soal En Kim.

"dia diet lah Appa" sampuk Jimin. Hyuna dah menujukkan rupa tak puas hati
.
"Eomma dan Appa nak tidur sini kan malam ni? Hyuna pergi kemas dulu lah bilik tetamu tu" balas Hyuna sambil bangun namun ditahan Jimin.

"eh takpe, awak duduk je. Biar saya kemas, awak kan tak sihat lagi" kata Jimin dan menuju ke arah bilik tetamu. Hyuna mencebik, risaukan aku konon, entah-entah kalau aku mati mesti dia lagi suka.

********************************

"nah, minum susu ni. Bagus untuk tulang, tulang awak baru lepas patah. So, tulang tu perlukan kalsium baru" kata Jimin sambil meletakkan gelas berisi susu di hadapan Hyuna. Muka Hyuna dah berkerut,

"err saya..." Hyuna cuba untuk membantah.

"no, kali ni saya tak nak dengar alasan awak. Dah banyak kali awak mengelak, Ke nak saya suapkan?" kata Jimin sambil memegang gelas tersebut.

"tak nak lah" Hyuna cuba mengawal suaranya. Kalaulah Eomma dan Appanya takde sekarang, dah lama dia baling gelas tu kat kepala Jimin. Biar kepala berbalut sekali lg. Walaupun dia tahu niat Jimin baik tapi rasa marah dan bencinya terhadap Jimin mengatasi segala-galanya.

"saya buat semua ni untuk kesihatan awak juga. Minumlah" pujuk Jimin

"saya.." belum habis Hyuna berkata-kata, Jimin memotong.

"kalau awak tak minum, saya cium awak kat sini nanti. Depan Eomma dan Appa pun saya tak kisah" Jimin mula merapatkan mukanya dengan muka Hyuna. En dan Pn Kim dah tersenyum melihat adegan di depanya. Hyuna mengetap bibirnya, tak sangka Jimin guna taktik kotor macam ni untuk suruh dia minum susu tu. Dengan terpaksa Hyuna mengambil gelas di tangan Jimin dan meminumnya. Berkerut-kerut mukanya nak habiskan susu tersebut dan menghulurkan gelas yang telah kosong ke arah Jimin.

"Hyuna naik dulu Eomma Appa. Ngantuk la pulak" ujar Hyuna sambil bangun.

"Jimin pun naik dulu Eomma Appa" ujar Jimin. Hyuna merengus tanda tak puas hati. Sibuk je nak mengekor aku. Mentang-mentang aku tak boleh nak melawan kata-kata dia, dahla malam ni dia terpaksa berkongsi bilik dengan Jimin.

"pergilah, kami pun nak masuk tidur dah ni" ujar En Kim

***************************************

Buka sahaja pintu biliknya, Hyuna terus berlari menuju ke bilik air sambil menekup mulutnya. Jimin hanya memandang pelik apabila kedengaran Hyuna muntah-muntah di dalam bilik air. 5 minit kemudian Hyuna keluar sambil mengesat mulutnya.

"kau mengandung ke?" soal Jimin dengan curiga. Tersentak Hyuna dengan soalan Jimin.

"cakap tu pakai otak sikit. Bukan pakai kepala lutut!" marah Hyuna.

"habistu tadi kau muntah-muntah. Jangan nak tipu aku!" kata Jimin sambil berdiri betul-betul di depan Hyuna. Hyuna menepuk dahinya, Jimin ni nama je bakal doktor tapi kenapa still lembab jugak. Dia ingat muntah-muntah tu simptom orang mengandung je ke?.

"aku memang tak boleh minum susu, kalau aku minum jugak memang aku akan muntah-muntah dan tak dapat tidur sampai pagi" terang Hyuna.

"kenapa kau tak cakap awal-awal?" soal Jimin. Serius dia rasa bersalah sekarang ni.

"ada kau bagi peluang untuk aku explain? Ada ke? Aku tak habis cakap kau dah potong" marah Hyuna.

"aku minta..." belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Hyuna berlari sekali lagi menuju ke bilik air. Jimin yang mendengar Hyuna muntah-muntah terasa makin bersalah. Selepas keluar dari bilik air, Hyuna mengambil minyak angin dari dalam lacinya dan baring di atas sofa, kepalanya terasa pening.

"kau sakit kepala ke? Jom aku tolong picitkan" Jimin memegang kepala Hyuna.

"Jangan sentuh aku!" Hyuna menepis tangan Jimin. Jimin cukup faham yang Hyuna memang tak suka disentuh, apatah lagi dipegang-pegang.

"adoi, peningnya" Hyuna memicit kepalanya tanpa mempedulikan Jimin.

"aku minta maaf. Aku tak tau tadi" Jimin meminta maaf. Hyuna tidak mempedulikan kata-kata Jimin sebaliknya dia mencapai laptopnya. Baik dia main game lagi best, dah lama dia tak main game online. lagipun kesan daripada minum susu tadi membuatkan dia tidak mengantuk. Jimin yang melihat muka keruh Hyuna segera keluar dari bilik tersebut.

"keluar pun. Macam tau je aku menyampah tengok muka dia" bisik Hyuna. Tak sampai 10 minit, Jimin masuk kembali sambil membawa segelas air coklat dan meletakkan di depan Hyuna.

"nak apa lagi?" soal Hyuna sedikit kasar.

"minum air coklat ni. Tadi kau cakap takn gantuk kan? Air coklat dapat membuatkan kau mengantuk, minumlah" kata Jimin.

"mana kau tau?" soal Hyuna. Entah-entah Jimin saja nak tipu dia.

"aku taulah, minumlah cepat" arah Jimin.

"Tak nak" balas Hyuna.

"minumlah" pujuk Jimin. Hyuna menarik nafasnya, cuba untuk bersabar.

"taknak"

"please, Hyuna. Tolong dengar cakap aku boleh tak?"

"and you, tolong jangan paksa aku boleh tak?!" Hyuna mula naik angin. Pantang betul kalau orang suka memaksanya. Jimin hanya diam, mencari idea untuk menyuruh Hyuna minum air tersebut.

"boleh tak kau pergi jauh-jauh? Menyampah tau tak aku tengok muka kau" kata Hyuna apabila melihat Jimin masih duduk di depanya.

"no, aku takkan berganjak dari sini selagi kau tak minum air tu" Jimin mula melawan sikap keras kepala Hyuna. Dia nak tengok sejauh mana Hyuna mampu bertahan. Hyuna pula yang berasa tak selesa melihat Jimin yang selamba duduk di depanya sambil memandang ke arahnya.

"ok aku minum, tapi lepasni kau duduk tempat lain. Aku rimas tengok muka kau" Hyuna mengambil gelas itu dan diminum sehingga habis. Jimin tersenyum lebar, yes! Berjaya juga akhirnya. Confirm lepasni Hyuna akan tidur nyenyak. Dia harap ubat tidur yang dia letak dalam air coklat tu berkesan.

"Dah settle kan? Sekarang pergi jauh-jauh" kata Hyuna sambil meletakkan gelas yang telah kosong. Jimin mengambilnya dengan senyuman.

Kepada readers, saya harap lepas anda baca FF ni anda dapat ringankan tangan untuk vote. Saya harap anda dapat support saya. Keyh?😅😓

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now