MY ONLY GIRL
(EPISODE 6)
Hyuna turun ke dapur dengan cuak dan membuka peti sejuk. Ni semua Minhyuk dan Aemi punya pasal, ajak dia tengok cerita hantu yang mengarut tu, sekarang tak pasal2 dia dah takut. Asyik terbayang-bayang pasal hantu tu. Walaupun hari masih petang tapi rasa takut tu tetap ada.'Ting!!"- bunyi sudu terjatuh dari celah peti sejuk. Hyuna menelan liur, tiba-tiba teringat babak dalam cerita hantu tadi. Dengan teragak-agak Hyuna mengambil sudu tersebut dan menyimpanya kembali. Jantungnya dah berdegup kencang.
"it's ok Hyuna. Jangan takut..jangan takut" bisik Hyuna sambil menutup peti sejuk. Baru ingin melangkah pergi, dia terdengar bunyi macam decitan tikus di sebalik peti sejuk. Hyuna dah takut tahap gila-gila. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik peti sejuk. Perlahan-lahan...perlahan-lahan ....dan....
"Wargh!!"- sergah satu suara.
"argh! Eomma Appa!!" Hyuna terus menjerit dan berlari macam orang gila sehingga terlanggar dinding.
"ha ha ha!" Hyuna yang sedang terbaring sambil menggosok dahinya membuka mata apabila terdengar bunyi suara. Jimin berdiri di hadapanya sambil ketawa terbahak-bahak.
"eii kau ni! Memang nak kena!" Hyuna bangun dan mencapai penyapu yang berada di sebelahnya. Boleh dikatakan hubungan mereka sedikit baik. Itupun lepas dia dipaksa meluangkan masa yg banyak bersama Jimin atas alasan 'mewujudkan persefahaman'. Jenuh dia nak menipu dgn Aemi & Minhyuk yg asyik tanya knp dia boleh 'dekat' dgn Jimin memandangkan mereka sebelum ni musuh. Jimin terus cabut lari.
"ok..ok kita bincang, letak penyapu tu" pujuk Jimin yang berada di sebalik meja makan."no discuss! Berani kau takutkan aku, kalau kepala aku pecah macamana? Sini kau!" Hyuna masih menggosok dahinya yang sedikit pedih, entah bila Jimin datang rumahnya pun dia tak perasan. Ni mesti Appanya yang ajak.
"aku gurau jelah tadi. I'm sorry okey" Jimin masih mengelak di sebalik meja makan. Mereka asyik berpusing-pusing di meja makan.
"gurau otak kau!" Hyuna masih cuba untuk mengejar Jimin.
"eii geramnya aku, ambik ni!" Hyuna membaling beberapa telur mentah ke kepala Jimin. Balinganya tepat, habis satu badan Jimin bermandi telur mentah.
"Huh, padan muka!" Hyuna mendaki tangga menuju ke biliknya. Tak lama kemudian dia muncul kembali dan membuka kabinet. Satu plastik tepung dikeluarkan dan dicurah ke atas kepala Jimin.
"cukuplah tu!" Jimin menyapu sisa tepung atas kepalanya.
"ini baru adil. Fair and square" Hyuna menggosok rambut Jimin agar adunan tepung dan telur sebati.
"you look so cute, ha ha" Hyuna ketawa sambil menyapu sisa tepung dan telur yang melekat di tanganya ke muka Jimin. Baru puas hatinya sekarang.
"oh my god! Apa kamu berdua buat ni?! Kamu ingat ni taman permainan ke?" ujar Pn Kim. Jimin dan Hyuna berpaling. Alamak!!.
"Jimin yg mulakan, bukan Hyuna" Hyuna membela diri.
"dah jangan nak main tuding jari. Selagi tak kemas, jangan keluar dari sini. Faham?" soal En. Kim.
"faham ke tidak?!" soal En Kim tegas.
"faham!" jawab Hyuna & Jimin serentak. Mereka mula mengemas, En Kim kalau marah memang menakutkan. Bekas komander katakan.
"ni semua salah kau!" kata Hyuna.
"eh jangan nak slahkan aku sorang, siapa yg main baling telur & tepung? Siapa?" soal Jimin. Hyuna mengetap bibirnya, kalau bercakap dengan Jimin confirm darahnya akan naik.
"sakit sangat ke terhantuk tadi?" soal Jimin.
![](https://img.wattpad.com/cover/139852787-288-k756096.jpg)
YOU ARE READING
[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]
MizahKerana sering dibuli semasa kecil, Hyuna cukup bencikan Jimin. 14 tahun mereka terpisah, tiba-tiba Jimin muncul kembali. Yang pastinya, kali ni kemunculan Jimin membawa mimpi ngeri bagi Hyuna.