MY ONLY GIRL
(EPISODE 17)Hyuna duduk termenung di kerusi luar rumahnya, tak hiraukan keadaanya yang basah kuyup ditimpa hujan. Dah menjadi tabiatnya, kalau ada masalah dia akan duduk di dalam hujan. Dah 2 bulan berlalu, namun hubunganya dengan Jimin makin dingin. Kesnya dengan Jimin di mahkamah belum settle lagi, Jimin sengaja melambat-lambatkan perceraian mereka.
"kau keliru kan? Keliru dengan perasaan sendiri. Keliru antara perasaan suka dan marah" kata-kata Jungkook masih tergiang-ngiang di telinganya. Hyuna mengeluh, semakin jauh dia lari, semakin dekat Jimin datang mengejarnya.
"Hyuna!" Hyuna berpaling, J-Hope sedang berdiri d tepi pagar sambil memegang payung. Hyuna senyum.
"apsal kau duduk dalam hujan ni? Kau gaduh dengan Jimin ke? Jimin ni pun 1, biar bini duduk dalam hujan. Teruk betullah" bebel J-Hope.
"Takdelah. Aku dah lama tak main hujan. Tu yg aku duduk sini" bohong Hyuna.
"aku tau kau tengah dalam msalah ni, okey aku takkan ganggu. At least ambil la payung ni" J-Hope menghulurkan payungnya. Hyuna menggeleng.
"kalau macam tu kau ambil baju hujan aku, kalau tak ambil jugak aku call Eomma Appa kau" ugut J-Hope.
"sejak bila kau pandai ugut aku ni?" Hyuna ketawa sambil mengambil baju hujan tersebut.
"aku belajar dr kaulah. Ok lah aku tau kau nak bersendirian. Kalau kau rasa perlukan seseorang, aku ada. Kau ketuk je pintu rumah aku" kata J-Hope. Hyuna senyum, J-Hope mengangguk & masuk ke dalam rumah. Hyuna duduk di atas kerusi bersama keluhan.
"eh, hujan dah berhenti ke?" bisik Hyuna sambil tunduk apabila tidak terasa titisan hujan. Hyuna mengangkat mukanya, kelihatan Jimin duduk di sebelahnya sambil memegang payung.
"jangan ganggu aku" kata Hyuna dengan lemah. Malas nak bertekak dengan Jimin.
"jomlah kita masuk. Nanti kau demam lah duduk tengah hujan macam ni" pujuk Jimin. Dia sendiri turut basah ditimpa hujan.
"takkan aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini? Kalau jadi apa-apa macamana? Jomlah masuk, kau dah menggeletar ni. Ok macam ni, kalau dengan pukul aku kau boleh hilangkan rasa marah kau tu, kau boleh pukul aku. aku tak kisah" pujuk Jimin sambil memayungi Hyuna. Hyuna yang mendengarnya terasa tersentuh. Mungkinkah dia patut bagi Jimin peluang? Dengan langkah malas Hyuna bangun dan masuk ke dalam rumah, Jimin tersenyum dan mengikut langkah Hyuna, sekeras-keras kepala Hyuna pun, Hyuna masih mahu mendengar katanya.
*****************************************
Hyuna baring di atas sofa sambil memicit kepalanya. Kepalanya terasa sakit sangat, dalam kelas tadi pun dia tak boleh nak fokus, ni mesti sebab kena hujan semalam. Jimin yang sedang menuruni tangga menuju ke arah Hyuna.
"tak sihat ke?" soal Jimin sambil menyentuh dahi Hyuna. Panas. Hyuna menepis tangan Jimin & memusingkan badanya.
"panas sangat ni. tunggu sini" arah Jimin dan berlalu ke dapur. Setengah jam kemudian Jimin datang bersama semangkuk bubur dan segelas air dan beberpa biji ubat.
"buka mulut. Aku suapkan" kata Jimin. Hyuna hanya menurut, entah kenapa kali ni dia kalah dengan Jimin.
"thank you" kata Hyuna. Jimin hanya mengangguk dan tersenyum, nampaknya Hyuna dah mula nak bercakap denganya. Satu petanda yang baik.
"my pleasure. Kalau perlu apa-apa, kau panggil je aku" ujar Jimin. Hyuna hanya mengangguk.
(2 jam kemudian)
"aku nak pergi kelas ni. Kalau kau lapar, makanan ada atas meja" kata Jimin sambil memakai kasut. Hyuna masih berbaring di atas sofa.
"erm" jawab Hyuna. Jimin yang mendengarnya tersenyum, satu perubahan yang positif!, gaya Hyuna bercakap denganya dah sedikit lembut.
*************************************************************"ish lepaslah, malu lah orang tengok" kata Jimin sambil menarik lenganya dari pegangan Eunji.
"awak ni kenapa? Sebelum ni ok je" kata Eunji dengan manja. Jimin mengeluh dengan sikap Eunji.
"itu dulu, sekarang saya dah kahwin, awak faham tak?" soal Jimin sedikit kasar.
“ingat dulu apa awak janji dengan saya? Kita nak kahwin kan? Mana janji awak?” soal Eunji. Jimin mula rasa bersalah, memang dulu dia pernah berjanji yang mereka akan berkahwin.
“tolonglah Eunji, faham keadaan saya” kata Jimin. Eunji masih lagi memeluk lengan Jimin. Kebetulan ketika itu Hyuna, Aemi dan Minhyuk yang ingin memasuki dewan Kuliah terserempak dan melihat kelakuan Jimin. Jimin pula dah tersentak dengan kehadiran Hyuna. Hyuna hanya memandang dan terus masuk dalam dewan tanpa mempedulikan Jimin.
"Hyuna, nanti dulu!" Jimin cuba mengejar tapi dah terlambat, di dalam dewan tersebut ada beratus-ratus pelajar, dia langsung tak nampak kelibat Hyuna. Jimin dah mula rasa risau, nampak jelas riak kecewa di muka Hyuna tadi.
***********************************
Jimin cepat-cepat pulang ke rumahnya, mesti Hyuna dah balik. Sampai sahaja di rumah, motor Hyuna tiada di garaj. Jimin segera mendaki tangga dan menuju ke bilik Hyuna. Jimin memulas tombol pintu, tak berkunci! Jimin mula rasa tak sedap hati, tak pernah Hyuna membiarkan biliknya tak berkunci. Segera dia masuk dan membuka almari Hyuna. Kosong! Mimpi ngerinya dah menjadi kenyataan. Sehelai nota kecil yang berada di atas meja dicapai.
‘kau memang jahat, aku benci kau’
"Hyuna" Jimin bersuara perlahan.
K sikit lagi nak habis. Stay tuned guys, anddddd jangan lupa untuk.vote. baru semangat nak tulis ending
YOU ARE READING
[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]
HumorKerana sering dibuli semasa kecil, Hyuna cukup bencikan Jimin. 14 tahun mereka terpisah, tiba-tiba Jimin muncul kembali. Yang pastinya, kali ni kemunculan Jimin membawa mimpi ngeri bagi Hyuna.