PART 11

438 55 5
                                        


MY ONLY GIRL
(EPISODE 11)

"kau duduk sini dulu, aku nak beli sesuatu kejap" kata Jimin. Hyuna mengangguk dan duduk di atas kerusi. disebabkan semalam dia dah cederakan Jimin,  dengan berat hatinya dia terpaksa teman Jimin ke Funfair, kalau tak Jimin akn report kat Eomma & Appanya. Tak sampai 5 minit Jimin muncul bersama aiskrim di tanganya dan menghulurkan ke arah Hyuna.

"aku nak tanya kau sesuatu and  harap kau dapat jawab dengan jujur" ujar Jimin.

"erm , apa?" soal Hyuna dengan muka berkerut.

"kau pernah ada boyfriend ke sebelum ni?" soal Jimin.

"push! Uhuk! Uhuk!" Hyuna tersembur aiskrim yang berada di dalam mulutnya.

"ish kau ni, dari kecik sampai sekarang, kalau makan mesti comot dan tumpah" Jimin mengelap mulut Hyuna namun cepat-cepat Hyuna mengambil tisu dan mengelap sendiri.

"apsal kau tanya soalan luar alam ni?" soal Hyuna.

"tak salah kan kalau aku nak tau?" Jimin menyoal balik.

"erm..."

"Jimin!" Jimin dan Hyuna berpaling, seorang lelaki menuju ke arah mereka.

"Ryuzaki! Nani shiteruyo? (what are you doing here)" soal Jimin sambil memeluk kelibat di depanya. Hyuna hanya memerhati, tak pernah nampak pun lelaki ni.

"holiday. Dare desu ka?( who's this)" Ryuzaki menunjuk ke arah Hyuna.

"ni isteri aku, Hyuna and Hyuna, this is Yagami Ryuzaki. My best friend masa kat Jepun dulu" Jimin memperkenalkan Hyuna dan Ryuzaki.

"konnichiwa(helo) Yagami-san" tegur Hyuna.

"konnichiwa. Just call me Ryuzaki, kalau nak lagi bagus, panggil Oniichan(brother)" balas Ryuzaki sambil tersenyum. Hyuna pamer senyuman plastik, ceh, sweet talker betul. Nampak sangat playboy ni, spesies sama mcm Jimin.

"so, apa jawapan kau tadi? " soal Jimin selepas Ryuzaki meninggalkan mereka.

"jom balik, Appa nak datang rumah" Hyuna cuba berdalih.

************************************

"balik kampung? Kenapa tiba-tiba ni?" soal Hyuna.

"kenapa? Tak suka ke?" soal Appanya dengan muka berkerut.

"mestilah suka! Give me 10 minutes, Hyuna kemas baju dulu!" Hyuna terus berlari menuju ke biliknya dan Jimin mengikut dari belakang.

"pergi ambil baju2 kau and letak dalam beg tu. Kita kongsi beg je" arah Hyuna sambil mengambil kasutnya di bawah almari. Jimin mengambil pakaianya dalam almari dan meletakkan di dalam beg.

"Park Jimin sshi, aku maksudkan lipat elok-elok. Bukan main letak macamtu, tepi! Biar aku yang buat " Hyuna menolak Jimin ke tepi. Main gumpal je baju letak dalam beg.

******************************************

"I really miss you Granda" Hyuna memeluk atuknya. Sebenarnya dia lebih suka memanggil atuknya dengan nama Granda. Actually hubungan Granda dgn Jimin pun agak rapat.

"Granda pun rindukan kamu dengan Jimin. Jom kita semua masuk" balas Granda.

*******************************************

"duduk jauh sikit. Jangan nak rapat sangat" Hyuna menarik tilamnya jauh dari Jimin.

"apsal pulak? Kita bukanya orang lain pun" Jimin tayang muka selamba.

"tak kira! Kau tidur hujung sana" tunjuk Hyuna. Pada masa yang sama, pintu bilik mereka diketuk.

"Jom makan, ajak Jimin sekali" ajak Eommanya.

"Jimin! Jom makan" panggil Hyuna. Jimin bangun dri atas tilamnya.

"Hyuna, lain kali panggil la Jimin tu dengan panggilan hormat sikit" tegur Eommanya.

"ok la tu Hyuna panggil nama, kalau Hyuna panggil dia tiang macamana?" jawab Hyuna selamba.

"it's ok Eomma. Panggilan tak penting pun. Yang penting Jimin tau Hyuna memang sayangkan Jimin. Kan?" Hyuna menggosok kepala Hyuna. Hyuna menjeling, perasanya!.

