MY ONLY GIRL
(EPISODE 15)Jimin memerhati jam di dinding, dah 1 jam berlalu tapi kenapa Hyuna masih belum tidur, tanda-tanda mengantuk pun takde. Takkan ubat tu tak berkesan kot? Rasanya dia dah letak 2 biji. Sekarang dia pula yang rasa mengantuk.
"apsal ubat tu tak berkesan pun, pelik" bisik Jimin sambil memerhati Hyuna yang masih lagi khusyuk bermain game di laptopnya.
“yang kau dari tadi tengok aku apsal?” soal Hyuna tanpa memandang Jimin. Dari tadi dia perasan, Jimin nampak gelisah dan asyik pandang ke arahnya. Ada sesuatu yang tak kena ke?.
“aku nak pastikan kau tak apa-apa. Mana tau kau pengsan ke apa, mana tau kesan sampingan susu tadi jadi makin teruk ke” Jimin memberi alasan. Kalaulah Hyuna tahu yang dia letak ubat tidur dalam tu, confirm Hyuna boleh campak dia ke luar balkoni. Sedang khusyuk memerhatikan Hyuna, Jimin tertidur.
***********************************
Bunyi suara orang ketawa mengejutkan Jimin yang sedang tidur. Kelihatan Hyuna masih berada di atas sofa sambil menghadap laptop. Jimin melihat jam di dinding, dah pukul 8 am.
"kau tak tidur dari semalam ke?" soal Jimin. Hyuna buat dek, langsung tak jawab soalan Jimin.
"Hyuna" Jimin memegang bahu Hyuna namun Hyuna pantas menepis & memandang Jimin dgn tajam.
"kau jangan cuba-cuba nak sentuh aku! Kau ingat dengan semua ni boleh buat aku maafkan kau ke? Jangan haraplah!" kata Hyuna sambil bangun.
"I'm sorry Hyuna" ucap Jimin dan menuju ke bilik air. Hyuna hanya memandang dengan ekor mata .
"aku akn pastikan kau merana Jimin, tu balasan atas apa yg kau dah buat" Hyuna tersenyuman jahat.
********************************
Jimin keluar dari bilik air selepas selesai mandi. Kelihatan Hyuna sudah tertidur di atas sofa. Jimin segera mengangkat Hyuna, nasib baik Hyuna tak sedar. Kalau tak confirm Hyuna boleh patahkan kaki tanganya.
“Aku sanggup tunggu sampai bila pun, asalkan kau terima aku balik” Jimin bersuara perlahan. Selesai menyelimutkan Hyuna dia turun ke dapur untuk bersarapan. Sampai sahaja dia dah nampak kuda laut tu ada sekali. Siapa lagi kalau jiran sebelah rumah dia tu, J-Hope. Entah apa.datang rumah dia pagi-pagi.
"mana Hyuna? Tak bangun lagi ke?" soal En Kim.
"dia tengah tidur, semalam dia muntah-muntah.. Mungkin sebab minum susu semalam" ujar Jimin sambil menarik kerusi untuk duduk.
"tangan dia dah ok ke? Aku nak tengok dia sekejap" J-Hope bangun.
"eh tak payah, dia tengah tidur. Jangan kacau" Jimin menahan J-Hope.
"aku nak tengok jelah!. Jealous tak bertempat la kau ni" jeling J-Hope.
"ah tak kira! Kalau nak tengok jugak datang esok" tegas Jimin.
"erm yelah, oklah Aunty Uncle sy balik dulu. Ada kerja kat Taiwan. Nanti bagi ni kat Hyuna, cakap dgn dia saya rindukan dia sangat-sangat" J-Hope sengaja menekan perkataan rindu. Jimin memerhati buku & cenderahati yg ada d atas meja. Setiap kali balik dr travel , mesti J-Hope akn belikan hadiah utk Hyuna. Kat dia takde pulak J-Hope nk bagi.
"dah-dah kau pergi balik" Jimin menolak J-Hope. J-Hope keluar sambil ketawa.
"sejak umur dia 7 tahun lagi dia memang macam tu. Tak boleh minum susu, kalau minum jugak memang dia akan muntah dan tak tidur sampai pagi" terang Pn Kim.
"kenapa Eomma tak cakap? Jimin langsung tak tahu, rasa bersalah pula terhadap Hyuna" kata Jimin.
"Eomma ingatkan dia punya alergik dah hilang. kejap lagi dia bangun la tu. Jangan risau" balas Pn Kim.
**************************************
Jimin mundar-mandir dalam bilik Hyuna, dah pukul 4 petang, apsal Hyuna masih lagi tak bangun. Jimin duduk di sebelah Hyuna yang masih lagi lena tidur. Takkan ubat tidur tu baru berkesan kot. Segera dia menuruni tangga untuk berjumpa dengan Eomma dan Appa Hyuna.
"Hyuna tak bangun lagilah Eomma Appa. Macamana ni?" soal Jimin dengan risau.
"selalunya waktu macam ni dah bangun" ujar Pn Kim.
"mungkin dia penat sangat kot. Tu yang dia tidur lama. Kamu jangan risaulah" ujar En Kim sambil melipat surat khabar. Jimin masih lagi risau, bimbang berlaku sesuatu.
****************************************
Jimin masuk ke dalam rumah sambil membimbit plastik yang berisi kek coklat. Dia memang tahu yang Hyuna cukup suka dengan kek coklat.
"lambat balik" tegur En Kim.
"discussion habis lambat tadi. Mana Hyuna?" soal Jimin sambil memandang kiri kanan.
"tengah tidur. Tak bangun lagi" balas Pn Kim sambil meletakkan air di atas meja.
"Tak bangun lagi? Dah pukul 10 pm ni, jom Appa kita bawa Hyuna ke hospital" Jimin cepat-cepat bangun.
"Appa rasa dia cuma penat. kamu kan bakal doktor, apa kata kamu yang periksa dia" En Kim memberi cadangan. Jimin segera menuju ke bilik Hyuna. Hyuna yang masih lagi lena tidur.
"badan tak panas pun, denyutan nadi pun normal, nafas pun teratur ni. Apsal dia tak bangun lagi? Kuat betul antibodi dia sampai ubat tidur pun lambat berkesan. Menyesal pulak aku bagi ubat tidur semalam" Jimin menggaru kepalanya. Sempat dia mencuci luka di kepala Hyuna dan menukar bandage di tangan Hyuna, dia terpaksa buat masa Hyuna tidur, kalau buat masa Hyuna sedar, habislah mukanya lebam dibelasah Hyuna. Semasa ingin bangun, dia terpandang camera yg ada d atas meja. Hyuna pernah bagitau tu camera milik Jin. Jimin mengambil dan membukanya. Banyak gila gambar Hyuna & Jin. Memang betul tekaanya, Hyuna masih tak dapat lupakan Jin.
"maafkan aku sayang, selama ni aku memang bodoh. Bila dah jadi macam ni, baru padan muka aku. Tolonglah bagi aku peluang sekali lagi. Please" Jimin mengusap pipi Hyuna.
I can see reader macam tak berminat sangat FF ni? Dont worry, I'll end it as soon as possible. Ah, jangan lupa untuk vote! Babai
YOU ARE READING
[C] My Only Girl [PARK JIMIN : 박 지민 ]
MizahKerana sering dibuli semasa kecil, Hyuna cukup bencikan Jimin. 14 tahun mereka terpisah, tiba-tiba Jimin muncul kembali. Yang pastinya, kali ni kemunculan Jimin membawa mimpi ngeri bagi Hyuna.