"macam-macam  kamu ni, jomlah Appa dan Granda dah tunggu tu" ajak Eommanya.

******************************************

"turun! Turun! Nanti tak pasal-pasal kita masuk gaung!" Hyuna menarik baju Jimin. Jimin memberhentikan basikalnya.mereka bertukar tempat.

"kalau tak pandai tu mengaku jelah, jangan nak berlagak sangat. Dahla motor pun kau reti bawa, basikal pun tak reti jugak ke? Jom aku tunjuk tempat paling cantik kat sini" Hyuna ketawa dan mengayuh basikal tersebut.

"aku tak biasa kayuh basikal macam ni, aku selalu bawa BMX" balas Jimin, cuba untuk menutup rasa malunya. Tak pasal-pasal dia dah malukan diri depan Hyuna.
****************************************

"cantiknya!" ujar Jimin apabila mereka tiba di kawasan air terjun.

"cantik kan? Tempat ni aku selalu lepak dengan Jin...."

"siapa Jin? Boyfriend kau? Oo jadi dia la orang yg kau selalu nampak tu?" soal Jimin sedikit cemburu.

"sort of. dia bagaikan Appa, Oppa, boyfriend dan bestfriend aku. Setiap kali aku tengah sedih, dia satu-satunya orang yang buat aku senyum. Boleh dikatakan dia orang penting dalam hidup aku. actually dia dah meninggal 3 tahun lepas, brain tumor. Masa dia meninggal, aku tak sempat jumpa dia pun" Hyuna tunduk. Tiba-tiba rasa sedih teringatkan Jin. Jimin mula rasa bersalah melihat muka sedih Hyuna.

"kalau kau sudi, aku boleh ganti tempat dia untuk kau" balas Jimin. Hyuna mengangkat mukanya, mata mereka bertembung. Cepat-cepat Hyuna mengalihkan pandanganya ke arah lain. Kebelakangan ni dia sedikit pelik dengan.layanan Jimin terhadapnya. Kadang-kadang Jimin layan dia macam seorang perempuan, sekejap macam kawan and kadang-kadang macam musuh. Dia sendiri pun keliru.

"Tak. Kau takboleh ganti tempat dia. Sampai bila-bila pun" Hyuna senyum kelat.

"kau takut kan? Takut ditinggalkan lagi?" soal Jimin. Hyuna diam.

"kalau aku cakap yg aku cintakan kau macamana? Kau percaya?" kata Jimin. Hyuna ketawa, Jimin mabuk ke apa merepek yg bukan-bukan.

"Tak  Kalau kau cintakan aku, kau takkan jalinkan hubungan dengan Eunji. It's ok, aku faham, Eunji cinta pertama kau. Aku tak marah & aku rasa kita patut fikirkan balik pasal perkahwinan ni. Don't worry, segala risiko aku yg tanggung. Especially Eomma&Appa" balas Hyuna. Jimin diam, memang dia cintakan Hyuna tapi pd masa yg sama.dia sayangkan Eunji.

"kalau kau bagi aku peluang?" pancing Jimin

"Peluang tu takde. jomlah balik, kemas barang. Esok kita dah nak balik" Hyuna bangun.

*************************************************

Hyuna, Minhyuk dan Aemi berjalan menuju ke kafe. Sampai sahaja di kafe, Hyuna sedikit terkejut melihat Jimin yang sedang berpegangan tangan dengan Eunji. Jimin yang perasan dengan dengan kehadiran Hyuna terus melepaskan pegangan tanganyan pada Eunji. Hyuna buat muka selamba, seolah-olah tak nampak Jimin di situ.

"kita nak makan apa ni?" soal Aemi sambil memilih makanan.

"entah, semua sedap ni. Payah nak pilih" balas Hyuna.

"tak payah pilih lama sangat. Aku dah lapar ni" sampuk Minhyuk.

**********************************
Hyuna bersandar di atas sofa sambil memejamkan matanya. otaknya terasa beku sekarang, kelas yang bermula dari pagi hingga petang memang meletihkan. Dahla harini ada kuiz mengejut, nasib baik dia ada mengulangkaji semalam. Hyuna mendengar bunyi derapan tapak kaki menghampirinya,

"erm apa?" soal Hyuna dengan mata yang masih terpejam.

Oooyeah aku kembali hehehe. Lepas ni FF ni dah start conflict. So standby okeh🙄😁😏

[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang